Sunday, November 15, 2015

Malas tapi lapar

Bila tiba malam dan mood malas melanda..
Jom bang makan kat luar je lah.." Ayat malas masak yg sinonim la kan"


Aku lapar tapi malas nak makan.. hahaha.. acaner tu?
makan pun boleh malas ke?



pusing pusing cari tempat makan, last lepak kat Kari Kepala Ikan Sungai Ara
Naiim order Chicken Chop.. dap gak rasanya
RM 8.00 je.. 


 Aku ngan Aleesya order simple jer..
alah..makan takat larat tarik selimut tido nanti dah le..

Last Naiim tak habis pun makan Chicken chop tu..
papa la jadi MPPP...


ok tu jer citer kami..

Note: Naiim mood tak ok, tak mo bergambar.

Thursday, November 12, 2015

Nak Aktif ke Tak Nak?

Lamanya tak layan blog aku ni..
malas ke, sibuk ke.. ntah la..

Sebenarnyer memang tak de masa pun
tapi sesekali tu aku  akan updated jugak.
sebab banyak kenangan yg aku abaikan gitu je..

Gambar ni saja je aku snap masa lalu kat empangan ..
Nampak cantik dan sejuk mata memandang..



Macam tak best pulak kalau tak update blog kan..
Nanti kosong je cerita ceritut..

Cam no anak cucu nak usha usha kan..



Note: Tengah Warm up

Thursday, September 17, 2015

Lamanya tak Jumpa Boyfriend Ni...

Jam menunjukkan pukul 9.00 malam.. Aku masih lagi berlegar legar di Office
hah... tak balik lagi? Buat apa sampai malam kelam kat Office tu?

Okeylah.. sesapa yang pernah jadi hotellier tahulah apa itu
MOD = Manager On Duty.
Of coz tahu jugak mcm mana mana nak completekan 8 hours dari pagi sampai malam..
hahahaha...

Aku pun baru je tahu benornya...
 Yang ni benornya my Brother In Law..
Baru balik dari Australia.. saja datang ziarah kakak ipar yang drive crazy kat Penang ni.

Kebetulan masa dia datang aku tengah MOD, so lanjer dia makan kat Cafe Hotel ni ler
(eh lupa nak gitau, aku now keje kat Otel.


Sengih sengih mcm kerang busuk . 
Snap picture ni sent kat wassup hubby, gitau yang adik dia tengah dating ngan aku..

Apa lagi kan.. dari Umah terus dia speed datang Hotel jemput adik dia
tak sempat nak nunggu aku habis duty..

BIL tido semalam je kat umah...


Note: Ok..Raya nanti kita bergebang sampai lebam..






Wednesday, September 16, 2015

Throw Back-Domestic Inquiry Training

Pengalaman Baru, suasana baru dan segala galanya baru
Alhamdulillah.. Dari pemetik anggur seketika aku dah dapat kerja baru
kat tempat baru


Masuk je kerja,terus kena outstaion. huhuhu..
tak pe lah dekat je pun kan...
Sebeleum ni tak pernah drive sengsorang jejauh, tapi demi tugas terpaksalah kali ni

Hubby pun yakin tak yakin je yang suri hidupnya ni dapat drive jejauh sengsorang
yer la, sebelum ni balik kampung pun tak prnah jadi C-pilot. ahaksss..


Sengsiang kita tratining.. nanti memalam kita training lain la pulak yer..
rakan kenangan sikit ngan kengkawan seangkatan dari branch lain..

Tak pasti partner tu dari marang ke, kuantan ke, Mersing ke...
Mahap.. ate orang baru tak kenal sangat...
Even sekarang dah lama kat Company ni pun, still tak boleh recall.. 

Suasana sejuk beku dalam bilik tarining..
ek eleh.. kome pun pernah rasa kan..kan...

Sebelum ni aku pun tak pernah ambik port mende tu Domestic Inquiry,
Dok dengar je tapi tak pernah handle pun.
Now.. benda Domestic Inquiry dah jadi baby aku..
Syukur dengan Ilmu baru yang Allah pinjamkan untukku

Malam tu ada makan makan dan sesi berkaraoke...
Mahap ler aku memang tak pernah sumbangkan suaraku yang memang dah sumbang ni..

Lagipun menyanyi melalak tak de dalam kamus hidupku.
I'm not that type of person..
Nak kata kuno kata lah.. Inilah diriku..

Siap kena paksa paksa lagi..
Lastly, HR dari Lawas ni naik ke pentas untuk nyanyi sebagai wakil meja kami
thanks yer,

Aku memang part ni tak dapat nak bagi kerjasama..
ate sejak zaman bujang pun aku bukan jenis kaki karaoke..

Sambil makan steamboat sambil nyanyi..
ada yang nyanyi dangdut pun tau..
cayalah....



Note: Kenangan mematang usia yang memang dah terlebih matang... hiksss

Monday, September 14, 2015

Throw Back- My Cousin Kawin

Lama sangat Aku tak up date blog ni.
bila membelek gambar gambar lama ni, aku rasa mcm banyak kenangan suka duka yang aku 
tak abadikan ..

Hurm... tak pe lah aku dah pun lupa tarikh my kazen ni kawin
at least ada sekeping dua gambar kenangan kan..kan..

 My kazen ni namanya Nurul. Anak kepada my Pak Lang.
Tak pe Nurul.. nanti bila kita dah veteran boleh usha usha picture ni
sambil meriba cucu.. hahahaha..


Tahniah buat Nurul dan pasangan yer.
Maaf hari tu tak sempat nak snap gambar kamu berdua..

Semoga bahagia hingga ke Jannah yer.



Note: Bila mood rajin baru la rasa nak update kan..kan...
BW tu memang tak dapat nak janji..


Friday, February 13, 2015

Free Nutox

Dapat call dari someone.. hmmm..malas nak cakap lah..
kalau yang tahu tu tahulah.. yang tak tahu tu
anggaplah dari sipolan bin si polan...
 
Dia call suh aku pergi jumpa dia sebab nak kasi Nutox free.
Alhamdulillah..
 
 
Even aku tak pakai pun product Nutox ni aku pergi ambik la jugak..
Muka aku ni susah sikit, ntah le nak pakai product apa pun tak tau la kan..
 
Aku cuma minat serum dan spf15 na jer..
sebab serum tu kalau aku kat umah apply je lepas mandi
oleh kerana warnanya clear mcm air gitu, sape pun tak perasan yang aku aplly something kat wajah..
 
 
Pencuci tu pun mcm best jugak, aku pakai sampai habis.
jimat...tak payah beli pencuci muka kan.. kan....
 
 
 Then Benda alah ni. Aku rasa mcm nak pakai je
dah le dapat free kan. 180ml pulak tu.
hurm... tapi tu lah, nak pakai kejap pas tu cuci ke atau pakai dari malam ke pagi?
 
Bagi aku kalau namanya "Mask" ni pakai kejap je la kan...
gugel kejap lah:-
 Massage an adequate amount onto entire face and neck as the last step of your beauty regime. No rinsing required. Use 2-3 times a week.
 
hahaha... ingat yer jgn dok gatai apply tiap tiap malam..
 
 
Tak pe aku try dulu pakai Nutox ni. Kalau tak sesuai aku faraidkan je kat sesapa.
 
 
hmm... actually, apa yang best tentang Nutox ni yer?????
 
 
Note: Naiim sibuk suh aku order product kat Go Shop. alahai...


Thursday, February 12, 2015

Kari Kepala Ikan Sungai Ara

Serous aku cakap, even aku dh tinggal lama kat Penang ni
Tapi my tekak still tak boleh ngam dengan Nasi Kandar
Kalau Once in the blue moon tu makan ok lah
 
Hubby saja la ajak kami makan kat Restoren Kari Kepala Ikan yang terletak
di Sungai Ara. Memandangkan Kari kepala ikan kat sini bukan ala ala masakan Nasi kandar
kira boleh la kan..
 
Mula tu aku ingat Nasi Kandar, so aku mcm malas nak makan dah..
Tapi bila tengok siap ada ulam cabai bagai. hmmmm
sah..sah..la masakkan kampong..
apalagi..hubby order satu kepala besarrrrrrr.
 
 perghhh..terangkat ko..
Kepala ikan ni kalau kita nak makan dia akan masak on the spot.
so maksudnya kita akan dapat makan kepala ikan yang fresh.
 
sambil menunggu Aleesya asyik nak berphoto saja
tengah ajak si papa buat peace..
huh..papa tak layan pun. sian dia...
 
 uitssss.... tak sempat sempat si Naiim ni..
even nasi belum sampai dah mula mengugel kari tu
hahahaha...ayat sendiri "menggugel"...


 Sian budak yang nak ber peace ni , last action sengsorang je lah..
hahahahaha
 
Then masa on the way balik tu Aleesya mintak belanjar satu photo kat sini
hmmmm... memang kaki photo budak ni...
 
 
 
 
Note : Harga pun boleh takan. berbaloi baloi..
 
 


Wednesday, February 11, 2015

Clear KFC Coupon

My hubby tu dalam wallet dia mesti ada jer kupon KFC.
Ada le tu dapat reward apa apa time kerja
 company bagi free...
 
Actually Naiim ajak makan Pizza Hut
Sampai jer kat Tesco tetiba Pizza Hut tu tengah renovate.
Lagipun hubby memang tak suka makan pizza hut tu
so, makan KFC je lah
 
 Aku dah makan kat umah benornya jadi aku tak order apa apa untuk aku
Aku cuma order Tiramisu jer.
 
Saja je nak clearkan kupon yang hubby dapat free
tu je pun..
 
 Tak larat nak makan dah.. last aku tapau bawa balik
Aleesya dok makan chicken wing tu la sejak mula
sampai habis..
 
 Nak habiskan chicken wing ni pun jenuh...hahaha...
 
 
Then masa balik umah dah kul 12 lebih dah, tetiba tengok sms si el hantar
Dia cakap dia jerit jerit panggil aku masa time aku kat KFC tu. hahahaha...
Maaflah El sejak umur semakin muda remaja ni, sound pun trouble la sket..
 
Ha.. lenkali jgn dok jerit. pergi je kasi penampau sebiji baru aku boleh perasan yg ko
ada di sekitar kawasan yg sewaktu dengannya..ngeeee
 
 
 
 
Note: Bulan ni ada lagi kupon KFC.Encik Hubby sila wat stock yer.
EL, Sorry sesangat. terkilan tak dapat jumpa hang.
 



Thursday, January 29, 2015

Ulangtahun kelahirah ke 10 Naiim & Anniversary ke 12 kami

Sian si Naiim sejak sekolah ni letih bebenor, Sampai tidur pun dah gini kekdahnya.
mana tak letihnya kan, lepas balik fardu ain gi main takraw pulak.
dekat nak magrib baru Nampak batang hidung..
 
Tak kisahlah, as long as dia sihat dan pekembangan mindanya sihat aku ok je..
 
then...pada 17.January that day Naiim dah genap sepuluh tahun.
Kali ni Naiim tak nak majlis makan makan dengan goodies bagai
cukuplah sekadar sepotong kek dan dirai bersama ibu,papa,adik dan nenek.
 
Kebetulan my step mom dating umah sebab nak ngantar my siter balik Kota bharu
My sister balik dengan flight, so dah dekat Airport dengan umah aku
so, nginggah le kejap.
 
Aku masak untuk lunch je then beli kek sebiji
ringkas je B'day Naiim kali ni
Tapi... bila free kami akan bawa dia gi makan kat luar lerrrr..
 
 Aduhhhh.... time ni papa ada appointment pulak..
Papa kena gegas pi Kulim...
Sian Naiim, tak pe la nanti malam papa baliklah..
 
 Naiim tengah potong kek untuk bapa saudaranya..
Si Aleesya ntah ke mana mana pun tak tau lah..
 
tak nak layan un kek si abang..
 
 hahahaha... his funny.Selalu nyakat je kojernya
 
See..my anak teruna dah bam bam..
kalau dulu kurus je kan..
huh sejak lepas berkhatan ni, badannya bagai di pam pam ko...
 
Puas di pujuk untk abang suapkan kek
Aleesya mcm tak gemar makan kek je pown..
 
 
Macam biasa bila B'day si Naiim maka lusanya tu Anniversary kami ler
Alhamdulillah dah 12 Tahun hidup sebagai suami isteri..
Aku Bahagia dan bertambah bahagia bila dikurniakan anak anak ni..
Syukur ke atas rezekimu ya Allah..
 
 
Nota: Haappy Birthday anak ibu Amirul Naiim ( Pemimpin Syurga)
Jadilah anak yang soleh yang sambut ibu di pintu syurga..
titipkan setiap doa buat ibu dan papa..
tak kira sewaktu ibu masih hidup ataupun sudah pergi...
 
Ibu sayang Naiim,Ibu sentiasa doakan agar  Naiim jadi insan yang beriman.
 
 
 


Thursday, January 8, 2015

Berebut

Hmmm... lama dah aku tak update tentang cerita kenakalan anak anak aku kan.
Sejak Aleesya dah semakin membesar ni mcm mcm karenah dia ni tau.
 
Kalau sebelum ni Naiim asyik berlembut je dengan si Aleesya
tapi...sampai bila kan..sesekali kena jugak le si Aleesya dengan si abang tu.
 
 
 
 
 
Sebab Aleesya asyik konker je ibunya ni kan..
sampai Naiim nak peluk aku pun tak boleh dah...
 
kalau si abang dating dekat sikit je dekat aku, mula la dia mencelah..
kalau tak dapat segala benda yang kat tangan sure akan jadi bahan utk pukul abang
 
ketuk abang dengan botol susu, remote control la, toys la
apa saja yang ada kat tangan sure si abang akan dapat sakit..
 
kat atas tu aksi Aleesya kat Airport tempohari
tengoklah si Naiim kena curi curi peluk aku dari belakang..
 
 
Tai kan.. Si Naiim paling suka bila aku carry dia dengan motor
sebab Aleesya duduk kat depan, so Naiim boleh peluk kuat kuat dari belakang
yang pastinya Aleesya tak Nampak. hahahahahaha...
 
 
Bila time makan, Aleesya selalu marahkan si Naiim
dia cakap si Naiim makan tangan kiri..
hahahaha.. ye la kan, dah Naiim duduk ngadap dia, mestila tangan yg suap nasi tu
tidak berada di sebelah yang sama...
 
jenuh la si abang kena duduk sebelah  dia semata mata nak proof kan
yang si abang memang makan dengan tangan kanan...
hahahaha..kelakor.
 
pernah suatu hari Naiim bersungut kat aku kerana dia rasakan aku lebihkan si Aleesya je
tersentuh jugak hatiku ketika itu..
 
tak de nak beza beza pun anak anak ni. Tapi kalau dia terasa
maknanya ada le tu kekhilafan yang telah aku lakukan..
 
Then sekarang ni kalau ada masa, aku akan hantar Aleesya ke rumah bb sitter
then aku bawa Naiim sorang je jenjalan..
hmmm... biar dia rasa yang aku pun saying sangattttt ngan dia
anak... sape tak saying kan..kan...hehehehe..
 
 
 
Note: Ku cuba menjadi ibu yang terbaik di Dunia..
 
 
 
 
 


Saturday, January 3, 2015

Aquarium TAR Pulau Pinang

 
Masa bulan 12 hari tu, my mom, abang dan anak anak sedara datang rumah
Sajala aku bawak dorang jenjalan usha ikan kat Aquarium
 
 
datang sini tengok ikan kat Aquarium besar tu. best jugak
Selalu jugak aku bawa Naimm ngan Aleesya datang sini
tapi tak masuk dalam la
 
 Best la my anak anak sedara bila dapat datang sini
hmm... dorang bukannya tak pernah tengok ikan
tapi deme best dapat datang lelama umah aku..
 
 Sementara kami menunggu makanan ikan dijual, bergambar kenangan jap kat sini
Hari kami pergi tu, tetiba Jabattan Perikanan kehabisan makanan ikan
so, tak dapatla kami nak jamu ikan..
 
 
 Budak kecik ni sekarang dah pandai posing tau..
asal suh bergambar je mesti ada saja gayanya..
 
Time ni Naiim tak de kat Penang sebab dia kat kampong mertua
menghabiskan cuti hujung tahunnya...
 
 Aleesya la yang paling best sebab kazen perempuannya ramai yang datang
hmmm... sampai nak tidur malam pun nak tidur dengan kazennya tu
 
sebelum balik tu sempat jugaklah kami bagi ikan makan
tapi tak sempat nak snap picture la pulak
 
sebab time  tu excited sangat dapat sentuh sentuh ikan yang besar sambil kasi ikan makan
 
Tapi... sejak dorang renovate baru ni tak best la, macam tak banyak ikan la pulak
 
Lastly my abang abadikan gambar kenangan bersama tiga anaknya
Nanti kalau cuti sekolah datang lagi yer..
 
 
Note: Perancangannya adalah yang terbaik..