Sunday, September 23, 2012

Who Is the Culprit?

Pernah kah anda rasa anda di perhatikan?
maklumat diri anda telah di ceroboh..
record kewangan anda sedang di attack?

  
Aku tak tau la orang lain, tapi perkara ini telah berlaku kepadaku sendiri
rimas tu jangan cakap la kan. rasa mcm teknlogi hari ni telah di ambil kesempatan oleh sesetengah pihak

baru baru ini, aku ada apply satu loan, Masa aku berjumpa dengan pegawai bank tu, dia dengan selamba menunjukkan screen komputernya yg tertera maklumat kewangan aku.


Aku ada berapa loan, berapa banyak  dan jenis jenis loan yang aku buat. Loan aku masih ada berapa banyak balance untuk di jelaskan.

Tak mustahilkan, kalau bank lain pun boleh jugak track record kewangan aku.
Bukan nak bangga la kan. Syukur Alhamdulillah, aku adalah pembayar loan yang berhemah. kalau lewat pun sehari dua ke. Nama aku tak pernah kena black list atau apa jenis black pun la dalam dunia ni.

Ok.. ada le satu bank ni, aku memang simpan duit dalam tu. Tapi tak berapa aktif le akaun aku tu. Dalam setahun sekali dua je aku simpan duit dalam tu. Aku simpan je, tapi tak pernah pun aku ambil. Jadi account ku tak berapa aktif  sangat.

Card Credit aku pun dah lama aku tak swipe. cuma simpan untuk masa awasan/kecemasan je. kalau cash dah cukup wat pe nak bazirkan duit tuk bayar interest kan..

Aku rasa dorang ni mcm rasa rugilah kalau tak grab aku utk membeli plan plan insurance yg dorang tawarkan. Ecewah.. perasan la pulak. Caranya pulak adalah dengan auto payment dengan saving account aku. Mentang la aku tak guna duit dalam account tu, korang dah siap dok plan nak auto payment dan suh aku beli apa kejadah plan yer.. Cara mudah nak isap duit orang. betul tak?



kalau tak suruh beli insurance ada jugak yg call suh beli privilage card la. Yang best tu dorang siap mention nama bank . Ni kes bank bocorkan maklumat ke? maxis ke? celcom ke? digi ke? TNB ke? PBA ke? hahaha... susah jugak jadi orang yang clean record.



Dulu sibuk dok citer CITOS tu telah ceroboh maklumat. Sekarang apa TOS pulak?

Note: Lepas ni kena simpan duit bawah bantal la kekdahnya.

5 comments:

  1. a'ah...hubby pun kena... siap call pulak tu nak wat agreement dalam tepon... nasib hubby reject sebab hitam putih takde.. kalau tak sia2 je kan.. duit lebur ke mana..

    ReplyDelete
  2. kan? dorang ni la sebenarnya penyebab manusia2 hidup ditanggung hutang keliling pinggang sampai ada yang kena blacklist dan diisyhtihar bankrup. dorang hanya tau nak buat untung je. nasib naik lah akak tak terpengaruh dengan dorang. saya sampai sekarang tak pakai kad kredit. puas hati

    ReplyDelete
  3. hmm...tu laa. maklumat peribadi dh tak berapa nk peribadi dh skang ni, huhu. Disebabkan rekod2 peribadi kita sudah dikomputerkan...

    ReplyDelete
  4. mmg skrg mklumat kita semua bleh taw beb....rekod kita semua bank ada...

    kn kalu ada nk buat loan apa..mmg bleh detect ngan bank negara...huhu

    ReplyDelete