Friday, December 17, 2010

Pesta Pulau Pinang 2010

Tiap tiap tahun sama ja ku rasa bila masuk Pesta Pulau Pinang ni. Barang yang selalu nak di beli adalah kat Kedai Pakistan. Ada la satu barang yang cute aku nak rembat. Tapi, biasalah malam last baru orang offer. Tunggu... malam last ku terjah lagi sekali.

Macam biasa, Amirul akan belek belek dulu keta menan sebelum jalan. Mcm la dia tau . hiksss

Cik hubby dengan setia carry segala benda makanan aku dan apa jua yg dibeli oleh kami anak beranak.

Yang aku angin kat sini ialah permainan Water Jumping ni. Memang tak berbaloi la ku rasa. Mana taknya. Bayar 6 ringgit utk 3 token. Pusing satu round jer. Tak sampai seminit. Nampak sangat cekik darah. Kalau mcm ni la kekdahnya Pesta Pulau Pinang. tak yah ler dok pergi...


Tapi.. nak wat cam na kan, Putera kesayangan asyik menyanyi ja nak pergi Pesta ni. Nak Tak nak kenala penuhi keinginannya tu. Sib baik dah tak mintak nak pergi sekali lagi.


Nak tangkap gambar ngan ular ni, kena bayar RM10.00 hinggit.


wuitsss... naik ngan marka noh....hehehehe...( speaking penang sat)


tengok tu.. punya la ramai orang. kena perhatikan Amirul betul betul. Silap haribulan boleh hilang dalam kumpulan org tu.



Sebelum balik, aku nak usha hantu ni jap. Ko tengok aku, aku pun nak intai ko sama. Tak masuk pun rumah hantu. tak best mana pun. nak cakap seram.. hampeh, langsung tidak.


nota:- Aku nak rembat satu barang kat kedai pakistan. tunggu ya mamat pakistan. ujung bulan chek mai noh...
( kalau sapa rasa poket penuh tak tau nak buang duit tu kat mana, mai ler Pesta Penang)


Lori Sampah

apa ke hay nya aku dok citer pasal sampah pulak pepagi jumaat ni? Ni la alkisahnya yang berlaku kat aku pagi ni. meh sini aku nak berkongsi..

Biasalah aku ni. tat kala org lain sedang bekerja kat office jam 9:15 pagi. aku masih lagi on the way nak ke office. Nak cakap time aku pergi kerja tu jam, tak der la. sebab org lain kebanyakkannya dah pun punch card kat office. hehehe..

Sejak aku insaf ni, dah tak naik Motor pergi kerja. Aku drive ari ari pergi kerja tau. Masa aku nek motor dulu tak ler perasan semua menda ni. Tapi pagi ini... pagi ini...


Mungkin lori sampah yg tutup semua tu biasalah kita tengok kan. Tapi ada syarikat konsensi sampah kat Penang ni guna lori yang tak der penutup kat cabin tu. Apa lagi, tengah aku asyik mendengar sinar FM. tetitba melayang satu kertas besar. kecepuk parking kat windscreen keta aku. Mak ai, gelabah ler aku. sebab dah tutup ruang melihat aku.

Panik tahap tenuk, risau la aku mana tau kat depan tu ada motor ker, org ke yg lintas. Cepat cepat aku bukak cermin tingkap. Then lepas tu kertas tu terbang. Nasib baik.


Ha.. lori tu lebih kurang cenggini la. ternganga ja cabin tu. Apa lagi, bila bawak laju, memang habis terbangla sampah kat dalam tu. terutama sekali kertas yg ringan. bertaburan kat Jalan. Kalau objek keras yang jatuh, bukankah membahayakan org lain. Hish.. jgn nak kejar trip jer bang oi... keselamatan harus di utamakan.


Mentang mentang la time tu tak jam, korang speeding jer ya. Ni bukannya pungut sampah. Ni namanya tabur sampah.Mungkin tak der org complaint kot. sebabtu la dorang drive bak raja di jalanan... hehehe. Nak jadi karam Singh waliah ka aku ni?


"Ibarat pahat tidak bergigi( Pahat mana ada gigi)
Apa nasihat hendak kuberi."