Bila tiba belanjawan je, asyik kakitangan awan je yang untung.
orang swasta mcm haku ni tumpang gitu gitu ja
ibarat melukut di tepi gantang. kikikik
( teruk benor bunyinya kan..)
Tapi tak sangka lak kan, ada yang prihatin suara hati aku yang bertapuk sejak sekian lama ni
MTUC mahu dividen KWSP lebih tinggi tahun ini.
Fuh... Ibarat gema suara hatiku telah sampai ke telinga KWSP nampaknya
Sumber Bernama Memetik
KUALA LUMPUR — Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) menggesa
Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mengisytiharkan dividen lebih
tinggi pada tahun ini berikutan peningkatan pendapatan pelaburannya.
KWSP baru-baru ini mengumumkan pendapatan pelaburannya meningkat
kepada RM7.02 bilion pada suku ketiga tahun ini berakhir 30 September.
Naib Presiden MTUC, A.Balasubramaniam hari ini memberitahu bahawa
berdasarkan keadaan itu, adalah wajar bagi KWSP mengisytiharkan dividen
lebih tinggi.
KWSP mengisytiharkan enam peratus dividen bagi 2011.
Balasubramaniam berkata, majoriti daripada 10 juta pekerja sektor
swasta mengharapkan dividen lebih baik daripada KWSP kerana ia merupakan
satu-satunya sumber simpanan bagi mereka.— BERNAMA