Wednesday, December 8, 2010

Maal Hijrah..

Apakah pandangan anda tentang Maal Hijrah? Adakah sambutan Maal Hijrah hanyalah cuti umum atau permulaan tahun baru dalam kalendar Islam yang semakin kurang dihayati pengertiannya sehingga ia semakin tidak membawa apa-apa makna, selain waktu senggang untuk berehat.

Tahun baru dalam Islam bukanlah sambutan perayaan atau simbolik semata-mata, tetapi membawa maksud yang lebih mendalam.

Faktanya, umat Islam memahami bahawa tahun Hijrah yang kini sudah mencapai angka 1432 menandakan perpindahan besar Nabi Muhammad SAW serta pengikut Baginda dari Makkah ke Madinah. Hijrah Rasulullah menandakan lembaran baru terhadap penyebaran Islam yang lebih makmur.

Hijrah menurut pengertian umum ialah meninggalkan larangan Allah dan melaksanakan perintah-Nya, bagaimanapun dalam pengertian yang lebih luas, ia membawa maksud keluar daripada medan perjuangan yang sempit ke gelanggang yang lebih luas dan ia adalah pemisah di antara yang hak dengan yang batil.


" Terkenangku di waktu sekolah rendah. Bila tibanya sambutan Maal Hijrah, akulah org yang sibuk kat Pentas beramai ramai bernasyid lagu Maal Hijrah" memang seronok time tu.

Sejak ke sekolah menengah ku dah tak aktif buat semua tu. sebab masih ada insan lain yang lebih aktif dariku. hiksss. Ingat lagi ku lagi itu:
Satu Muharram Detik Permulaan
Perkiraan Tahun Islam Hijrah
Perpindahan Nabi dan Umat Islam
Dari Kota Makkah ke Kota Madinah

Atas Keyakinan dan Iman Yang Teguh
Kaum Muhajirin dan Ansar Bersatu
Rela Berkorban Harta dan Nyawa
Demi Menegakkan Islam Tercinta

Hijrah Itu Pengorbanan
Hijrah Itu Perjuangan
Hijrah Itu Persaudaraan
Hijrah Membentuk Perpaduan

Oleh Itu Mari Semua
Kita Sambut Maal Hijrah
Tingkatkan Semangat Tegakkan Syiar Islam
Untuk Sepanjang Zaman
nota:- bila tiba tahun baru ramai umat islam yg sibuk nak ada azam thn baru. Tapi, berapa ramaikah yang mempunyai azam baru bila tiba sambutan Maal Hijrah??
Semoga ku sentiasa bermuhasabah diri dan berubah ke arah kebaikan. amin...

No comments:

Post a Comment