Wednesday, August 15, 2012

Kisah Cintaku Yang Tragis

Kau datang tak di seru, 
datang mu bersama surat cinta

Surat cintamu sungguh puitis, sehingga mengalirkan airmatku
kau tahu kan, aku nak raya...
kenapa kau datang  di saat ini.
di saat ku di ambang bahagia di samping keluarga

Pergilah cintaku, nyah kau dari sini
tapi, apakan dayaku, surat cintamu itu merantaiku
 
kau bermain dengan kata kata
rupanya bukan ku sahaja yg kau cinta
kau titipkan kepada ramai org
sampai hatimu..



aku benci kamu
cintamu bermata duitan
surat kau beri, wang yang kau harapkan..
 
Ku redha.. mungkin ini telah ditakdirkan untukku
tunggulah di sana
kudatang membawa wang untukmu.
semoga hidupmu bahagia & aman selalu.
 
 
Info: kalau kena saman parking, sila bayar sebelum 15 dari tarikh di saman, jika melewatkan bayaran saman, jumlah itu akan meningkat secara automatik
 
 
Nota:- patutla budak jaga parking tak de hari ni. haishhhhhhh

Tak Cetak ek?

Jam 10.00 pagi, aku dah tercongok kat depan Bank
Nak tukar duit lagi. tak de la banyak sangat tapi boleh la kan..

masuk je, dah tertulis kat kaunter bank tu
RM1.00 dah habis tuk di tukar, note lain lain ada la
( tulis dlm omputeh. lupa lak ayat dia. tapi maksudnya cam tu lah)

tukar plan la, dah tak de duit seringgit aku tukar duit RM2 je lah
kebetulan kat borang tu, ada tertulis RM2.

sekali aku pergi kaunter, tellers tu cakap RM2 tak de.
RM 5 & RM 20 ada la
punya la bongok, siap nak menjawab lagi tu

kata RM 1.00 je tak de. RM2.00 pun habis jugak ka?
kalau aku jadi telles mesti rasa nak lempang je kan

" Kak duit RM2.00 memang tak de cetakan baru"
kwang... kwang... kwang...
ish.. nape aku tak tau ek? ooo.. memang tak de ek
kikikik.. sori sori..

tapi still nak cover line
Kan kat borang ni ada tulis RM2 
betullah tu, ni kan standard form...

Note:- lenkali study dulu sebelum tukar duit!