Tuesday, November 9, 2010

Macam ada 10 anak..

Sebelum aku celoteh lebih panjang lagi, aku nak kasi respect buat kaum kaum ibu yang ada anak ramai ni. gambar memang tak der kena mengena ngan topik k. untuk korang cuci mata jer . Asal tak boring dengan celoteh ku yang entah apa apa ni. hehehe... Cuma aku nak luahkan rasa hati. tu jerk.

upss.. lupa lak nak kasi tau yang anak teruna ku ini telah kuhantar untuk belajar "BAHASA MANDARIN" walaupun dia tak tahu nak menulis & membaca lagi ku tak peduli lah. asalkan dia boleh belajar basic pun dah kira ok la. Oleh kerana Amirul tak boleh membaca, ku minta izin kepada guru kelas bahasa mandarin tu untuk ku join sekali. Segala nota ku tulis dan boleh la ku ajar sepatah dua. Secara tak langsung "ibarat menyelam sambil minum air lah" sebab aku pun leh belajar sama.

Baru 3 kali kelas bermula, amirul dah pandai sebut 1-10, selamat pagi, tengah hari dan malam. Sabtu ni 13/11/2010 ada majlis penyampaian hadiah kat PASTI tempat Amirul belajar. Makanya ada pulak persembahan yang perlu Amirul ikuti. Tambahan pulak persembahan dalam Bahasa Mandarin. Makanya akulah yang sibuk. sebab kena buat gaya, sebutan sama mcm murid murid. hiksss.. masuk sekolah balik la aku ni yer.

Semakin hampir dengan hari persembahan semakin sibuklah aku dan Amirul. sebab tiap tiap malam kena berlatih. class start pukul 8.00. lepas jer sembahayang magrib, terkejar kejar aku ke sekolah utk latihan. kekadang sampai tak sempat nak masak utk makan malam hubby. Hai.. ku rasa mcm ada anak 10 org walaupun hakikatnya aku ada satu anak ja.




nota : nasib baik ler hari bersejarah tempohari, ku raikan 10 hari lebih awal. nanti ku sharekan the best moment tu kat sini yer...

5 comments:

  1. kak alona- best kan jadi ibu ni. tapi, kak mesti alami banyak suka duka menjadi ibu sebab akak ada 3 anak. compare ngan T yang hanya satu anak jer...

    ReplyDelete
  2. itulah pengorbanan seorang ibu utk membesarkan anaknya.. dr kecik dh didik amirul tue...

    ReplyDelete
  3. pgorbanan ibu kan....sonok dpt merasainya...aku? ntah la bila...

    ReplyDelete
  4. hehhehh besela...kadang ank sorang ni yg lebih perhatian..klu ank 10 mmg xterbahagi kt sume..hahahah..

    ReplyDelete