Tuesday, July 27, 2010

Aku di Uji Lagi..

tatkala direnung kembali... kegembiraan adalah anugerah tuhan.. kedukaan pun anugerah tuhan jua.begitu jua dengan kehidupan. Bila kita hidup, hanya sekelip mata jua ajal dijemput. semua itu adalah anugerah Allah...
kerana dialah yang maha mengetahui segalanya...

Tanggal 17/07/2010 aku di uji lagi.. Jam l/kurang 3pagi.. perut ku memulas mulas. Nak duduk tak boleh nak berdiri berjalan pun serba tak kena. Hubby tiada di sisi kerana kerja shift malam. Sakit yang teramat sangat, sehingga aku mencapai tasbih dan beristighfar di hening malam..

Jam 4:30 pagi.. aku ke bilik air dan... aku keguguran lagi. Sekali lagi aku diuji. Tatkala darah bercucuran..aku berjalan masuk menuju ke bilik Sister in law. darah memenuhi ruang dapur rumahku. Aku mengalami pendarahan yang banyak kali ini berbanding keguguran pertama dulu...

Aku terpaksa cuci rahim. Semasa di wad. Amirul datang Melawat. Ayat pertama yang di lafazkan " Ibu jgn sedih... adik tunggu kita di syurga...". Terharunya aku mendengar.


Jauh disudut hatiku masih lagio terkilan kerana tak dapat penuhi impian Amirul yang nakkan seorang adik.


"Aku terkilan bila ada suara suara sumbang yang mengatakan bahawa aku keguguran kerana terlalu cepat aku mengandung semula setelah keguguran pertama dahulu" seolah olah aku yang bersalah...aku yang berdosa. aku lah punca semuanya ini..


Adakah aku yg tentukan bila harus mengandung?
Bila harus gugur?
Adakah ini semua pintaku?

Jika mereka seorang ibu... tentu faham nikmatnya menjadi seorang ibu. Bukankah menambahkan zuriat ibarat menambahkan umat islam di muka bumi ini?

2 comments:

  1. sabarlah wantie..ini adalah ujian drNYA..kuatkan semangat..ko jgn putus asa k...xde rezeki lg..jgn sedih..tau ko harap sgt nk tambah zuriat..pelan2 ye...

    ReplyDelete
  2. Akak harap tie tabah menghadapi dugaan. Seperti yg kita tau..segala yg berlaku pasti ada hikmahnya.

    InsyaAllah, ada rezeki nanti, dpt ler mirul seorang adik yg diimpikan.Amin

    ReplyDelete