ecewah... tajuk tak blah daa....
Sebenarnya, aku tak de la pandai sangat dalam soal mendidik anak
rasanya lebih pot pet dari bertindak..
Tapi..sejak akhir akhir ni, bila saja aku cakap Amirul mesti nak menjawab
kekadang boleh wat senak hati tau. tambah tambah pulak di bulan puasa ni
aku notice.. Amirul suka sangat cakap " ha ni semkua ibu la, ibu yang tak ajak mirul, ibu yang tak check beg mirul..ibu la itu ibu la ini.."
Sungguhpun begitu, tak de la teruk sangat, cuma aku nak yang terbaik
dalam hubungan kami.
Ntah mcm mana la kan, Mungkin Allah gerakkan hatiku ini
Aku terfikir sejenak, kenapa la anak aku begini..
mungkin sebab nama yg aku panggil kut.
kalau sampai ke tua dia mcm ni, macam mana ek?
My step mom pun ada cakap, dulu my adik mcm Amirul la, banyak mulut
segalanya nak tanya, segalanya nak bercakap
tapi ..bila dia dah umur 13 tahun ke ats, dia dah ok..
banyak berfikir dari bercakap.. apa yang penting aku kena tau la..
ini semua proses pembesaran, parent kena banyak bersabar...
Aku terfikir kembali.. Aku selalu panggil namanya "Amirul" which mean "Ketua/Pemimpin"
asyik panggil ketua ketua ketua.. mana tak jadi ketua budak tukan..
So, memandangkan Nama penuhnya Amirul Naiim ( Pemimpin Syurga)
maka aku dah start melatih lidahku untuk panggilnya
dengan panggilan Naiim,
Mungkin sejuk sikit kut, bila aku panggil dia Syurga...syurga..kan..
kekadang tu tersasul jugak mulut ni, terpanggil jugak Amirul hahahaha
Tak pe,...permulaan memang begitu kan..
Moga perubahan yang bermula di bulan Ramadhan ni di beri keberkatan.
Tak salah pun nama Amirul tu,korang jgnlah berkecil hati
cuma aku rasa Panggilan Syurga tu lebih sesuai utk Amirul kot.
Note: Entry ini hanya merujuk kepada nama anakku sahaja, tiada kena mengena dengan nama orang lain.
harap maklum.










