Tuesday, January 12, 2010

Aku Memang Bertuah

Seperti yg korang tahu
aku sekarang dalam tempoh berpantang...
kenapa aku kata aku ni bertuah??????
Aku bertuah kerana mempunyai ibu yg pandai dalam
soal penjagaan selepas bersalin...
gambar kat bawah ni bukannya gambar aku..
aku ambik image kat google..
so aku nak bagi kredit, kat pemilik pemilik gambar ni..

Aku bertuah kerana mak aku pandai mengurut orang lepas bersalin..
so, lepas jer aku gugur hari tu,
mak aku datang jaga aku kat Penang nih...
pepagi lagi aku kena:-
1) Berurut satu badan.. hmmm best nyer rasa ( segar)
2) Minum Param ( campuran Madu Lebah+ Air Halia + Telur ayam kampung)
telur ayam original dari kg tau, Ayam Mak aku ler)
3) bertungku ( 2 tungku pagi + 2 tungku malam)
daun lapik bertungku boleh la guna daun sirih, daun mengkudu, atau daun
ups... aku tak kenal plak. kahhhhhhhh

5)Mandi Air rempah ratus + Daun Meringan
(korang kenal ker daun meringan tu? )
aku pun tak kenal...
6) sapu seluruh tubuh dengan "PARAM" ( tak tau ramuan apa)
mak aku buat bentuk bulat seketul seketul
kena sapu seluruh tubuh + Air Florida


7) pakai barut, lebih kurang cam gini ler...
( bukan barut cam ni, barut yg mak aku buat sendiri)
siap letak ubat kat dalam barut tu, kemudian lilit cam gini)
Mak cakap kena balut cam gini, sebab kita kena berjalan perlahan lahan
kalau tak balut, langkah kita laju jerk..
nanti bentan...

Lakukan semua ni selama 44 hari..

cara makan ala berpantang mak aku:-
1) 10 hari pertama makan nasi dgn lauk + lada hitam ( tidak berkuah)
2) 11-20 hari makan nasi dgn lauk +berkuah, tapi kena letak halia, lengkuas serai, bagainya
3) 21-30 hari boleh makan makanan berminyak seperti sambal & kari ( jenis ikan kena tau jugak) ikan gelama, talang, otek, haruan,duri boleh makan.
4) 31-44 hari bolehler makan yg kurang berlada, berhalia bagainya tu..

5) boleh jugak kalau nak minum air manjakani dan alat sulit di basuh dengan daun sirih dan air rebusan manjakani..

nota lutut:- banyak sangat benda yg aku tak tau, memandangkan Mak aku masih sihat ni, aku nak hasilkan buku petua perubatan mak aku. Untuk koleksi peribadi aku ler..
nanti boleh guna di hari tua... Amacam idea aku ni????





8 comments:

  1. mmg bertuah la ang...mak mahir dlm bidang2 ni kan...

    ok gk tu ang buat buku...utk kgunaan d masa depn...utk anak2 ang nnti..

    ReplyDelete
  2. ye btl..bgs jgk ni..nnti aku berpantrang aku buka blog ko n3 ni utk refer..ekek:P

    ReplyDelete
  3. wantie..bagus la kite sokong hasilkan buku tu..nnt senang tuk rujukan di masa akan datang ...bole turunkan pada anak cucu:)..bolelah tumpang sekaki jugek..

    ReplyDelete
  4. aku nak buku tu..nti ko tolong photostat kan eh...hikss

    mmg bertuah ko dpt mak yg pndi urut
    selagi dia ada ni ko belajar2 lah..mn tau ari tua ko plak amek alih...hiksss

    leh la ko urut menantu...bini si amirul ye dak...kahhhhhhhhhhh

    ReplyDelete
  5. zura- peluang kat depan mata harus di rembat. Lagipun mak aku dah agree nak tolong aku cari bahan bahan utk hasilkan buku peribadiku itu

    ReplyDelete
  6. mummy seri- beringat sebelum terlambat. warisan bonda harus dijaga.

    ReplyDelete
  7. El- aku ni, kalau bab berurut tu aku kantoi sikit. tengok lah, mana tau terpandai ngurut plak aku nanti nih...

    mak aku pun bukannya belajar pun.

    ReplyDelete