Sejak dua menjak ni heboh la dok cakap amah indonesia mahal.
then nonton berita ada jugak dok cita tentang amah ni
yang best tu passport amah pegang, pas tu cuti satu hari seminggu ok la kan.
then kalau bagi cuti satu hari dalam seminggu gaji RM 700 lebih
kalau tak bagi cuti gaji dalam RM800 lebih
amboi.. gaji RM800 lebih woo.. ngalahkan gaji pekerja malaysia.
pergila tanya kat operator kilang kat penang ni
gaji basic dorang ada RM800 lebih ka? hahaha
memang lawak la syarat syarat yang di tetapkan.
then passport dorang pegang.
tak takut ke, sat tak puas ati ngan majikan terus lari
kwang..kwang..kwang..
Kalau dah susah susah sangat tak yah le dok ambik amah dari indonesia
aku rasa lebih baik ada syarikat yang wat service utk cuci rumah
tak yah le 24 jam kat umah majikan. bayar ikut jam gitu
mungkin syarikat cleaner boleh mulakan.
hehehe.. kalau malaysia dah ada service cam tu, baru lah dorang nganga!
|
KUALA LUMPUR – Majikan di negara ini perlu menerima hakikat bahawa mereka kini tidak boleh terlalu bergantung kepada pembantu rumah dari Indonesia walaupun pembekuan penghantaran mereka ke Malaysia telah ditarik balik pada 1 Disember lalu.
Ini berikutan prosedur ketat yang ditetapkan oleh republik berkenaan sehingga menyukarkan agensi-agensi pembantu rumah asing di negara ini membawa masuk amah dari negara itu dalam jumlah yang banyak.
Presiden Persatuan Agensi Pembantu Rumah Asing Malaysia (Papa), Jeffrey Foo berkata, walaupun permohonan untuk mendapatkan pembantu rumah Indonesia ketika ini mencecah 100,000 orang tetapi penghantaran amah ke negara ini adalah dalam jumlah yang sedikit.
Menurutnya, selain terpaksa berhadapan dengan kerenah birokrasi negara itu, pihaknya juga terpaksa berhadapan dengan pelbagai masalah lain seperti kos dan pemilihan calon pembantu rumah yang sesuai.
Kalau anak ramai kena gak amik pembantu umah psl byr bb sitter pong mahal gila skrg nie..
ReplyDeletekena fikir 10 kali kalau nak ambik diorang bekerja..
ReplyDeleterakyat malaysia pun ada yg gaji x sampai 800..x pyhlah amik bibik..byk songeh diaorg ni
ReplyDeletetu la saya ingat klu ada syarikat dalam malaysia yang bg service mcm tu pun ok..leh bagi peluang pekerjaan pada ibu2 tunggal..kul 5 balik la umh sendiri..kan..kan..
ReplyDelete