Monday, July 9, 2012

Khasiat Ulam Raja

 Pernah dengar Ulam Raja? Ha.. aku suka makan tau, buat ulam. 
kalau kat kampung, jeling jeling tepi umah, mesti ada yang tumbuh

Actually pokok ulam raja ni berasal dari Amerika Latin. Pokok Ulam Raja ni
dikenali jugak sebagai "Pokok Kenikir" tumbuh meliar dan mudah didapati di Florida, Amerika Syarikat, serta di Malaysia dan negara-negara ASEAN.

Ha.. jgn tak tau mudah di dapati di Amerika & florida
dasyat wooo Ulam Raja ni
omputih makan ke ulam raja ni wat Ulam?

Ulam Raja yg tumbuh di belakang rumah my dad
Ulam Raja adalah sejenis spesis bunga intan berayun yang berwarna unggu atau kuning dan berbunga kecil. Manakala pokok bunga yang berwarna kuning jarang digunakannya sebagai ulam, yang berwarna unggu merupakan sayuran ulam yang amat popular dimakan mentah bersama nasi atau di cicah dengan budu, sambal belacan atau tempoyak serta cincalok.

Berdasarkan kajian tempatan, ulam raja mengandungi 3 peratus protein, 0.4 peratus lemak dan Karbohidrat serta kaya dengan kalsium  dan vitamin A.

Herba ini adalah herba semusim mencapai ketinggian hampir satu meter. Batangnya berwarna hijau tua dan keunguan sedikit. Kebiasaannya herba ini bercabang banyak di bahagian atas.
Daunnya bergaris bentuk ovat atau segi tiga dengan anak daunnya yang runcing, kesat dan berwarna hijau tua. Bunganya bertangkai panjang, berwarna kuning keunguan. Daun herba ini mengeluarkan bau apabila diramas.

kalau makan nasi tak de ulam. mcm tak best je kan..
biasala aku ni kan hantu ulam
kalau kat kg le, kalau kat sini tak de ulam kena makan jugaklah
kang kebulur plak..

Niat hati nak kutip pucuk janggus, tapi non ada rezeki sebab my step mom dah kutip
sebelum tu. yg ada tu pun muda sangat.
tak pe simpan dulu

ha.. tengok tu dah dogol. hehehe

ni le ulam raja yg bakal aku jamah
dapat le sepiring
cukuplah untuk lunch.


8 comments:

  1. ulam raja dolo eB suker tapi pas sellau dpt yg keras n berbulu2 plk x mo dh.
    tapi ulam janggus jgn ckp... kat blakang umah tuh, nek skit pn dh kena petik sampai oma dok bsg biler la nk berbuah pokok tuh kalo dh ulamnyer x pernah naik jadik daun. ha3...

    ReplyDelete
  2. ulam raja fevert en hubby saya suka ulam pegaga! n byk lagi ler

    ReplyDelete
  3. yup byk khasiatnya. tapi saya tak makan syur-syuran.

    ReplyDelete
  4. ulam raja ni memang baik utk kesihatan... sebab tu orang kampung lebih sihat berbanding orang bandar..

    ReplyDelete
  5. ulam raja ni memang sangat berkhasiat.. sebab tu orang kampung lebih sihat daripada orang bandar

    ReplyDelete
  6. akak mmg tak reti nk makan ulam raja. Suatu hari nanti lah tu..
    Pucuk salom pun dulu2 tak reti nk makan tp 3-4thn lepas dh mula pandai nk makan ngan nasik. Ngan laksa masih tak boleh....semacam jer rasa, hehe..
    Tp pucuk gajus ni mmg ler terbaekkk...

    ReplyDelete
  7. ni mkn ngan sambal nyoq..mmg konpon koma 18hari hahaha

    ReplyDelete