Tuesday, December 23, 2014

Mutton Grill

Balik Dari Simpang Pulai tu ingat nak terus gerak balik Penang
Tapi my hubby rasa too tired nak drive..
 
Aku? biasalah, hubby sayang sangat kot mang tak kasi drive.
dia je nak drive kalau ke mana mana..
 
Hubby cakap nak bermalam kat umah kakaknya di Ipoh
Then, kami singgah kat Giant kejap nak beli bahan bahan untuk buat mutton grill
 
Ingat nak masak malam tu tapi tak jadi sebab kakaknya dah prepare dinner
so, buat esoknya je lah
 
Esoknya aku gegas gegas ke dapur nak siapkan mutton grill ni
my SIL pun ada tolong tolong jugak le
bukannya aku buat sengsorang yer
 
ingat nak buat kuah black pepper plain je
tapi SIL ckp lagi sedap kalau letak cendawan butang..
 
ok, sosnya dah pun siap
 
 
Bila dah mutton siap di grill aku tuangkan aje di atasnya
sebab nak makan pun ramai, senang sikit kalau buat mcm ni 


 sementara tu aku rebus sayur bersama dengan sedikit majerin
then bila angkat je terus masukkan dalam air sejuk ( ais)
sebab tak nak kasi sayur terus layu
dan kalau buat cara ni, sayur akan menjadi lagi rangup.
 
 
erk... beli juga sosej..
ye la kanak kanak ribena kan ke suka sosej..
 
 
hurm... kenyang kami hari tu dengan mutton grille ni.
 
 
Note: kalau makan ramai ramai memang tak cukup sepotong mutton kan..


Monday, December 22, 2014

Inti Curry Puff Basi

Sebilangan peniaga, aku tak cakap semua aku cakap sebilangan je okey!!!
tak kisah pun kalau makanan yang dorang jual tu boleh beri effect kepada kesihatan pengguna.
 
Ini citer aku breakfast kat Mydin RTC,
Aku makan kat gerai di hadapan Mydin tu.
 
 
 Aku dah melantak nasi lemak kat Homestay,
Tapi saja la nak temankan my hubby makan bihun sup, jadi aku beli la
donut dengan curry puff yang langsung tak mcm curry puff ni.
 
Aku share dengan Pak Tih
 
Donut tu besar dan aku tengok peniaga tu tulis donut jepun.
sedap donut ni lembut je..
hmmm... sesap yang pernah singgah kat situ mesti tau gerai mana aku beli donut dan curry puff ni
 
 
Malangnya bila aku makan curry puff ni, intinya dah basi..
memang dah boleh buang ke bakul sampah..
 
Jadi, aku rasa ada baikya aku bagitau peniaga tu.
mana la tau kan, kena kat pembeli lain.
Aku harap peniaga tu tak sedar akan kebasian inti Curry Puff ni.
 
Bukan niat nak claim balik duit tapi sebagai tanggungjawab social aku rasa perlu la kan.
 
Masa nak balik tu aku cakap la kat adik yg menjual tu
 
"Dik, karipap tu intinya dah basi"
bila aku cakap mcm tu, dia hanya senyum sinis kat aku.
 
Ya Allah, nampaknya kamu memang tahulah yang inti tu basi
tapi sebab tak nak rugi kamu jual jugak kan...
 
Even Pak Tih syorkan kat aku untuk mintak balik duit aku rasa tak ada perlunya
 
 
Note: Tak suka peniaga yang hanya mementingkan keuntungan yang akhirnya
merugikan mereka sendiri..
 
 
 
 


Friday, December 19, 2014

Hantu Kellie's Castle

Pada 06 December kami sekeluarga ke Simpang Pulai utk Majlis Perkahwinan
Pagi tu ada nak beli sikit barang kat Mydin RTC
 
Dalam perjalanan aku wassup my biras sebab dorang naik kereta lain
tapi kami tak Nampak pun kelibat kereta dorang.
 
 
Tetiba dia wassup gambar ni..
uh.. dorang dah melencong ke Istana berhantu ni la pulak.
Tak pe, nanti on the way balik kami nak singgah lah..
 
Masa on the way balik tu aku, hubby dan Pak Tih Li singgah kejap.
Tak sangka pulak my hubby beli tiket untuk masuk ke dalam.
 
Sampai kat gate tu aku snap picture ni.
mmm..dalam hati terdetik jugak, objek putih dalam picture aku
memandangkan aku tak de rasa seram bagai..aku diamkan aja..
 
hmmm...balik nantilah bagitau kat dorang semua, kang dorang takut pulak
 
 My hubby dengan Pak Tihnya..
Cntik view kt sini. Patutlah ramai pasangan pengantin shoot outdoor.
 
 Sepanjang kami kat sana tak de rasa apa apa pun..
cuma bila kat atas ni rasa gayat .
Mungkin kat atas ni tempatnya terbuka dan angina pulak bertiup kencang
 
kat dalam ni ada larangan larangannya
tak boleh sesuka hati melangkah untuk kita short cut jalan..
aku ikut je..
 
 tempatnya bersih, mungkin sebab di jaga rapi..
ramai juga pelancung yang dating hari t..
 
 tempat aku berdiri ni menunjukkan bilik bilik kecil yang sebenarnya
nak build lift.
 
 
 Lalu kat tangga tu ada sign board ni..
hurm... betul ke hantu dok jalan kat situ..
wat pe nak jalan kan.. dah nama pun hantu.. terbang je lah..
hahahaha...
 
 dari atas ni aku snap view kawasan sini... cantik dan nyaman je rasa..
 
Then sempat juga kami lalu kat kandang kuda..
ada bau kemenyan, tapi mcm bau gaharu pun ada..
 
My hubby ckp..kandang kuda yang P.Ramlee tidur.
kikikikiki..
 
Ruang tamu ni dorang tak kasi masuk.
biliknya di kunci..
 
Masa balik tu sempat jugak hubby rembat satu T shirt kat gerai bawah.
 
Bila kami sampai umah aku tunjukkan gambar yang aku snap ada ojek putih tu.
adei... ramai yg ingat betullah itu gambar hantu.
mungkin biasan cahaya lensa kot/
 
Aku ckp, betullah tu hantu si William, sebab dia nak bagi harta Karun kat aku
hahaahaha...
 
Tapi my SIL cakap, jgn pergilah tempat tempat mcm tu, even they all dah berbelas tahun
tinggal kat Ipoh pun tak pernah jejak kaki ke sana lagi..
 
hmm..aku diam je.. masing masing pendapat la kan..
 
 
Note: Hantu di kalangan manusia pun bersepah..
 
 
 
Remember it all, every insult, every tear

Your love is more precious than diamond, more valuable than gold which brightens my life You made me complete and whole, your love is an unimaginable love to love like a sun that can melt my heart And when I look at you I feel the passion shinning through your adorable eyes, inlove immensely with your sweet smiles You mean so much to me, this I promise you.I will Love you forever and beyond.


 

 



Monday, December 15, 2014

Naiim...Permata Hatiku

Sempena Majlis penyampaian hadiah kat sekolahnya, Naim ajak aku pergi sekali
Ye la..alang alang tak buat apa kat umah aku pergi lah kan..
 
Ni acara khatam al-quran. Naiim tak ada la.. dia belum boleh qatham quran lagi..
 

 
 
Now part Naiim bernasyid..
nampaknya mcm tahun tahun sebelum ni le kan..
Naiim jadi tekong..
 
Naiim ni kalau kat umah tak de la menonjol sangat
tapi kalau kat sekolah tu syukurlah diberi kepercayaan..
 
 
Aku suka sangat pendedahan yang sekolah berikan untuk dia..
at least dia dah dilatih untuk membina keyakinan diri..
 
Biar dia berani mencuba... ye la di masa mendatang banyak lagi cabaran
yang harus ditempuhi..
 
 
Tapi... Kumpulan Nasyid Naiim menang jugaklah hari tu. Tahniah yer..
menang pun bukan sebab naiim tapi kerana semangat berpasukan dan dengan izin Allah juga
 
 
Note : Ibu tetap menyokong kamu..
 


Sunday, December 14, 2014

Mencari Remis Di Pantai

Aku memang jarang pergi lepak kat pantai belakang umah aku ni
kalau ada kelapangan baru la aku meronda ronda ..

 Hari tu boring plak duk melepak kat umah, jadi aku calling calling la my friend 
si Asma untuk gi cari remis.

Kebetulan dia pun memang dok plan dah nak mecari remis
sempoi ar...


 Dia pulak dah janji ngan si Hanny . 
Sampai je dorang kat pantai tu, deme calling calling la aku

berdesup aku gi sana, bawa Aleesya je
Naiim tak mo ikut




 Banyak pulak hasil korekkan kami petang tu..
Aku ada acara plak lepas magrib
jadi aku pergi sekejap je la..


 Lama dah tak main main ngan pasir
rasa seronok la pulak..
ngeee...

 Hok aloh... lap peluh la konon..
mcm la berpeluh sangat..


Aleesya.. dok korek jumpa batu.. dok pass batu je kat aku
mungkin dia ingat ibu dia dok korek cari batu kot. hahahaha




Ni lah hasil korekkan aku petang tu..
balik umah tak boleh terus masak tau..

kena rendamkan dia semalaman untuk diluahkan segala pasir tu

 balik kerja aku wat masak pedas...
sebelanga ko...
puas anak anak aku makan... 

 Sedap..manis sangat sebab remis ni tak kena ais tau..
Aleesya makan sampai menjilat jari

fuh... licin ko...



Saturday, December 13, 2014

happy Birthday My Hubby

11.11.2014 genaplah usia suamiku 37 tahun.
Semoga Allah merahmati hidupnya
Semoga Allah sentiasa menjaga hatinya
Semoga beliau tetap mejadi sahabat baikku dan bapa yang terbaik untuk zuriat-zuriatnya 
 
 
Hadiah yang berikan berselindung di sebalik kad ni.
tak payahlah nak tunjuk kan...
 
 Ingat nak menjamu selera kat teluk tempoyak
Tapi B'day Man pilih kat tempat lain la pulak
 
 tak pe la kan... dah dia yang B'day
Kita ngikut je..
 




 hehehe...aku makan sampai licin
last last tengok ikan stim tu dorang stim ngan bawang jeruk
patutla sedappppppppp
 
Itu je serba ringkas tentang celebration untuk b'day my hubby
Nothing special ... but it really mean for me and my family..
 
 
Note: Siapa jua kamu, bagaimana pun keadaan mu ku tetap bahagi di sisimu..
 
 


Friday, December 12, 2014

Kami ke Zoo Taiping Lagi...

sambungan citer yang dah lama basi.
tapi nak update gak kat sini
 
saja la bawa anak anak jenjalan.
Aleesya tu nak tengok binatang.
 
Aleesya kusyuk dok tengok buaya..
mencari cari sang buaya tapi tak Nampak
air pun sama kaler ngan buaya mcm mana nak nampka kan...
 
 
Beruang ni Aleesya panggil kucing. hahaha..
kucing pun kucing la...
 
 
makan popcorn...then pop corn tu jugak dia kasi kat ikan..
makan pulak ikan tu bila Aleesya bagi popcorn..
 
 
kusyuk anak anak tengok ikan...
 
hehehe... mamat tu pun wat aksi mcm aku gak..
dah mcm nak start tarian la pulak..
chak pong chak pong..
 
Aleesya ngan gaya paying dia..
kami beli paying tu sebab cuaca panas sangat..
 
sebelum balik kami main snap photo dalam lubang ni..
 
 
lepak jap makan ice cream kat parking keta.
 
ok...bye bye..
nanti kami datang lagi yer..
 
ayat Aleesya
"esok mai lain tau.."
 
 
 
 
Note: Pujuk hati  untuk kuatkan semangat...