Sabtu tu Amirul ada gitau yang dia masuk pertandingan Nasyid.
Kena pakai baju melayu warna biru pada hari KHAMIS!!!
Pagi tadi aku tanya lagi, bila nak pakai baju biru tu?
dia ckp hari khamis..eh esok kot
Aku pun tak de la prepare serika bagai sebab kalau esok pun, mlm ni sempat lagi prepare.
Tetiba tadi Baby Sitter call ckp baju biru tu kena pakai HARI INI!!!
ishhhhhhh... dah la rumah ngan office aku jauh
kalau nak balik pun dalam 45 minit cam tu.
Husband pulak kerja malam, risau jugak kalau aku call dia tak pick up phone
dah le pagi tadi tidur lambat sebab hantar Jiran ke Airport.
aku cuba call jugak hubby, sib baik dia pick up
aku bagitau la baju tu ada kat mana mana
then suruh anak aku balik rumah ambik
suruh baby sitter (Mak) tolong serika.
haish... sib baik umah bb sitter dekat
memang kelam kabut aku di buatnya dengan Budak Amirul ni
Bila aku tanya dia kenapa Baju biru tu kena pakai Hari ni pulak?
Hari tu kata Khamis, Hari ni baru hari selasa..
Selamba je dia jawab...
Mirul tengok Abang Jai ngan Kak Ika Pakai baju biru
Mesti Mirul kena pakai jugak.
adoiiiiiiiiiiiii.....