Saturday, April 12, 2014

Pakej Sakit Seisi Keluarga

Kronology sakit sakit kami sekeluarga..
ayat senang... kira sakit ni ikut pakej la kan..


Aleesya
Actually, masa gi KL tu Aleesya dah start sakit mata, tapi kami tak perasan sangat
sebab masa nak bertolak tu, Aleesya tengah bukak Pijamanya tetiba butang Pijama tu terkena mata
then matanya jadi merah, kami assume yang mata merahnya tu sebab terkena butang baju.

Esok malam tu, Aleesya demam la pulak.
tapi budak Aleesya ni kalau demam tak de la lama selalunya 1-2 hari dah baik
Kami assume yg dia tak cukup tido sebab tu demam.
semalaman dia demam then esok tu dia dah ok.



Naiim

Si Naiim pulak, masa balik dari KL monday tu ok lagi.
Hari selasa nak kejutkan dia ke sekolah, badan dah panas.
dah le monday ponteng sekolah.. selasa pulak terus demam
then myhubby bawa dia gi klinik selasa tu
makan ubat bagai , then rabu dah boleh pergi sekolah..

hehehe...sebab dah ada surat MC kan, so part memonteng tu terselindung la kan
cikgu assume yang Naiim demam sejak monday la kan. kikikikik



Aku ( tuan tanah kedaung)
Rabu tu dah start sakit mata, kome tahu la kan..
hairan le kan, sakit kat mata tapi satu badan lemah..
balik malam tu longlai je rasa... hubby lak kerja malam
gagah jugak lah aku melayan kerenah anak anak..

Naiim mcm biasa kul 10:30 dah tido, dak Aleesya tu la..
puas memujuk kul 12:00 baru nak tido. haish.. penat jugak le aku ni..




Papa ( Tuan Tanah punya lakik le)

Hari khamis tu aku balik, tengok ada pun motor ngan keta dok parking
uitsss.. tak kerja ke malam ni..
masuk umah, bukak pintu terkejut gak aku tengok.. my hubby dah gigil gigil..
selalunya dia demam tak de la teruk gitu.

Then dia cakap baru balik dari klinik. 
Doktor cakap suspect Denggi...
Macam nak luruh jantung aku ni.. ye la area umah aku memang area denggi
mcm mcm citer aku dengartentang demam denggi ni kan..
ada yang koma le, ada yang kuman dah sampai ke jantung le..
ada yang denggi berdarah la..

Aku rasa mcm nak call je my abang kat Butterworth tu suh datang bawa my hubby terus ke Hospital
tapi, my hubby taknak, katanya doktor bagi lagi 2 hari tengok cam mana
kalau demam tak baik jugak, kena terus ke Hospital.

Lepas dia cakap gitu, aku terus paksa my hubby mandi air panas
of koslah aku yang mandikan.
mandi ngan air asam Jawa. lulur satu badan.

Then malam tu, kul 12:00 mlm aku mandikan dia lagi.
lulurkan lagi asam jawa kat badan dia.. bagi da makan ubat
jelum kepala bagai.. Make sure panas ni keluar
sambil tu berdoa la kan supaya " Ni bukan Demam Denggi "

Pagi esok tu, Kul 6.00 pagi aku kejutkan dia, mandikan dia lagi
aku masak sup ketam tinggal tuk dia ... 
keep on calling dia kat umah suh makan jugak ketam tu even mulut terasa pahit pun
sup tu hirup bebanyak sikit.
pas tu suh dia kerap mandi ngan air suam.
jangan ngelat...

Then semalam balik kerja, dia cakap dia dah ok sikit. rasa lenguh sendi dah berkurang
 suhu badan dah turun.
tunggu je lah bintil bintil kat badan tu kalau ada keluar bintil bintil merah tu sah le Denggi.

Pagi tadi, dia dah kuat ke pasar beli ketam
Alhamdulillah..
ye lah..bila ketua keluarga sakit... memang tak senang duduk la kan assitantnya ni.

Tadi sebelum datang kerja masak sesiap ketam tu tinggal untuknya
masak 2 ekor je..tau dah pun bukannya nak habis makan
but at least makan le kan.

I just Try My best, iktiar sebaik mungkin !!!


Note: Pakej sakit cukup lengkap untuk seisi  keluarga ....
sakit dan sembuh tu adalah dengan izinnya... redha..

 




***  I could keep my eyes shut tight
        follow you into an infinite night
       This instant at one signal from you

      oh my spring come when time stand still
      and be filled with scroll of prayer and goodwill
     of love so true, it moves a poet's will
     Never before have I see such a beautiful sight
     I'm in a universe so different it feel so tight