Wednesday, November 13, 2013

Puasa Sunat Hari Asyura Dan Tasu’a Muharram


اللهم صل على محمد وآل محمد

Dari Abu Hurairah r.a. katanya Rasulullah SAW bersabda: Seafdal-afdal puasa selepas puasa Ramadhan ialah puasa dalam bulan Muharram dan seutama-utama solat sesudah solat fardu ialah solat 1/3 malam.”   (Hadis Riwayat Muslim r.a.)

 

Rasulullah SAW menggalakkan umatnya berpuasa pada hari Asyura. Sewaktu Nabi SAW berhijrah ke Madinah, Baginda melihat orang-orang Yahudi berpuasa pada hari Asyura.
 .
Rasulullah SAW bertanya: “Berpuasa apakah kamu  ini ?”. Jawab mereka, “Hari ini hari besar, pada hari ini Allah menyelamatkan Nabi Musa dan Bani Israil serta menenggelamkan Firaun dengan askar-askarnya. Maka Nabi Musa telah berpuasa sebagai tanda bersyukur kepada Allah kerana itu kami pun berpuasa.” Sabda Nabi SAW: “Kamilah yang lebih berhak mengikut jejak Nabi Musa daripada kamu.” Dari itu Nabi berpuasa dan menyuruh sahabat-sahabatnya berpuasa pada hari itu.”    (Riwayat Muslim dan Ibnu Abbas r.a)
 .
Nabi SAW bersabda: Para Nabi berpuasa pada hari Asyura, maka berpuasalah kamu.” (Musnad Baqi ibn Makhlad)
 .
Berpuasa sebaiknya didahului dengan berpuasa pada Hari Tasu’a (9 hb. Muharam) agar tidak menyerupai amalan orang Yahudi, yang hanya berpuasa pada hari Asyura sahaja.
.

عن ابن عباس رضي الله عنهما قال : حين صام رسول الله صلى الله عليه وسلم يوم عاشوراء وأمر بصيامه ، قالوا : يا رسول الله ! إنه يوم يعظمه اليهود والنصارى. فقال رسول الله صلى الله عليه وسلم :” لئن بقيت إلى قابل ، لأصومن التاسع”…رواه مسلم

Daripada Ibnu Abbas r.a. berkata: “Ketika Rasulullah SAW berpuasa pada hari ‘Asyura dan Baginda menyuruh berpuasa pada hari tersebut. Para sahabat bertanya: “Wahai Rasulullah ! Sesungguhnya hari ini (‘Asyura) adalah hari yang dibesarkan oleh Yahudi dan Nasara.” Maka Baginda bersabda: “Sekiranya daku masih ada pada tahun hadapan , pasti daku akan berpuasa juga pada hari sembilan (9 Muharram).”  (Riwayat Imam Muslim)
.
Sabda Rasulullah SAW: “Berpuasalah kamu pada hari ke sembilan dan sepuluh Muharam dan jangan meniru cara orang-orang Yahudi.” Riwayat Al Baihaqi.
 .
Rasulullah SAW bersabda:  “Puasalah kamu pada Hari ‘Asyura dan selisihilah orang-orang Yahudi padanya (maka) puasalah sehari sebelumnya dan sehari setelahnya.”  (HR. Ahmad dan Al Baihaqy r.a.)
.
Nabi SAW bersabda: “Tidak hanya manusia meraikan Asyura dengan puasa bahkan haiwan pun berpuasa. Di antara haiwan yang disebut berpuasa pada hari Asyura adalah burung ashurad, semut dan binatang buas.”   (Riwayat Abu Musa al-Madini, al-Fath dan al-Khatib).

 

Niat Puasa

.
a.  Niat puasa hari kesembilan Muharam (Hari Tasu’a)  ialah:
 .
.
b.  Pada hari ke-10 Muharram (Hari Asyura) niat puasanya ialah:

Fadhilat Puasa Muharram

Kelebihan berpuasa pada bulan Muharam dapat dilihat melalui beberapa hadis Rasulullah SAW.:
 .
1.  Abu Hurairah berkata, Rasulullah SAW bersabda: “Seutama-utama puasa sesudah setelah puasa Bulan Ramadhan adalah puasa di Bulan Muharram, dan sebaik-baik solat setelah solat fardhu adalah solat (sunat) pada malam hari.”  (Hadis Riwayat Imam Muslim)
.
2. Sabda Rasulullah SAW: “Sesiapa yang berpuasa pada hari akhir Zulhijah dan awal Muharam, nescaya Allah ampunkan segala dosanya walau selama 50 tahun melakukannya.  (Hadis riwayat Ibni Abbas)
.
3. Rasulullah SAW bersabda: “Siapa yang berpuasa pada Jumaat pertama Muharam, nescaya diampunkan Allah dosa-dosa yang lalu.”  (Hadis Sahih)
.
4.  Sabda Rasulullah SAW lagi: “Siapa yang berpuasa tiga hari berturut-turut pada hari Khamis, Jumaat dan Sabtu pada bulan Muharam, nescaya Allah memberi pahala seperti beribadat 900 tahun.”  (Hadis Sahih)
.
5.  Rasulullah SAW bersabda: “Tiga hari daripada setiap bulan dari satu Ramadan kepada satu Ramadan yang berikutnya adalah menyamai ganjaran berpuasa sepanjang tahun. Berpuasa pada hari Asyura juga dihitung di sisi Allah sebagai penghapus dosa bagi setahun yang berlalu.” (Hadis riwayat Muslim).
 .
6.  Kata Ibnu Abbas r.a.: “Tidak pernah aku melihat Nabi SAW menanti-nanti puasa pada suatu hari yang diutamakan lebih daripada hari lain kecuali hari ini, iaitu ‘Hari Asyura’ (10 Muharram), dan bulan puasa iaitu Bulan Ramadhan.” (Riwayat Imam Bukhary dan Imam Muslim)
.
7.  Daripada Abu Qatadah r.a. berkata: “Bahawa Rasulullah SAW pernah ditanya tentang berpuasa pada hari ‘Asyura (10 Muharram). Baginda menjawab: “Akan dapat menampunkan dosa setahun yang lalu.”  (Riwayat Imam Muslim)

dipetyik dari SINI

"Sekilas ikan di air, saya tahu jantan betinanya".

Beberapa bulan sebelum B'day Papa
Kami pergi satu kedai menjualan barangan kulit.
si Papa belek belek pas tu belek lagi
Rasanya si papa nak beli kot.
Then aku terus cakap, kalau awak suka, tunggu la b'day nanti
saya belikan ok.


Beberapa Minggu sebelum B'day Papa

Eh papa, ada restaurant baru le kat sini
mcm best je, siap ada western lagi
nanti B'day papa ibu bajer makan kat sini K.


Beberapa minit sebelum B'day papa
kami kat kampung, then mata ni seperti ada gam. nak tido je
dah tak boleh nak tunggu, kami anak beranak terus zzzzz...
dah hampir kul 12.00 mlm, si papa pulak keluar gi nonton bola kat kedai mamak
balik pukul berapa pun tak tau, sedarnya dah subuh.
Still tak wish, just cakap kat Naiim eh hari ni B'day papa.
tu je..


Di hari B'day Papa

aku balik kerja mcm biasa, pas tu terus ke dapur utk masak dinner
then suh je si papa keluar beli apa yg patut utk di masak utk dinner
sekali papa balik  bawa bihun tomyam, dia terus je makan
hiksss... saja la aku nyakat papa kejap kan..
selalu je usik bila time b'day aku.
mesti papa ingat, mana la janji ibu, nak beli hadiah le nak ajak keluar makan le
then si Naiim balik dari main terus je request nak solat Magrib kat Masjid
Aku pun ckp, tak yah le, solat kat umah, nanti nak keluar makan kat luar
hari ni kan B'day papa
Naiim tanya papa, betul ke papa kita nak pi makan kat luar?
then papa ckp " Betullah"
uits... suke le tu suke le tu...saja je kan tak mo tunjuk excited

Then kami pun pergilah dinner kat luar kat tempat yg aku janjikan tu ( nanti citer)
Balik je, hujan lebat pulak
so, papa tanya nak ke mana lepas ni.
eh papa ni.. balik je lah.. dengan hujan lebat gini nak meroyan ke mana lagi
esok pulak si Naiim ni sekolah.
benornya, kalau tak hujan, nak je kami lepak lepak ambik angin pantai
sampai jalan berpegangan tangan anak.

bila tengok si papa mcm tak mo dah drive balik je
so, aku decide utk kami terjah kedai barangan kulit tu
nak belikan hadiah seperti yg di janji.
benornya boleh aje aku belikan, tapi takut pulak papa nak design yg lain, yg lebih sesuai dengan jiwanya.
bila aku ckp gitu je, berdesup papa drive ke sana tau.
ooo..papa tunggu hadiah ek.
manja tau papa ni.

Tapi.... sian si papa, kedai tu dah tutup.
dah pukul 10.00, sure la kedai tu tutup kan
so..delay la hadiah papa. tunggu hujung minggu la utk fullfill kan kan..



Si Naiim pulak, bila aku ckp nak belikan hadiah special utk papa
terus dia cakap yg dia ada plan paling best
tapi ibulah kena tolong dia . tolong sangat sangat katanya.

" Boleh tak, nanti Ibu belikan kek yang besarrrrrrrr"?
ish..papa tak suka kek buat apa belikan kek besar besar.
Dak aih.. bukan untuk papa..
Nantilah bila B'day Naiim, ibu tolonglah beli kek yang besar
kawan kawan Naiim ramai takut tak cukup.
Cehhhhhhhhh... kedu aku seketika, mati matilah aku ingatkan mintak tolong aku nak surprise
kan si Papa, ghupernya jeles ibu nak belikan papa hadiah
so, dia pun nak ambik port jugaklah.
bertuah punya anak!!!.



Note:macam mana liuk lentuk suami si isteri tetap faham kan.