Pernah dengar Ulam Raja? Ha.. aku suka makan tau, buat ulam.
kalau kat kampung, jeling jeling tepi umah, mesti ada yang tumbuh
Actually pokok ulam raja ni berasal dari Amerika Latin. Pokok Ulam Raja ni
dikenali jugak sebagai "Pokok Kenikir" tumbuh meliar dan mudah didapati di Florida, Amerika Syarikat, serta di Malaysia dan negara-negara ASEAN.
Ha.. jgn tak tau mudah di dapati di Amerika & florida
dasyat wooo Ulam Raja ni
omputih makan ke ulam raja ni wat Ulam?
Ha.. jgn tak tau mudah di dapati di Amerika & florida
dasyat wooo Ulam Raja ni
omputih makan ke ulam raja ni wat Ulam?
Ulam Raja yg tumbuh di belakang rumah my dad |
Ulam Raja adalah sejenis spesis bunga intan berayun yang berwarna
unggu atau kuning dan berbunga kecil. Manakala pokok bunga yang berwarna
kuning jarang digunakannya sebagai ulam, yang berwarna unggu merupakan
sayuran ulam yang amat popular dimakan mentah bersama nasi atau di cicah
dengan budu, sambal belacan atau tempoyak serta cincalok.
Berdasarkan kajian tempatan, ulam raja mengandungi 3 peratus protein, 0.4 peratus lemak dan Karbohidrat serta kaya dengan kalsium dan vitamin A.
Herba ini adalah herba semusim mencapai ketinggian hampir satu meter.
Batangnya berwarna hijau tua dan keunguan sedikit. Kebiasaannya herba
ini bercabang banyak di bahagian atas.
Daunnya bergaris bentuk ovat atau segi tiga dengan anak daunnya yang
runcing, kesat dan berwarna hijau tua. Bunganya bertangkai panjang,
berwarna kuning keunguan. Daun herba ini mengeluarkan bau apabila
diramas.
kalau makan nasi tak de ulam. mcm tak best je kan..
biasala aku ni kan hantu ulam
kalau kat kg le, kalau kat sini tak de ulam kena makan jugaklah
kang kebulur plak..
kang kebulur plak..
Niat hati nak kutip pucuk janggus, tapi non ada rezeki sebab my step mom dah kutip
sebelum tu. yg ada tu pun muda sangat.
tak pe simpan dulu
ha.. tengok tu dah dogol. hehehe
ni le ulam raja yg bakal aku jamah
dapat le sepiring
cukuplah untuk lunch.