Monday, January 9, 2012

Breast Pump Rosak!

huhuhu... pump kesayanganku telah selamat rosak. kwang kwang
Baru 3 bulan aku guna.
sian kat aku, sib baik dia rosak pada hari ahad( kelmarin/semalam)
Aleesya ada ngan aku sepanjang hari
makanya kelmarin aku tak pump le.

Nak pergi beli tak de masa la pulak, dengan layan kerja sekolah Amirul bagainya
So, belek belek dalam almari tu
ada la pump manual
Syukur.. leh aku guna hari ni

Aku guna Pureen battery pump jerk. murah le kalau berbanding ngan Avent tu. Tak mampu aku nak beli Avent. Nak beli tu boleh, tapi ada banyak expenses yang aku kena tanggung.
biasalah kan, aku bukannya orang ada ada..

Tadi aku ada call Pureen Centre kat Butterworth. Nak tanya cam ne kalau nak service
tak pe la kalau tak de warranty pun. aku bayar le.
Boleh je org yg answer tu ckp. "Tak pernah le terjadi mcm ni, so kami tak tau la kak". Nak gelak ke nak marah?

Rasa mcm lawak je answer dia tu. Tapi aku cool je. malas nak fire. memandangkan aku beli product tu pun dalam RM 120.00 kat Farmasi. Dalam kotak tu pun tak de warranty kad ke hapa ka ke.

Then aku tak puas hati le dengan jawapan tu, aku call pureen centre KL. dorang ckp PIC tak de, so dorang ambil no telephone aku & janji nak call aku.
sampai sekarang tak de pown.

sekarang dalam kotak fikiranku, nak beli yang baru.ngeeee
harus beli.. harus beli..
demi anakku tersayang. muah muah..

susuku ini akan menjadi phojaan hattimu :D:D:D:D:D

8 comments:

  1. sian nye...
    sedih kan bila brg kesayangan rosak...

    ReplyDelete
  2. Ashikin - memang sayang sangat dengan breast pump tu. kalau dia tak de memang sakit sangat breast I ni.

    Kalau Aleesya dah minum pun, still boleh pump lagi buat stock. berlambak lambak kat dalam peti ice tu.

    ReplyDelete
  3. salam kenal.kesiannya,mmg geram kalau beli barang tak sampai dgn jangkaan kita.saya guna yang anak ku dari anak yang ke tiga lg..tp tahan.alhamdulllah

    ReplyDelete
  4. Suri solehah- betul tu, tak sampai 3 bulan dah rosak. rasa mcm tak berbaloi je. dah la tu, kalau survey semua pump memang mahal

    ReplyDelete
  5. aku ada 2 pump kt umah
    satu manual satu elektrik pape jd kat one of..ada extra kehkehkehkeh

    tu aku takut kalo beli kt farmasi ni..baik beli terus dr supplier..depa leh urus kalo rosak ke hape :)

    ReplyDelete
  6. El- aku pun ada 2 pump gak. lagi satu tu yang manual punya. Tapi aku suka yang abteri ni. sebab laju jerk bila pump. hehehe..

    kalau aku guna yg manual, kuantiti aku dapat pun sama gak ngan battery pump.heheh..

    ReplyDelete
  7. dulu...zaman akak keje (menyusukan si along)..takde lagi pengepam susu ni terjual. jdnya kena picit2 perah sendiri ler..hehe
    untung ibu2 bekerja skang sbb WHO pun mmg galakkan penyusuan ibu pd bayi2 mereka.

    ReplyDelete
  8. Kak Alona- wuish akak, cuba gak picit ngan tangan sebelum ni. crit crit kuaq.

    lenguh tangan tangan ni. susu dapat ciput jer. Sib baik le zaman sekarang ada pump.

    patutla dodulu ni, kebanyakkan org yang bekerja mesti bagi formula milk.
    kalau asyik dok picit, bila la kerja kat office tu nak selesai. hahaha

    ReplyDelete