berdasarkan pengalaman, inilah pertama kali aku menyusukan anak di bulan puasa. Masa Amirul dulu, memang aku tak fully BF. Makanya kali ni tuk Aleesya, aku alami sedikit permasalahan di mana apabila aku menyusu , jumlah susu masih banyak tetapi badan aku mengalami pengurangan air.
memang kat peti ais tu ada banyak stock susu, tapi cuma cukup untuk 10 hari je. Makanya aku kena juga pump untuk bekalan seterusnya.
mm... aku cuba puasa jugak sebab sayang la kan ramadhan yang mulia ni tak puasa
dah le masa melahirkan Aleesya thn lalu aku dalam berpantang.
Jadi aku gugel la nak cari tips tipsnya.
- Risau tentang keselamatan dirinya
- Risau tentang keselamatan anaknya
“Rasulullah S.A.W bersabda ‘Sesungguhnya Allah SWT telah mengangkat puasa orang yang bermusafir (bole berbuka) dan telah mengurangkan solatnya (qasar), dan diangkat puasa(boleh berbuka) orang yang hamil dan menyusukan anaknya‘.”
Jika berpandukan kepada rukhsah puasa, aku memang perlu berbuka kerana aku akan sakit ( demam). mudaratkan diriku sendiri. dan bila aku demam secara tak langsung akan mudratkan Aleesya sebab susu yang aku hasilkan itu tidak mempunyai zat sebab aku tak makan. ( tak lalu makan)
ok, mari kita lihat ruksah yang seterusnya ini
“Sesungguhnya Allah menyukai rukhsah-Nya dilaksanakan sebagaimana Allah membenci maksiat dilakukan” (HR Ahmad)
Akan tetapi, tak semua ibu menyusu yang kurang susu semasa puasa boleh berbuka. Ibu yang wajib meneruskan puasa:- Ibu yang dah campur susu, kerana anaknya memang dah minum susu formula.
- Ibu yang ada stok susu berbotol-botol, kerana anaknya masih ada bekalan susu ibu untuk diminum.
untuk point yg kedua, ya aku memang ada stok susu di dalam peti ais, tetapi hanya cukup utk 8-10 hari. Jika hari bekerja pula, nak tak nak aku terpaksa pump susu. sebab jika tidak, aku akan sakit.
Islam itu indah dan mudah. Ibu yang tidak menyimpan stok, atau tak sempat menyimpan stok, tak perlu gusar dan susah hati bila susu merudum sebab puasa, kerana Allah telah memberi hadiah yakni rukhsah puasa – berbuka (tak payah puasa) bila keadaan itu memberi mudarat kepada anak (tak cukup susu). Dan janganlah guna ayat ‘ponteng puasa’ bila terpaksa berbuka dalam keadaan begitu. Bukan ponteng atau mengelat sebab ada peruntukkan di situ. Malah itu adalah perkara yang amat disukai Allah.
Sungguhpun begitu, aku memang sayang sangat kalau buka puasa. Jadi aku teruskan juga berpuasa kerana yakin Allah akan memberi kekuatan kepadaku. mungkin aku jatuh sakit di awal ramadhan adalah satu ujian.
Walaupun aku dah pun uzur seminggu sebelum ramadhan. Aku uzur lagi hari ini. Rasa mcm pelikkan? Allah maha mengetahui, mungkin kerana sayangku kepada puasa menyebabkan aku tak akan bukak puasa secara sengaja. Mungkin ini akan terus memudaratkan Aku dan Aleesya. Jadi Allah uzurkan aku. Nak tak nak aku terpaksalah buka puasa.
Ya allah sesungguhnya, kau mendengar rintihan doaku,aku redha dengan ketentuanmu ini. Jika inilah cara terbaik untukku meneruskan ibadatku kepadamu, aku bersyukur kerana ianya datang darimu, ya Allah. amin yarabbal alamin.
Nota:- Moga Allah memberi ku peluang utk berpuasa penuh di tahun mendatang.
doakan yang terbaik for u ye!.
ReplyDeleteeb antara glgn yg selalu terpaksa skip poser.
ReplyDeletesapa cakap menjadi seorang ibu ni adalah satu perkara yang mudah kan?
ReplyDeletenice entri...
ReplyDeleteheeeeee
sy pun menyusu bdn penuh ketika di rumah....cuma dekat nanny... dia minum formula....mmg2 kdg rasa dehidrat kt ni..tp susu stil ade..alhamdulillah...
ReplyDelete