sedih.. betul ku dengar bila mak ckp, ramai umah jiran jiranku dah ditenggelami air. umahku agak atas bukit sikit, makanya belum la sampai air banjir tu ke rumahku. Ada jiran yang berteduh di bangsal/pondok di dalam kebun getah. yer la kan kebun getah kan kat lereng lereng bukit.
Sebahagian daripada berita ttg kampungku di landa banjir..
" bacaan paras air Sungai Kuala Nerang telah melepasi paras bahaya iaitu 19.01 meter berbanding paras bahaya 17.07 meter manakala tiga lagi sungai berada pada paras berjaga-jaga iaitu Sungai Padang Sanai di paras 35.89m (paras bahaya 36m), Sungai Kubu di paras 12.41m (paras bahaya 13.02m) dan Sungai Naka di paras 31.2 (paras bahaya 33m)."
petikan dari malaysia kini.com
Ku yakin hari mendatang bakal bersinar... langit akan kembali cerah.
Aku cuma risau ttg makan minum mak & ayah kat kampung. Apa dorang nak makan jika banjir berterusan begini. Masih ada lagikah stock beras kat umah. Kalau ada beras & ikan pekasam pun, Gas kat dapur tu masih banyak lagi ke?
Kalau kukirim duit, mcm mana mak nak withdraw kat mesin ATM tu sebab jalan penuh digenangi air. Abangku yang tinggal di kampung bersebelahan pulak tak dapat menjenguk mak & ayah sekarang ni..
p/s. bagaimana ku nak lalu makan jika mak tak makan, bagaimana ku nak nyenyak tidur jika mak tidur dalam kesejukan/kebasahan...
Apa perasaan korang jika berada ditempatku sekarang ni?