Friday, March 23, 2012

Pekan Hari Padang Serai


Memang kami sefamilly adalah peminat petai tegar.
That day, kami ada hal sikit kat Padang Serai
so, kebetulan hari tu hari ahad, jadi Padang Serai kulim ada pekan hari

Lepas settle semua kerja kami
kami bercadang nak pergi jumpa uncle's Amirul yg berniaga Ikan kat Pekan Hari
tersebut. Harap harap dapat jumpa lah yer.

cuaca mendung jer that day kat sini
nampak macam nak hujan
kami sedang tercari cari kat bahagian mana pak lan, pak ndak , pak lang & Paksu Amirul berniaga


Dalam dok mencari tapak berniaga dorang
kami sempat merembat dua ikat petai
dalam sepuluh papan cam tu la.

then, aku ternampak buah Genuak muda
aku rembat sepiring, dalam RM 3.00 mcm tu
Yang muda ni sedap sebab leh makan sekali ngan kulitnya
memang aku ni suka makan ulam ulaman

Ada org tak makan Genuak ni
tapi, bagi aku kalau ada buah ni sebagai ulam, bertambah tambah nasi aku ni

untung aku kawin ngan hubby ni
sebab apa yang dia makan aku pun makan jugak
orang senegeri la katakan
cara makan pun sama le..

punya la ramai orang dok jual buah buahan
tapi masih tak nampak Pak Menakan Amirul ni
kami jalan lagi


ha.. tetiba Amirul jumpa bapak sedara dia ni
apa lagi kemain suka la dorang
mungkin sebab hujan kot orang tak ramai

but, not badlah kan banyak pilihan ikan yang dorang jual

sementara aku pergi beli air bungkus tuk adik adik ipar aku ni
hubby dok gebang ngan dorang
tu la kan, kekadang tak sempat kami nak berborak ngan dorang ni
sebab kami balikkampung pun on saturday sunday

dorang pulak sunday keluar berniaga kat sini
dah dapat berjumpa tu sembang sembang la sikit

aku tanyakan khabar MIL & FIL bagainya
kami pun nak balik dah

Doramng tapaukan ikan tu kami bawak balik Penang
Alhamdulillah... syukur.

Then, masa nak balik tu ingat nak beli mangga ni wat makan ngan pulut
oleh kerana Amirul dok wat perangai terbantut hasrat ku

note:- Ikan merah ada lagi dalam fridge aku tu seekor
besar gak la. Tunggu masa untuk aku stimkan.

3 comments:

  1. nureen suka stim siakap :)
    ni pulut mangga ni hasil dr n3 el la tue..
    alahaiii petai, nureen x mkn la hehhee

    ReplyDelete
  2. jauhnye gi padang serai cari pasar minggu, hehe..

    Member akak ada dok pdg serai ni..asek ler soh pi umah dia. Dh sampai bandar kulim tp rasa mcm jaoh jer...takde ler gi nyinggah pun. Nk kejar masa pun sama, mm...

    ReplyDelete