Tuesday, November 6, 2012

Baju Melayu Biru

Sabtu tu Amirul ada gitau yang dia masuk pertandingan Nasyid.
Kena pakai baju melayu warna biru pada hari KHAMIS!!!
Pagi tadi aku tanya lagi, bila nak pakai baju biru tu?
dia ckp hari khamis..eh esok kot
Aku pun tak de la prepare serika bagai sebab kalau esok pun, mlm ni sempat lagi prepare.

Tetiba tadi Baby Sitter call ckp baju biru tu kena pakai HARI INI!!!
ishhhhhhh... dah la rumah ngan office aku jauh
kalau nak balik pun dalam 45 minit cam tu.


Husband pulak kerja malam, risau jugak kalau aku call dia tak pick up phone
dah le pagi tadi tidur lambat sebab hantar Jiran ke Airport.
aku cuba call jugak hubby, sib baik dia pick up
aku bagitau la baju tu ada kat mana mana
then suruh anak aku balik rumah ambik
suruh baby sitter (Mak) tolong serika.
haish... sib baik umah bb sitter dekat 
memang kelam kabut aku di buatnya dengan Budak Amirul ni

Bila aku tanya dia kenapa Baju biru tu kena pakai Hari ni pulak?
Hari tu kata Khamis, Hari ni baru hari selasa..

Selamba je dia jawab...
Mirul tengok Abang Jai ngan Kak Ika Pakai baju biru
Mesti Mirul kena pakai jugak.
adoiiiiiiiiiiiii.....

Yeah.. Mak Datang

(03/11/2012) Mak Call aku ajak join dia sekali untuk ziarah Nenek di Batu Kawan
Senang le kan, Tak yah dia masuk Pulau untuk tengok cucu cucnya.

Hubby pulak tak dapat pergi sebab ada tournament kat Kilang dia
Jadi dia hantar kami kat perhentian Juru je.

apa la yang mak borak ngan menantu dia tu. moncong je mulut tu
Pukul 7.30 Mak adah sampai kat sana
Aku pulak masa mak sms kul 7.00 tu tak pulak tengok sms
7.00 am ( Mak dah sampai kat Gurun)
dah 7:12 baru kelam kabut. hehehe
sian mak tunggu la kami dalam 30 minit cam tu

hahaha... Ayah pun moncong gak mulut dia.
    
Kami  sarapan dulu kat hentian Juru ni
hubby pulak lepas breakfast kena patah balik masuk pulau
terus ke Kilang.

Nanti dah selesai baru dia Turun Batu Kawan ambil kami

Amirul ni order mcm mcm. last makan sikit je
aku bungkuskan ayam tu bawa ke rumah Nenek.
Boleh jugak Aleesya kunyah kunyah..

uits... hubby ni pepagi dah pekena sup.
dia ckp sedap..
tapi aku tak de pulak rasa..

Anak dara ni dah kekenyangan sebab dah siap menyusu
dalam perjalanan tadi..

hahaha... muka tak mandi.
Aku salin baju dia je dan terus bergegas.
nak mandi pun awal sangat.... tul tak?

The Marveles Cheezy Wedges!!!!

Dah hampir sebulan order  serbuk Cheezy Wedges
dari Mummy GreenyHouse. Tapi tak de buat apa apa pun
sebab sibuk sangat. tak sempat nak ke Tesco or GIANT beli Wedges.

last dapat jugak pergi tesco tengku kudin sabtu tu
beli wedges. tak buat banyak banyak
takut muak
so, goreng la beberapa ketul sahaja..
masukkan serbuk cheese tu dalam piring kmudian tuang je air panas
mengikut sukatan di beri le.

bila dah sebati
tuangkan aja dia tas wedges tu.

 Mayonis ada lagi dalam peties.
Masukkan dalam  kelongsong yang aku dok pipe colat tu
picit je keluar le bertali cam ni.


 then letak la cheezy yang di bancuh tu
nyum nyum,... memang sedappppppppp


bukan nak promote ke hapa ke. Memang sedap tahap gaban sos cheezy ni
korang beli dan cubalah sendiri

walaupun satu paket 200 gram je, berlambak lambak korang boleh buat
sedap sehingga menjilat siku, jari.


Note: Untung berkandaq!!!