Tuesday, November 2, 2010

Kampungku Banjir

tut.. tut.. my direction line berbunyi, yesterday morning. uh.. awalnya, sape la yang telephone pepagi ni. Dah la belum breakfast lagi ni. Ku angkat ganggang, ternyata suara dari bonda..

sedih.. betul ku dengar bila mak ckp, ramai umah jiran jiranku dah ditenggelami air. umahku agak atas bukit sikit, makanya belum la sampai air banjir tu ke rumahku. Ada jiran yang berteduh di bangsal/pondok di dalam kebun getah. yer la kan kebun getah kan kat lereng lereng bukit.


Sebahagian daripada berita ttg kampungku di landa banjir..

" bacaan paras air Sungai Kuala Nerang telah melepasi paras bahaya iaitu 19.01 meter berbanding paras bahaya 17.07 meter manakala tiga lagi sungai berada pada paras berjaga-jaga iaitu Sungai Padang Sanai di paras 35.89m (paras bahaya 36m), Sungai Kubu di paras 12.41m (paras bahaya 13.02m) dan Sungai Naka di paras 31.2 (paras bahaya 33m)."
petikan dari malaysia kini.com


Ku yakin hari mendatang bakal bersinar... langit akan kembali cerah.



Aku cuma risau ttg makan minum mak & ayah kat kampung. Apa dorang nak makan jika banjir berterusan begini. Masih ada lagikah stock beras kat umah. Kalau ada beras & ikan pekasam pun, Gas kat dapur tu masih banyak lagi ke?

Kalau kukirim duit, mcm mana mak nak withdraw kat mesin ATM tu sebab jalan penuh digenangi air. Abangku yang tinggal di kampung bersebelahan pulak tak dapat menjenguk mak & ayah sekarang ni..

p/s. bagaimana ku nak lalu makan jika mak tak makan, bagaimana ku nak nyenyak tidur jika mak tidur dalam kesejukan/kebasahan...

Apa perasaan korang jika berada ditempatku sekarang ni?

Sesekali apa salahnya....

Memang dah aim kat dalam kepala, memang nak wat N3 ni. Hari ni baru sempat nak buat.
Aku ni bukan kaki bola dan bukannya peminat sukan sangat. memandangkan yang tersayang memang alert dengan sport. so apa salahnya aku tumpang sekaki.

Seronok upernya nonton bola ni. aku tak enjoy pun dengan jaringan Gol!!!!! tapi aku enjoy tengok gelagat coach pasukan memasing masa perlawanan Piala Malaysia 2010, KELANTAN VS NEGERI 9.


Tengok ngan wajah serious Wan Jamak ni. Aku tak sangka pulak, masa gol pertama Negeri 9, yang tak dikira tu, dia lompat kegirangan sambil lipat kaki.kikikik.. memang lucu. aku yang tak suka tengok bola terus jadi nak tengok aksi seterusnya...( korang tengok tak aksi tu?) memang kelakor. Maaf Wan Jamak, Tapi eden memang terhibur ngan aksi spontan kamu tu..

Kemudian kamera menuju pulak ke arah B. Sathianathan, Jurulatih Kelantan. Aku tengok wajah dia langsung tak senyum. mundar mandir sana sini. gelisah semacam jer. kalau la kameraman leh focus lama sikit kat mimik muka dia, tentu dapat gak ku snap wajah dia tu untuk tatapan korang..
Alhamdulillah, tak der incident teruk yang berlaku. cuma ada la penyokong membaling botol mineral dan bunyi sikit sikit jer dentuman mercun. Risau gak aku, yer la takut incident masa kelantan lawan selangor berulang lagi...
Aku ni tak ler bias mana mana pihak, tapi utk para penyokong kat seluruh malaysia ni, beretika la sikit bila menonton bola. Jgn sampai kerana benda benda mcm ni, generasi akan datang dah tak nak gi stadium...


Kemain gembira lagi masa jaringan pertama Negeri Senbilan. Tapi ku akui, kedua dua pasukan tu memang hebat. kedua dua bahagian penyerang memang superb.. kenapa ku kata begitu. sebabnya memang susah ler bola nak bolos gol. pemain pemain kena berhempas pulas tau..



Ni jer la aksi yang dpt ku snap melalui kaca TV. hohoho... bukan setakat lawan sepak bola jer. menyepak & menyiku pun ku boleh tengok jugak..

\
Suka dengan Hasbullah Awang, bila dia suka satu nama pemain tu dia akan sebut berulang ulang. Apa yang aku dengar malam tu " Chineroit"( tak tau nak eja nama) berpuluh kali kudengar dia sebut. kejap kejap chineroit, kejap kejap chineroit..


kepada pembaca di luar sana kalau tau ejaan chineroit yang betul sila bagi tau yer. Untuk pemain yang ku maksudkan tu, ( maaf yer)..