Friday, December 17, 2010

Lori Sampah

apa ke hay nya aku dok citer pasal sampah pulak pepagi jumaat ni? Ni la alkisahnya yang berlaku kat aku pagi ni. meh sini aku nak berkongsi..

Biasalah aku ni. tat kala org lain sedang bekerja kat office jam 9:15 pagi. aku masih lagi on the way nak ke office. Nak cakap time aku pergi kerja tu jam, tak der la. sebab org lain kebanyakkannya dah pun punch card kat office. hehehe..

Sejak aku insaf ni, dah tak naik Motor pergi kerja. Aku drive ari ari pergi kerja tau. Masa aku nek motor dulu tak ler perasan semua menda ni. Tapi pagi ini... pagi ini...


Mungkin lori sampah yg tutup semua tu biasalah kita tengok kan. Tapi ada syarikat konsensi sampah kat Penang ni guna lori yang tak der penutup kat cabin tu. Apa lagi, tengah aku asyik mendengar sinar FM. tetitba melayang satu kertas besar. kecepuk parking kat windscreen keta aku. Mak ai, gelabah ler aku. sebab dah tutup ruang melihat aku.

Panik tahap tenuk, risau la aku mana tau kat depan tu ada motor ker, org ke yg lintas. Cepat cepat aku bukak cermin tingkap. Then lepas tu kertas tu terbang. Nasib baik.


Ha.. lori tu lebih kurang cenggini la. ternganga ja cabin tu. Apa lagi, bila bawak laju, memang habis terbangla sampah kat dalam tu. terutama sekali kertas yg ringan. bertaburan kat Jalan. Kalau objek keras yang jatuh, bukankah membahayakan org lain. Hish.. jgn nak kejar trip jer bang oi... keselamatan harus di utamakan.


Mentang mentang la time tu tak jam, korang speeding jer ya. Ni bukannya pungut sampah. Ni namanya tabur sampah.Mungkin tak der org complaint kot. sebabtu la dorang drive bak raja di jalanan... hehehe. Nak jadi karam Singh waliah ka aku ni?


"Ibarat pahat tidak bergigi( Pahat mana ada gigi)
Apa nasihat hendak kuberi."

4 comments:

  1. laaa sib bek xde pape
    busuk la lori tu..busuk gak blog kau ari ni hahahaha

    ReplyDelete
  2. alahai....naseb baik...kalu ada org kt dpn tak ke naiya kan....bahya2...

    ReplyDelete
  3. lori sampah ni..satu ler yg tak tahan..air sampah yg meleleh kat sepanjang2 jalan lori tu..aduhaii..

    ReplyDelete