Kau datang tak di seru,
datang mu bersama surat cinta
Surat cintamu sungguh puitis, sehingga mengalirkan airmatku
kau tahu kan, aku nak raya...
kenapa kau datang di saat ini.
di saat ku di ambang bahagia di samping keluarga
Pergilah cintaku, nyah kau dari sini
tapi, apakan dayaku, surat cintamu itu merantaiku
kau bermain dengan kata kata
rupanya bukan ku sahaja yg kau cinta
kau titipkan kepada ramai org
sampai hatimu..
aku benci kamu
cintamu bermata duitan
surat kau beri, wang yang kau harapkan..
Ku redha.. mungkin ini telah ditakdirkan untukku
tunggulah di sana
kudatang membawa wang untukmu.
semoga hidupmu bahagia & aman selalu.
Info: kalau kena saman parking, sila bayar sebelum 15 dari tarikh di saman, jika melewatkan bayaran saman, jumlah itu akan meningkat secara automatik
Nota:- patutla budak jaga parking tak de hari ni. haishhhhhhh