Thursday, October 17, 2013

Giveaway Me & My Family 2013

Ada lagi 1/2 jam je nak balik
jadi tuan tanah nak join satu GA.
sebab dah lama tak join.hahahaha
  

Syarat - syarat GA ni
1. Follower blog ini - dah lama jadi follower
2. Letakkan banner diatas dalam entri anda dengan tajuk Giveaway Me & My Family 2013 dan link kan ke blog ini - dah..
3. Letakkan link penyertaan anda dalam ruangan komen entri ini sahaja - dah
4. Tarikh tutup penyertaan adalah pada 2 November .2013
3 hadiah utama dan 3 hadiah saguhati akan diberikan (shawl , fridge magnet , novel ...)
update :
Pemilihan pemenang akan ditentukan daripada en random .org ;)
Itu saja ^_^
 
Note: 

Kronology- Raya Adil Adha 2013 kami



12/10/2013 kami bertolak dari Penang ke Kota Kuala Muda
Singgah kejap Umah Ayah beraya ngan My step Mom 
Mu sister yg study kat Kelantan tu tak dapat balik beraya, Lepas Raya baru balik
Sian my Step Mom kan..


Dari Kota Kuala Muda, Terus ke Pendang Umah MIL
lepak sana sampai hari isnin (14/10/2013)
Hari Isnin tu, Alhamdulillah dapat juga aku berpuasa sunat 9 Dzulhijjah
walhal tak pernah buat pun sebelum ni. ngeee..
Petang  baru kami bertolak balik ke kampung aku di Kuala Nerang.

Sampai umah pun dah pukul 4.00 petang
Mak pun dah siap buat ketupat
tengok nasi impit masih atas dapur, Sup tulang/ekor dah siap.
MIL pulak bekalkan aku kari kepala ikan rempah buatan sendiri
wah..banyak betul juadah berbuka

 

Pagi Raya, ayah pergi  sembahyang Nek Motor sengsorang
Naiim tak mo gi sembahyang nak kutip duit raya katanya
Aku, Hubby dan Mak aje yang kongsi kereta ke Masjid
Pas sembahyang Raya, singgah umah kawan Mak
jumpa jenjiran peluk cium bagai baru balik umah.
Balik umah baru start masak Mee Kuah untuk santapan keluarga
rileks kejap.. pas tu ke Naka untuk booking Kambing
Susah jugak nak cari kambing yang cukup umur ni ya
Sebab kami nak buat Aqiqah untuk Aleesya.

pas tu balik singgah umah my abang sulung
then ajak dia datang umah mak, borak smapai kul 1.00 pagi
esoknya dalam kul 10.00 bertolak balik umah MIL
sebab my  BIL ada buat Qurban.

Lepak makn borak makan..makan..makan..
sampai tak termakan pun ada..
kul 10.00 malam baru bertolak balik Penang
adoi... penat makan tak habis lagi nih..
badan pun longlai je hari ni..



Note: Asal balik kampung je mesti tak puas, kenapa ek?hehehehe

Guess-Sexy Without Question

Assalamualaikum..
Hai..hai..hai... Selamat bertugas semua. Bagi yang masih bercuti..Selamat Bercuti.
Hari ni aku dah start kerja.
Tapi kerja dalam mood bercuti.. malas betul nak ngadap paperwork semua ni


Makan banyak daging qurban sampai naik biol
makan sup daging la, cicah air asam tomato la, buat gulai la, masak Kuzi la
dan lastly makan daging bakar... pergh... naik lalok aku kat office hari ni.


Tapi... bila check cik Nuff ada pulak CPUV . alhamdulillah

 still on going. Ni kira rezeki raya Qurban la kan. Ngeee

 


 
Please find at your nearest store.

Kalau kat penang ni  korang boleh terjah dua tempat untuk dapatkan Guess Jeans ni


kalau untuk dewasa boleh terjah Gurney Plaza. Tapi kat Queensbay tu more on kanak kanak ok.
More information sila klik SINI 


Thanks Nuff dan Guess Jeans.
Dapat jugak CPUV ...