Pernah tak korang makan ubat beserta dnegan jus limau/oren?
aku tak pernah le.
Tapi sebelum ni aku ada amalkan pengambila psyllium husk dengan Jus orange
sebab itulah yang seperti di sarankan untuk pengambilannya.
pernah tengok psyllium husk tak ?
baik untuk usus dan mengurangkan kadar kolestrol dalam badan
aku makan yang organik punya.
sejak BF ni aku stop kejap sebab pengambilannya dengan Apple Cyder tu la
demi anak, ibu korbankan supplement dulu ya sayang..
Tetiba aku di gembarkan dnegan berita
"Minum ubat dengan jus limau gedang boleh membawa maut "
Pengambilan ubat dengan jus limau boleh menggandakan dosej ubat! hah..
MENGAMBIL ubat bersama beberapa jenis jus buah-buahan terutamanya limau boleh membawa maut.
Menurut satu kajian yang diterbitkan oleh Jurnal Persatuan Kesihatan Kanada, reaksi ubat-ubatan tertentu jika diambil bersama limau gedang dan beberapa jenis buah limau yang lain boleh menyebabkan kematian, kegagalan fungsi ginjal, kegagalan fungsi paru-paru, pendarahan usus dan beberapa komplikasi lain.
Kata seorang penyelidik, Dr. David Bailey, sebanyak 85 ubat dilaporkan mampu memberi reaksi negatif dan boleh menimbulkan kesan sampingan yang serius jika diambil bersama jus limau gedang.
"Reaksi ini terjadi kerana terdapat kandungan furanocoumarin yang aktif dalam buah limau gedang yang boleh mengganggu fungsi enzim dalam tubuh.
"Selain itu, kandungan ini juga dapat menggandakan dosej ubat menjadi beberapa kali lebih banyak dan menyebabkan pesakit menghidapi masalah lebihan dosej.
"Bagi ubat yang rendah dosnya, furanocoumarin dapat meningkatkan kesannya namun untuk ubat yang sudah tinggi dosnya, furanocoumarin boleh menyebabkan pesakit berdepan masalah lebihan dosej sehingga 330 peratus," ujar Bailey.
Selain limau gedang, lemon juga mengandungi furanocoumarin manakala ubat yang boleh memberi reaksi negatif dengan buah-buahan ini ialah ubat tekanan darah tinggi, ubat antikanser dan antikolesterol.
"Memandangkan pengambilan jus limau boleh meningkatkan dosej ubat, doktor ataupun pesakit perlu peka dan berhati-hati. Sebaiknya, ambillah ubat dengan air masak," kata Bailey.
Note: Dah tahu bahaya elak terus ye.sesapa yang tak tauy limau gedang tu mcm mana? English call grapefruit k.
bahaya la
ReplyDeletex penah amek pon jus ni
ReplyDeleteeh yaka??
ReplyDeleteminum ngan air masak je la senang kan...xde risiko..hehhehe....
ReplyDeletexpernah la lagi..tp minum ngn air sejuk peti pernah la..hehe
ReplyDeleteminum air masak je la..haha
ReplyDeleteayah akak makan supplement ngan air oren yg dibancuh tu. Tak tau lah kenapa.
ReplyDeletejus ni x pernah beli tp buah limau ni ada lg dlm petiice x mkn
ReplyDeleteye la... minum ngan air masak lagi mujarab aper... ish... hentikan tau
ReplyDeletetq . KA kkdg ade juga telan ubat dgn jus limau ni!
ReplyDelete