Tuesday, December 18, 2012

MTUC mahu KWSP beri dividen lebih tinggi

Bila tiba belanjawan je, asyik kakitangan awan je yang untung.
orang  swasta mcm haku ni tumpang gitu gitu ja
ibarat melukut di tepi gantang. kikikik
( teruk benor bunyinya kan..)

Tapi tak sangka lak kan, ada yang prihatin suara hati aku yang bertapuk sejak sekian lama ni
MTUC mahu dividen KWSP  lebih tinggi tahun ini.
Fuh... Ibarat gema suara hatiku telah sampai ke telinga KWSP nampaknya


Sumber Bernama Memetik

KUALA LUMPUR — Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) menggesa Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mengisytiharkan dividen lebih tinggi pada tahun ini berikutan peningkatan pendapatan pelaburannya.

KWSP baru-baru ini mengumumkan pendapatan pelaburannya meningkat kepada RM7.02 bilion pada suku ketiga tahun ini berakhir 30 September.
Naib Presiden MTUC, A.Balasubramaniam hari ini memberitahu bahawa berdasarkan keadaan itu, adalah wajar bagi KWSP mengisytiharkan dividen lebih tinggi.

KWSP mengisytiharkan enam peratus dividen bagi 2011.
Balasubramaniam berkata, majoriti daripada 10 juta pekerja sektor swasta mengharapkan dividen lebih baik daripada KWSP kerana ia merupakan satu-satunya sumber simpanan bagi mereka.— BERNAMA 

Leh naik sampai 8% pun tak pe...
  

Betul la kan, naik la sikit dividen. 
tu je la yang kami ada bila tua nanti
nak enjoy pencen, nak korek mana kan..kan..kan..

hehehe.. moga moga di naikkan lah dividen tu. aku sokong MTUC 100%
tetiba rasa terbela.

Dr.Zakir Naik-Comparative Religion

Pernah dengar tak nama Ustaz ni. Ah Doktor ke Ustaz?
 Ooo...Namanya Dr. Zakir Naik.

bagi pendapat aku, jika kita tak pernah tengok pun channel tu
then tetiba pada masa dan tika tersebut, jemari kita terasa nak tukar ke channel tu
kemudian, kita tengok dengan penuh asyik.
Makanya, itu kerana Allah menggerakkan hatiku untuk berbuat demikian
kerana pada tika itu ada Majlis ilmu yang betul betul berguna

 

Aku kagum dengan Dr. Zakir Naik ini kerana beliau dapat menterjemahkan Al-quran dengan baik.
Memngetahui isi kandungan Bible dan Juga Veda.
Ini kerana, beliau mengkaji kitab kitab tersebut
ternyata Al -quran adalah yang terbaik di kalangan ke tiga tiga kitab itu.

Aku terpesona dengan satu kenyataannya pada malam itu
tat kala menjawab satu soalan kepada salah seorang
penonton yang bukan beragama Islam.

" Did you know, that no mention in Bible that Kristian is the religion
and also in Veda does not mention that Hindu is the religion.
But... Only In Quran, said that Islam is the religion"
Did you Realize it ?

tika itu aku bersyukur kerana di lahirkan di dalam islam, menjadi orang islam dan akan terus menjadi orang islam.

pada malam tersebut juga, ribuan manusia yang menonton ceramah Dr. Zakir Naik ini
ada seorang wanita yang bukan islam telah mengisytiharkan dirinya sebagai muslim
dengan mengucap Dua kalimah Syahadah..


Ada lagi.
Kupasan beliau ttg  " Why Allah must name it as Allah and not as otherwise"
kupasan yang cukup bernas.
Panjang sangat kalau aku nak tulis.
korang youtube je la.
tak sure ada ke idak.
ada kot...


Note:Sila baca pada ayat yang berwarna merah.


Potato Cream Soup yang mudah

Aleesya kurang makan pulak 2-3 hari ni
haruslah usahakan sesuatu.
makanaya ting!!!!!!! teringat nak buat potato soup.
 tara.. dah siap. satu penyediaan soup yang amat mudah
cara yang sama jugak le kalau korang nak sediakan cream soup labu ke, mushroom ke..

caranya senang je.
rebus beberapa ketul kentang dalam air stok ayam
kemudian masukkan sayuran yang korang suka
carrot ka, bunga kobis ka atau brokoli.

yang ni akuletak  potato dengan bunga kobis je
masuk kan garam secukup rasa
dah. bila mendidih
masukkan dalam blender
blend kan kemudia tapis
masak semula dengan api perlahan dan masukkan 2-3 sudu cream
tutup api dan hidang.
renjiskan sedikit lada sulah
dah boleh makan.
 Nampaknya Aleesya suka dengan cream soup ini
aku tak de la letak lada sulah untuk dia

siap jilat jilat jari lagi tu

 ok. nak cicah sendiri
suka ati kamu le....

 Buat macam ni makan pulak roti tu
kalau idak jgn mimpi nak masuk mulut.

Habis roti kat tangan. 
apa lagi hirup sampai licin.

suka kamu ek. lepas ni ibu buat soup cream labu pulak yer.
hmmm... kang ibu pulak yang membuntak mcm labu.