tatkala direnung kembali... kegembiraan adalah anugerah tuhan.. kedukaan pun anugerah tuhan jua.begitu jua dengan kehidupan. Bila kita hidup, hanya sekelip mata jua ajal dijemput. semua itu adalah anugerah Allah...
kerana dialah yang maha mengetahui segalanya...
Tanggal 17/07/2010 aku di uji lagi.. Jam l/kurang 3pagi.. perut ku memulas mulas. Nak duduk tak boleh nak berdiri berjalan pun serba tak kena. Hubby tiada di sisi kerana kerja shift malam. Sakit yang teramat sangat, sehingga aku mencapai tasbih dan beristighfar di hening malam..
Jam 4:30 pagi.. aku ke bilik air dan... aku keguguran lagi. Sekali lagi aku diuji. Tatkala darah bercucuran..aku berjalan masuk menuju ke bilik Sister in law. darah memenuhi ruang dapur rumahku. Aku mengalami pendarahan yang banyak kali ini berbanding keguguran pertama dulu...
Aku terpaksa cuci rahim. Semasa di wad. Amirul datang Melawat. Ayat pertama yang di lafazkan " Ibu jgn sedih... adik tunggu kita di syurga...". Terharunya aku mendengar.
Jauh disudut hatiku masih lagio terkilan kerana tak dapat penuhi impian Amirul yang nakkan seorang adik.
"Aku terkilan bila ada suara suara sumbang yang mengatakan bahawa aku keguguran kerana terlalu cepat aku mengandung semula setelah keguguran pertama dahulu" seolah olah aku yang bersalah...aku yang berdosa. aku lah punca semuanya ini..
Adakah aku yg tentukan bila harus mengandung?
Bila harus gugur?
Adakah ini semua pintaku?
Jika mereka seorang ibu... tentu faham nikmatnya menjadi seorang ibu. Bukankah menambahkan zuriat ibarat menambahkan umat islam di muka bumi ini?
Tuesday, July 27, 2010
Wednesday, July 14, 2010
Amirul & kumpulan No & 3
Masa on the way nak balik dari Bukit Merah tu.. Tak semena mena hubby cakap no & 3
So ingatkan dia tak kasi lalu kat restoren tu.. Rupa-rupanya .. Mamat kumpulan "No & 3" ni sedang parking kat situ..
Amirul dengan kembang kembang idung ler dapat bergambor dengan kumpulan raja lawak No & 3. Aku plak tersasul panggil Pok usu ni "PAK TAM"....
Buat selamba jer suh Amirul bergambar ngan Pak Tam.. Walhal Pak usu..haish malu jer aku ni..
Nota: Sib baik aku tak cakap " Poh Paleh Weh" ( ayat Pak Tam) kikikikik...

Yang ni plak bergambar dengan " Anu". hish.. nama cam simbolik for tutttt.. jer. kikikik.. Suka gak aku tengok sitcom dorang masa Raja lawak tu dulu.
Ala.. part sabun katak tu....
Nota: Sib baik aku tak cakap " Poh Paleh Weh" ( ayat Pak Tam) kikikikik...
Monday, July 12, 2010
B'day ku ke 31
Hmmm.. dah 31 umur ku semalam ( 11/07/2010). Dah tua la haku ni. Tak yah ler kek kek bagainya. Selalunya kek b'day tu makan sikit jer. last keras kat dalam Fridge jer..
Terima kasih.. Cayang abang... muah muah
Pandai pilih tempat. Nice View. Suasana rasa romantik gitew.. chewah perasan kejap. Bagi lah aku layan jap. Time tengah duk tunggu makanan yang di order..
gedik gedik la kejap.
Dapat sekeping dua pun dah cukup ler. Bateri camera tak charge. so.. guna HP jer la.
Ha.. Amirul terkejut pula tengok esblen tu. Dia order sirap limau. Tapi dok berkenan air aku la pulak. Last.. aku minum Air husband, Amirul Minum Air Amirul & Amirul minum air aku. kikikik...
Ha... makanan dah sampai.. Baca doa dulu. itu penting. supaya kita tidak jamah makanan tu bersama-sama setan..
Ha.. Amirul terkejut pula tengok esblen tu. Dia order sirap limau. Tapi dok berkenan air aku la pulak. Last.. aku minum Air husband, Amirul Minum Air Amirul & Amirul minum air aku. kikikik...
Telur dadar ni adalah pesanan wajib untuk Amirul. Sebab dia memang hantu telur
Hubby pulak memang suka sup cendawan. aku ni biasa la. Apa yang dorang makan aku makan. Tak memilih. Sebab tak memilih la aku gedebom cam gini.
P/s. Terima kasih abang bawak kami mkn kat sini. Pandai abang yer tak nak mention masa Amirul tanya kita nak makan kat mana.. Tempat ni memnag romentik la suasananya...
Terima kasih sekali lagi..
Thursday, July 8, 2010
Bukit Merah Lake Town
Lama tak hup date blog aku ni..
Dah la malas.. kesihatan aku tak bapa baik
so.. sepi ja la kan..
19/06/2010 ( citer lama) . aku peram jer citer ni..
berpanas panas bontot jengah kat Bukit Merah Lake Town resort.
Dah la malas.. kesihatan aku tak bapa baik
so.. sepi ja la kan..
19/06/2010 ( citer lama) . aku peram jer citer ni..
berpanas panas bontot jengah kat Bukit Merah Lake Town resort.
kalau nak sihat kena la control XTVT..
walaupun dalam hati gedik sangat nak main air kloring tu.. kikikiki
So Amirul jadi " The Torn Among The Roses" la...
Ni semua adik adik ipar aku.. cayang korang!!!! muah muah
Masa anak dara dulu aku suka la meroyan dengan Boomerang ni..
Teringin gak nak naik. Tapi.. sabar.... sabar.....