Friday, December 14, 2012

Bayi lahir jam 12.12 pada 12/12/12 dan melibatkan masa selama 12 jam

kalau ikut perecaman melayu.
ewahhh.. guna bahasa kedah la pulak." perecaman"
Perecaman tu mcm kebiasaannya la.

kalau baby lahir tengah hari rembang
baby tu nanti akan ketegaq, panas baran
hmm.. mcm mcm la andaian org dodulu

kekononnya, masa lahir tu tak de azan dah. sebab dah bukan waktu sembahyang la
ntah le. tapi jarang benor kita dengar baby lahir tengah hari rembang
ada la sorang dua cam tu la.
tapi yang duk jumpa pun cam tu la, spesis degil..
degil sampai ke tua. ( ke betulan je kot)

Tapi yang ni berlaku kat Boston
Bayi lahir jam 12.12  pada 12/12/12
dan melibatkan masa selama 12 jam..

sib baik bayi tu berat 4.1 kilo je
kalau berat pun 12 kilo. arrrghhhh pengsan aku weih..

  

BOSTON – Seorang ibu melahirkan anaknya pada pukul 12.12 tengah hari pada 12.12.12 melibatkan masa selama 12 jam.
Bayi perempuan yang bernama Noelle Joy Klinker itu seberat 4.1 kilogram dan 55 sentimeter tinggi.
Dia dilahirkan di Hospital Besar Massachusetts di sini kelmarin.
Bapa bayi itu, Joe Klinker, 31, yang bertugas sebagai pegawai pasukan Pengawal Pantai Amerika Syarikat berkata, kehadiran Noelle merupakan rahmat buat keluarganya.
Menurut Joe, dia dan isterinya, Colleen Klinker kehilangan seorang anak perempuan pada Oktober tahun lalu yang meninggal dunia semasa dilahirkan. – Agensi

Tapi tak sure la pulak dia beranak normal ke atau melalui pembedahan
Kalau Normal tu aku memang respect la,
Tapi kalau pembedahan tak heran pun
ala... benda tu semua boleh plan..

kat Malaysia ni pun dah banyak orang plan nak beranak tarikh mcm ni le. masa mcm tu la
pokok pangkalnya. ada duit 
semua boleh....


7 comments:

  1. kita ni seboleh2 nak lahirkan baby secara normal kan. kdg2 bahaya gak main ngan angka ni. huhuhu

    ReplyDelete
  2. Kalau blh normal mmg nak normal kan...kalau da operate tu yg boleh pilih2 masa dan tarikh tu kan...

    ReplyDelete
  3. so tak boleh salahkan ibu mengandung, mahu pun bidan yang menyambut, salahkan baby tu sendiri yg nak kuar tak tentu masa hehehe.

    ReplyDelete
  4. ha'ah..betoi..akak sokong. Kalo melahirkan melalui pembedahan...sape2 aje leh setting (tp ikut ketentuan Allah jugak kan, hehe) Kalo tak jadi...tak dpt jugak masa yg cantek mcm tu...

    ReplyDelete
  5. zaman sekarang sume nak tarikh cantik je..bersalin pun leh pilih2 tarikh..terus operate je

    ReplyDelete