Friday, October 8, 2010

Dari Mana Kay see Datang...


Selepas aku keguguran tempohari, tetiba umah aku di datangi dengan seekor ibu kucing. Aku pun tak tahu dari mana dia sesat sampai leh parking jer kat umah aku. Garang tau kucing ni. Kaki dan tangan aku habis di cakarnya. Pernah jugak aku pukul dia sebab tak tahan, dia selalu cakar kaki aku, kaki Amirul, Kaki SIL & kaki hubby...




Bila aku nak pukul, Amirul cakap.. jgn la pukul betul betul. Pukul tipu tipu dah la. sian dia Ibu.. uwh1!! tersentuh lak hatiku. Dalam aku sibuk sibuk mengiuruskan kerja rumah. tetiba aku dengar suara amirul berbicara sendiri " mmm.. tak dapat adik, dapat ibu kucing pun ok jugak"
Rasa sebak lak bila aku dengar. Then aku wat keputusan nak bela kucing tu


Amirul Namakan dia sebagai "Kay See". Bila aku check balik Kay tu maksudnya gembira. See tu maksudnya lihat. So bila amirul tengok kucing tu, dia selalu rasa gembira la kut. pandai gak amirul match nama noh..

Kay the name means Happy or Rejoice in latin and old welsh and it means Pure in Greek
See = saw




Hohoho... tapi kan, si Kay See ni selalu ajak jantan balik umah bila kami tak der kat umah. Yang ni kaler oren, parking kat bumbung umah, bila aku blah pi kerja, dia lah dok ngorat si Kay see ni.
Ada lagi kucing jantan yang lain, yang warna putih & coklat. Akutak sempat nak snap. sebab time dorang datang tu aku tak pernah ada kat umah. bila aku balik ja.. lari lintang pukang.
hiksss... gatak gak si Kay see ni. Ramai lak peminat dia.



Demi sayangku pada si Kay See, aku sanggup berabih hampir 80 hinggit sebulan utk makannya. Then, berkilo kilo ikan temenung untuk santapan dia seharian. walaupun aku dah bagi makan kat dia. sampai hari ni, aku still tak leh nak pegang & belai dia, sebab dia still akan mencakar.
Apa yang pasti sejak si Kay See ni duduk kat umah aku, rezeki aku semakin bertambah. Syukur Alhamdulillah, mungkin inilah anugerah Allah, bila kita sayangkan binatang.. Allah bertambah murahkan rezeki kita..

Nota:- Dari mana datangnya Kay see masih lagi menjadi persoalan. Jika dia bertuan, kenapa dia tak pernah pulang ke rumah tuannya ????



1 comment:

  1. alhamdulillah kay see dpt tuan yg baik mcm ko ....tu dia sll dtg umah ko...sbb mirul pon baik ngan dia...semoga murah rezki ko...amin..

    ReplyDelete