hari ini aku nak kongsi satu cerita yang memang melekat dalam ingatanku dan seluruh ahli keluargaku
waluapun dah lama berlaku tapi ianya tetap
menjadi seperti satu kenangan yang pahit dan manis untuk di kenang
suatu petang, ketika hujan renyai renyai di tahun 80 an
di sebuah perkampungan yang agak suram
jalan di penuhi becak tanpa berturap
abang ke dua telah berteduh di sebuah pondok usang
tetiba abangku rasa nak terkucil,
oleh kerana terlalu sejuk, abang terus je terkucil di atas pondok tu
kurus keding |
bila dah magrib baru abang pulang
aku dan abang ketigaku masih bermain
tetiba kami melihat abang keduaku mandi berkemban
pelik!! lelaki mandi berkemban
sudah mandi pun abang masih berkemban
jalan pulak lenggang lenggok, bontotnya yang tak de isi tu
memang lucu sekali
bila abang nak salin pakaian, dia terus ke bilik aku
oleh kerana aksi abang pelik dari biasa, jadi kami berdua asyik perhatikan gelagatnya sahaja
bila kami panggil abang... dia tak jawab pun.. diam jer
gelagat dia mengibas ngibas rambut pendeknya tu pun nampak gelihati
dah dia pakai kain batik mak dan baju kurung kedah mak pulak
sambil jalan dia asyik sebut
"Auw.. saya ni seksi la"
bila dengar je.. kami terus berdekah dekah..
mana taknya
abang aku yang hitam pekat tu, dengan bulu kaki berserabut
dia boleh cakap dia seksi!!!!
baju kedah |
Mak dah nampak lain dengan sikap abang
dia siap perasap kemenyan
tak tahulah pulak kenapa.
tetiba abang jadi ganas dan dengan rakusnya abang makan semua ketulan arang yang berbara tu
kami yang tak habis habis dok ketawa berbahak bahak
di suruhn oleh emak utk panggil jiran kat hujung tanah sana tu
sebab kami dok asyik sangat ketawa, terus pelempang sorang satu das mak kasi
bengang telinga kami, sambil tengok kau aku
tapi mak dah suruh kena la pergi panggil Pak Long Hassan
dalam perjalanan tu kami sambung ketawa, lupa dah tentang sakit mak lempang
bila kami ckp kat Pak Long Hassan yang Mak suruh datang umah segera
lambat le orang tua datang, sebab dia tengok kami pun macam main main je
asyik dok ketawa ketawa tak habis habis
sampai je kat rumah, abang dah meronta ronta manja ngan mak
" Tak mau lah mak panggil orang.. malulah"
kami ketawa lagi, sebab tengok abang ngan baju kurung kain batik bagai
tetiba cakap malu sambil tunduk tunduk muka
apa kes dia ni
meroyan nak jadi pondan ke?
kalau tidak, abang ke dua aku ni memang garang
tak de la nak lembut ngan adik adik
Last, Pak Long Hassan datang dengan Pak Tayed
Si tayed ni pulak dok panggil nama abang aku Awang ... Awang...
lagi la abang aku tak suka siap nyorok nyorok muka dia kat sebelah mak aku
dah ngalahkan orang masuk meminang la pulak.
Bila kami tengok Mak dah nangis nangis
baru kami sedar yang sebenarnya keadaan dah menjadi serious
Kami mula diam.. dan lihat sekeliling
mulut abang masih lagi penuh dengan ketulan arang yang berbara
memang ngeri kami tengok, bila abang kunyah mentah mentah arang tu dan telan
kemudian Pak tayed tu mintak minyak kelapa dan baca apa ntah
kemudian sapu kat kening abang
mulalah abang dah nak terjun tingkap dan mula tolak semua kaum kaum adam yang kat depannya tu
sebijik macam adengan piere Andre terjun tingkap.
semua pakat dok tarik tangan abang
terkial kial muka abang kat tingkap tu
kemudian tayed segah sekali dua
terus abang jatuh lembik... gedebuk
hairan! mulut abang ok je, tak de luka atau berdarah pun
hairan! mulut abang ok je, tak de luka atau berdarah pun
setengah jam kemudian abang sedar
mak pun tanya le abang ada pergi kemana petang tadi
abang citer dia ke pondok depan rumah tok iman tu sebab nak teduh hujan
baru mak faham, sebab tayed bagitau mak yang kat pondok tu
di bawahnya dulu ni
ada orang tanam mayat perempuan pelacur
masa zaman jepun
dah ramai yang kena
sekarang ni, pondok tu dah tak de dah
tanah tu pun dah dibangunkan
anak tok imam kampung ni yang dirikan rumahnya di situ
mcm mana dorang buat aku pun tak tau la
yang pastinya aura abang kedua ku ini memang lemah
selalu je kena rasuk
nantikan citer dia kena rasuk dengan hantu raya pulak
Nak citer kat SINI rasa mcm panjang sangat
jadi buat la entry ni.
Note:- Bila kami berkumpul time raya ke apa ke mesti nak imbau kisah ni
sian.. abang ke duaku, kejadian ni berlaku dia tak dapat lihat cuma dengar citer kami je la.
abg hg kena rasuk rupanya..seram gk noh..
ReplyDelete# dh baik demam ke kawan?
uish..ada pengalaman ye tgk ahli keluarga dirasuk...
ReplyDeletenasib ler cepat leh pulih balik, ye...
bulu kaki tu...kalo kena pada orgnya memang seksi. anyways...nice entry! terhibur gila. agaknya kenapa la begitu sekali boleh mengganggu. apa cerita yg ditanam tu agaknya?
ReplyDeletekdg2 benda mcm ni kita kena percaya juga kan ti!
ReplyDeleteOKlah... tu... OKje Kamera yg godang-godang tu langsung tak de..he....
ReplyDeleteOKje pernah jugak tengok orang yg kena macam ni... tapi masa kecik dulu... dulu lagilah....orang tu biasanya kena malam2.... lagilah ngeri!!!!
ReplyDeletearr.... seram!!!!
ReplyDelete