Friday, July 13, 2012

Allah ambil balik apa yg dipinjamkan

Kata orang tak baik merungut. Tapi tu la, kalau tak merungut kang kusut lak kepala ni
apa yang terbuku di hati harus diluahkan
kang gilo setengah mati pulak.


Hidup adalah pinjaman, kemewahan pinjaman jugak
miskin pun pinjaman jugak. Ini semua hal dunia
hal Akhirat harus di utamakan.
Tapi nak menuju akhirat kena la melalui denai denai dunia yg berliku
betul tak?

Hari ini, 12/7/2012 jam  7.49 pagi,
sedar sedar basikal Amirul dah lesap di curi 
sapa curi? 
tentulah pencuri....


ni gambar google. basikal Amirul kaler biru
 Actually aku baru je seminggu beli basikal ni.
Hadiahkan kepada Amirul sebab dia strike all A' exam dia
aku beli RM 250.00.
sian dia bermanja dengan hadiah hanya selama seminggu jerk.

Tak pe la ko si pencuri, ko curi basikal anak aku
aku ok lagi, tapi ko kena la ingat yang hidup ni ibarat roda.
hari ko curi basikal je pun
mana la tau besok nanti, barang berharga ko pulak akan di curi.

Mungkin basikal ni Allah pinjam kejap tuk Amirul
tiba masa Allah ambik balik
Ada la hikmah di sebaliknya tu
"jgn di tanya kenapa? hanya Allah yg tahu"



bohong la kalau cakap aku tak sedih ka... Amirul lagi le sedih
nangis nangis masa on the way nak ke sekolah
mcm tak boleh terima hakikat basikal dia hilang...

saja aku korek gambar lama ni
untuk ubat hati yang confius!!!

sebab apa konfius
sebab aku pun tak sure, nak marah pada siapa
kalau aku tau pencuri tu pun, tak kan aku nak pi marah
kalau dia boleh berfikir seperti aku takkan la dia pi curi.. betul tak?

Pujuk hati:-
Syukur la siti oi ko hilang basikal je
ada yang hilang keta, lori, hilang anak, hilang laki, hilang bini..
manusia sekarang segala benda deme nak curi


Tak pe.. malam ni malam jumaat kita baca Yassin.
doa banyak banyak,
kalau dapat balik ok lah. klau tak dapat balik
kita mohon agar Allah murahkan rezeki
agar dapat beli yang lain. amin...


Nota:- sedang pujuk hati untuk menerima hakikat!

7 comments:

  1. org kalau nak curi ni apa jer yg sempat dia curi...akak sabar la yer...xder rezeki la tu

    ReplyDelete
  2. alahaii sian amirul...
    sapalah yg tergamak curik basikal amirul yer...

    sabar yer kak... mntahu hilang yg ni ada sesuatu lebih baik menanti kita kelak..

    ReplyDelete
  3. sabar ye.. akan ada balasan yang setimpal untuk orang2 yang mencuri harta orang lain ni,takkan senang kehidupan mereka di dunia ini

    ReplyDelete
  4. alahai,..kesiannya..
    takpe, sabar ye. ada la tu hikmah disebaliknya. sabar je dulu...nnt ada rezki beli lagi yg baru k.
    mana tau ada rezki jumpa balik..semua tak mustahil dgn izin ALLAH.
    pencuri tetap bersalah, tp nak buat mcm mana, tu antara dia dan Allah.

    ReplyDelete
  5. betul tu wantie doakan banyak2 je! kata orng kalu mmg dah tertulis rezki kita insyaalah akan dpt balik. sian kat Amirul ...

    ReplyDelete
  6. beskal tuh logik gaks sbb dh adt pencuri. kat umah kami nih. jenas aed pn kena curik. adeh. naper la g2? hu3

    ReplyDelete
  7. Aduhaii...seminggu jer baru beskal tu mana ler tak mirul sedeh...
    Dh ler semua tu usaha dia berjaya dlm exam...
    Ntah ler, T...mencuri skang ni dh mcm kerjaya pulak. Kerap jer terjadi..

    ReplyDelete