2 October 2021, selepas subuh kami bertolak ke Kampung Melayu Air Itam,Niat hati memang nak Dine in Berdua dengan En.Suami.
Monday, October 18, 2021
Nak Dine In Tak Kesampaian
Kalau Nasi Kandaq Kampung Melayu ni kena pergi awal, kalau idak jenuh beratoq cheq oi..
selalunya pukul 7 pagi tu meja dah penuh.
Masa kami sampai tu, dah ramai orang sedang beratur, tapi line belum la panjang berjela lagi.
Aku siap usha usha kat dalam restaurant.
Hambek ko.. They all memang tak prepare untuk Dine -In lagi ler..
Hampeh..kena la bungkus balik.
Nasi kandar ni kalau makan kat mana mana pun, kena makan kat kedai baru kick dia tu umphhhh...
kalau bungkus tu kureng la sket.
Nak buat camna kan, dah tak boleh Dine In even ada complete Dose Vaccines.
Kita kasi banjirrrrrr....
beli 4 bungkus, cepat cepat balik rumah
makan nasi kandaq sampai tersandaq...
Note:-
Jangan tanya aku awat aku tembun. hahahahaha
Pantai Asen Belakang Rumah Jer
Beruntung sungguh sebab pantai yang cantik hanya terletak di belakang rumah jer.Bukanlah betul betul belakang rumah. Kiranya dekat la dengan rumah. Dalam 5 minit dah boleh sampai pantai.
Dah jadi Viral pulak Pantai Asen yang indah mata memandang. Padahal kami selalu ke Pnati Asen untuk cari siput jer.
Nak sampai ke pantai ni kena naik Motorsikal atau Jalan kaki sebab memang tak ada Jalan untuk kereta yer. Bagi kami penduduk berdekatan Naik Motor je la.
Aku ngan jenjiran pergi petang sket sebab tunggu cuaca redup baru best nak cari siput.Cari siput secara berjemaah.
My anak dara asyik mandi manda, tapi kami kat belakang sibuk mencari siput.
Banyak tau siput kat sini.
Aku tak tahu la siput tu nama apa, tapi memang sedap.
Hari dah semakin gelap..
Kami terpaksa pulang kang magrib tak elok la kan..
Sebelum balik kita posing sket noh.
Ni la rupa siput yang kami cari.
Aku wat masak pedas ala ala masakan cina tu.
Tapi... Jangan lah terus ko dapat siput tu terus ko masak.
Kena rendam dia semalaman dengan air garam. Biar siput luahkan semua pasir pasir dulu yer.
distance doesn't separate silence does
Fisrt Dine in after so long
Bila kerjaan kelurkan SOP baru yang those who have 2 dose can dine in. So apa lagi, kita pergi dine in lah kan.
kita pergi dave Deli kat Queensbay Mall...
Nak masuk sini, masa nak parking pun dorang dah check My Sejahtera tau
Lupa pula nama apa menu yang aku order ni
yang ni si Zila yang order.
Salted egg chicken.
Dua dua menu ni dapat free air. So, sangat sangat berbaloi.
hahaha... mek ni dia guna filter apa ntah. sampai muka aku pun dah jadi macam muka budak sekolah.
sabor jer lah.
ok dah kenyang.. jom kita balik.
**
The truth hurts, but silence kills.
Sunday, October 10, 2021
Mee Tarik Versi Aku
Aku bukan penggemar mee tarik.Selalunya aku suka masak mee tarik dengan cara aku. Kalau yang jenis sup tu memang tak minat.
Dek kerana my anak dara ni suka sangat makan Meggie Ramen, jadinya aku olah je supaya dapat rasa macam meggie ramen tu. Tapi aku tak guna meggie,aku guna mee tarik.
Jangan tanya aku copy resipi dari mana.Sebabnya aku buat resipi sendiri. Campak je apa yang rasa boleh campak.
Cuma..aku guna sos korea adabi.
Meh nak share
Ayam/daging/sotong ( ikut suka la nak letak apa)
Bawang putih cincang
Sos korea adabi
Madu sket
Kicap sket
Pati ayam sket.
Cara
Rebus mee tarik sampai masak
Then tos kan. Kemudian tumis bawang putih,masukkan sos korea adabi,kicap dan pati ayam.
Upss..lupa nak bagitau,kalau korang masukkan daging.pastikan rebus dulu kasi empuk ya
Lepas dah semua sebati ko masukkan sayur dan masukkan mee tarik yang dah korang tos tu.
Siap..dah boleh hidang dan makan.
Kalau dulu my anak dara suka beli meggie ramen,now dia dah jatuh chenta dengan mee tarik versi ibu dia.
Anak teruna ada kt luar, so aku sengaja la wat status bagi dia terliur. Hahahaha..
Kan dah cakap..
Terus text ibu dia cakap nanak...
My anak anak memang tergila gilakan mee tarik versi aku ni.
Yer la..mana ada jual kat kedai.Kalau nak makan memang kena goda ibu dulu ler..
Hahahahaha..
Ibu masak tak de la istimewa mana.Tapi..sebab kasih sayang masakan jadi sangat sangat istimewa.