Saturday, December 31, 2016

Episode 3 - Heading to Melaka - Avillion Legacy

Sebab aku puas hati sangat stay kat Avillion Legacy ni
So, kali ni aku nak bawa familly keciik aku stay kat sini pulak
That day aku stay kat Avillion atas urusan kerja

memang awal awal dah booking
dapat bilik studio suite..
bedaq baq hang..
Lobby dia cantik sangat
rasa nak menari ballet la kat sini..
dah penat kita lepak dulu yer..
 Lepas check in tu, 
anak anak terkam bathroom
 terus masukkan air dalam bath tab
 Suka bathroom dia..luas  sesangat
 dah start dah bebudak ni mandi buih
 berebut nak masuk bath tab
peace by Aleesya...
 Ok..Aleesya plak nak konker 
hehehe..



Friday, December 30, 2016

Komen Awesome kat Report Book Anak Umur 5 Tahun

Sebagai parent mesti korang nak yang terbaik buat anak anak kan..
Macam tu la juga dengan saya..

Ok  nak tanya le kan, apa perasaan korang bila dapat komen kat report book anak anak korang
mesti ada yang senyum lebar
kerut kerut dahi
Nak marah
atau.. tak rasa apa apa

Kalau korang nak tahu... apa yang saya rasa bila dapat report book anak saya  yang berumur 5 Tahun
Saya repeat sekali lagi ok
5 Tahun... 


Saya confuse!!! sangat sangat confuse...
dan nak ketawa guling guling pun ada... hadoiiiiii
Penggal pertama dan dan penggal kedua komen menda yang sama..

Baca Komen penggal kedua pulak...
Nampak mcm Anak saya dah tingkat usahanya dalam menyembang dan tambah lagi usaha nyer dalam bermain la pulak kan.. 

Ayat cikgu pun minta teruskan usaha.. so betul betul berusaha la anak saya tu. Siap bagi bonus kat cikgu dengan bermain.( lihat komen penggal kedua) peace kacang peace 

Pertama kali saya dapat komen macam ni untuk student umur 5 Tahun. 

Apa yang bermain di kotak fikiran saya sekarang :-
- Sepanjang setahun cikgu hanya buat Observation tentang anak saya bersembang je ke?
-Cikgu cuma nampak anak saya bersembang dan bermain je ke?
- Ulasan yang di beri tu berdasarkan pencapaian murid ke?
-kalau nak observe tentang menyembang dan bermain je, nenek dia pun boleh notice yang cucu dia suka sembang dan suka main..

Bagi saya,Semua budak suka bermain
Tapi tak semua budak suka bersembang/banyak mulut
setahu saya budak banyak mulut ni budak cerdik sebab dia akan tanya banyak benda dan pada masa yang sama dia akan develope dirinya


Saya tak kisah lah kalau cikgu bagi ulasan, contohnya "anak anda lemah dalam Matematik" tingkat usaha. Anak anda tak pandai membaca, teruskan usaha... 
Sebagai paren, saya akan berusaha memperbaiki kelemahan yang ada pada anak saya dengan memberi penekanan yang lebih terhadap pelajaran yang cikgu bagitau tu..

Tapi.. kalau bersembang ? hurm.. sebelum masuk tadika pun anak saya suka bersembang.. memang dah tahu pun.. Ishhhh.. mungkin dasyat sangat kot anak saya bersembang kat sekolah tu kan..
Sampai outstanding gitu... nampak ketara sangat kot bakat menyembang dia..
Mmmm.. .. muhasabah diri ok..


Eh.. mana tau kan, dengan bakat bersembang anak saya tu, nanti boleh jadi wakil rakyat ke, pensyarah ke, lawyer ke?... ha... mana la tau kan masin mulut ibu ni..

Terima Kasih Cikgu.
Terima Kasih buat guru anak saya yang mengajar anak saya selama setahun di Tadika
Terima kasih kerana menjaga anak saya dengan baik walaupun hanya untuk 1/2 hari 
Terima kasih kerna menjadi mata dan telinga saya sewaktu saya bekerja
Terima kasih di atas ilmu yang Diberi
Terima kasih kerana pulas telinga anak saya
Terima Kasih kerana herdik anak B**D**
Terima Kasih Kerana Rentap tangan anak saya dari rangkulan pinggang suami saya
Terima kasih kerana bersabar dengan karenah anak saya selama 11 bulan di sana
Terima Kasih kerana kekadang hantar anak saya balik
Terima Kasih kerana sedarkan saya bahawa saya perlu lakukan sesuatu demi masa depan anak saya

Saya tak dapat nak balas semua tu dengan wang ringgit dan kudrat yang saya ada. Tambahan pula saya tak setabah cikgu untuk menjadi warga pendidik yang bertauliah.


Saya hadamkan semua yang berlaku tanpa membuka mulut kepada pihak pengurusan cikgu, kerana saya tahu, setiap manusia ada kelemahan dan kelebihannya tersendiri.
Saya juga tahu, apa jua yang terjadi, menjadi satu liku liku kehidupan yang terpaksa anak saya lalui demi menjadi "Better Person" di masa hadapan. Saya mengambil pendekatan.. Ala... saya dulu pun masa sekolah pun kena cubit perut jugak, kena ketuk ketampi jugak, kena berdiri atas meja jugak...
( Tapi time tu dah masuk sekolah rendah la) bukan time Tadika a.k.a 5 Tahun.


Insya Allah, Tahun depan cikgu tak perlu nak susahkan diri mengajar anak saya sebab saya dah tukarkan anak saya ke sekolah lain. Mungkin anak saya tak sesuai belajar di sekolah cikgu. 
Terima kasih yer cikgu.




Thursday, December 29, 2016

Episod 2 - Heading to Melaka - R&R Tapah

Sorry aku tak inggat hubby singgah kat R&R mana ntah
Sebab Aleesya nak mandi..

Hahaha... kami gerak awal dari Simpang Pulai
So, si Aleesya kami angkut angkat dia masuk kereta cam tu je
kalau nak tunggu siapkan dia... mesti lambat nak sampai Melaka


Displaying IMG_6252.JPG
Lama kami menunggu untuk dapat turn mandi
last Naiim datang jemput kami kat toilet..hahahha
sebab tak tahan menunggu dalam kereta

Dah si Naiim nak makan Ice Cream Baskin Robin
oklah..ibu belikan yer

Displaying IMG_6254.JPG
Kat mana sedapnya pun aku tak tau
Aku tak rasa pun Ice cream ni sebab merajuk , hahahahaha

Displaying IMG_6255.JPG
selpie berdua...
dah Aleesya pulak merajuk..
sebab aku peluk peluk abang dia...tapi tak peluk dia..
Adeh..

Displaying IMG_6257.JPG
ok lah.. ibu selfie ngan Aleesya jugak
rambut tak bersikat lepas mandi..
Nanti kita grooming cantik cantik dalam keta k


eh.. terjumpa pulak si cantik manis ni
nak dia suapkan akulah..

Adeh tinggi pulak dia ni
suap masuk lubang hidung 


Image may contain: 2 people, people smiling, people eating
oklah dah nak masuk mulut pun..
kira ok lah tu..


Note : Jom kita terus gi Melaka 


Sunday, December 25, 2016

Episod 1-Heading to Melaka

Lepas dinner kat simpang Pulai tu kami tidur kat umah My sister In law
Pagi pagi ( 09/12/2016 ) tu kami kena gerak
sebelum gerak ke Melaka, perut haruslah diisi terlebih dahulu kan..

kami singgah kat gerai makan dekat area Simpang Pulai jugaklah
kat situ ada Roti Sardin Marveles + Mee kari
mula tu aku ingatkan murtabak, rupa rupanya roti sardin.

My hubby order Mee Kari
sedap tau, rugi plak tak order..
Anak teruna order Roti Canai
My anak dara order nasi lemak..

hehe.. bergaya sket time nak makan tu.
Muka tak mandi.. huhuu..
basuh muka jer pas tu gerak
Ada sama tak muka kami...


Note : Apa apa pun kena happy, sebab nak habiskan masa bersama sama...




Saturday, December 24, 2016

Dinner at Simpang Pulai

08/12/2016 - Perut pun dah lapar..
Lepas magrib kami gegas ke Simpang Pulai

Hurm... makanan dah tersedia..
perut pun dah nyanyi nyanyi ni...

mmm..jom kita makan..
nyum nyum...
makan ramai ramai memang best..

habis makan kita sembang sembang noh..
mata pun dah start layu layu..
nak cari bantal la pulak kan..

masa nak balik tu, tetiba tekak rasa teringin nak makan otak otak
beli la sket.. nak merasa kan..


ok.. jom jom kita gi tido..
esok nak gerak awal... 
Plan awal nak singgah Kolompo tak jadi..
Kami nak terus ke Melaka..



Note: tak payah rushing rushing, kita jadikan percutian ni santai santai dah lah yer..



Friday, December 23, 2016

Kasut Kungfu

Ada satu benda yang kekadang bila kita suka hubby plak tak suka
bila hubby suka, kita pulak tak suka..
ada tak pernah terjadikat korang..

Actually aku suka sangat bila hubby sakat sakat aku
suka sangat kalau hubby cakap aku pakai ini tak cantik
itu menunjukkan yang hubby ambil berat tentang kita la kan..


Dalam perjalan nak ke umah my ayah, kasut tumit tinggi aku buat hal la pulak
so, maku kena beli kasut baru, tak kan nak berjalan kaki ayam kot..

Sampai kat Nat (Pekan Hari) penaga, aku beli la kasut yang harganya RM10
jadilah kan harga RM10, at least dapat kasut baru

beli kasut no, kasut lama masuk dalam plastik beg then teruskan langkah

Nampak dek hubby kasut yg aku beli ni..
dia mula ketawa terkekek kekek...
Dia cakap, "Awak ni memang suka sungguh pakai kasut Kung Fu..."



hahaha.. apa kena mengena ana sama ini cerita...????? kikikiki
mcm mana hubby usik I pun, I still appreciated.

Yang best tu hubby siap tunjuk gaya kugfu lagi tu, semata mata nak menyakat aku.

hehehe... 
Aku rasa mcm nak letak reben ke manik ke
atau bunga gedabak sekuntun .
deco deco sikit kasut kungfu aku ni mesti dah tak sama mcm kasut kungfu kan..kan..


hurm... bagus juga kena sakat. At least Otal dapat Jana Idea..kikikiki




Note: Your Concern is my priority...


Episod 6- Gunung Lang


Lepas berjiwang bagai, hubby ajak kami semua mendaki menara tinggi di hujung sana
erk...tetiba rasa lutut nak tercabut. hahaha

anak semua dah berpusu pusu lari meniti anak tangga menara
sampai kat atas, dorang panggil hubby tu join
Aku??? hehehe cam biasa la kan masih sayang dengan lemak lemak yg aku ternak ni.


They all still active, lepas turun dari menara masih lagi nak lepak lepak kat tepi tasik
cantik tau area tasik ni
tenang jer


Kat dalam tasik ni pun banyak ikan yang besar besar
ikan patin pun ada..


Hari pun dah lewat, kami sedang menunggu boat untuk datang jemput..


Perut kami dah mula berkeroncong,
Nasib baik la my brother in law dah book makan malam


Note: tak sabar nak makan ramai ramai



Thursday, December 22, 2016

Chef Faizal Ng - Institut Teknologi Perak

Pada 21/12/2016, tetiba je staff aku cakap ada orang nak jumpa..
katanya dah buat appointment.. tapi memang aku tak ingatlah bila aku buat appointment tu

aku check dairy book pun tak de,
sape ek..



ok lah memang aku tak bape busy pun, boleh lah nak entertain kejap sambil lunch
aku ajak je dorang having lunch with me.. why not kan..

Actually dorang datang nak adakan MOU ngan Seri Malaysia for sending their student 
as practical student here..
Sound interesting..  kalau kena pada gayanya apa salahnyakan

Ini adalah usahasama di antara Institut Teknologi Perak dan PSMB.

ha.. ni lah wajah Chef Faizal Ng..
Tinggi topi chef.. hehehe..


sesapa nak tau lebih lanjut tentang Chef Faizal Ng. Klik SINI


Mari belajar bersama Chef Faizal Ng



Note: Part makan memang best... nyum nyum...



Episod 5- Gunung Lang

hahaha..banyak tul episod kat Gunung Lang ni kan..
saja je nak cuci mata ngan gambar gambar dan kenang kembali saat saat manis bersama
ecewah.. jiwang la pulak

Kat sebelah penternakan Rusa dan Burung unta ada satu bangunan mercu tanda apa ntah
Sorry sangat sangat.. aku memang nak pergi ke sana
tapi hubby tak bagi..
katanya tempat tu nampak macam sunyi dan seram jer..hahaha
(saja la tu nak takutkan si isteri yang memang penakut ni)

awak memang selalu berwajah serous kan..
sebab awak serious betul menjaga keselamatan saya..

hehehe... terasa macam nak ada baby lagilah bila tengok picture ni
terkenang saat saat Aleesya dan Naiim kekecik dulu..

Tenang je tengok tasik menghijau..
putera dan puteri kesayangan hamba..


Kami tak jelajah semua tempat pun..
sambil enak menikmati pemandangan hubby ajak keluarkan peluh la pulak..

jom kita tengok apa pulak lepas ni..

nanti citer kat Episod 5 k


Note: We need to rise up our happiness.. 

Wednesday, December 21, 2016

Episod 4- Gunung Lang

Tak habis lagi citer Gunung Lang ni kan..

Kat sini ada penternakan rusa dan burung unta..
best tau sebab kita boleh bagi makan kat haiwan haiwan ni..

 Jinak jinak rusa kat sini

 Jaga jaga tau.. kalau you all bagi makan kat rusa ni
kejap lagi burung unta akan datang marah..

 Burung Unta ni ibarat mcm pengawal peribadi si rusa la kan

 Aleesya takut nak bagi makan kat burung unta 
sebab burung unta ni macam garang sket..

bertenggek cam ni jer la yang dia mampu..
hahahaha...


Note: Dah mcm kat zoo pulak kan..