Monday, April 1, 2013

lentikkan bulu mata dengan Sudu Panas

Sebut saja untuk cantik, wanita sanggup melakukan apa saja
habis wang beribu ribu, makan ubat itu ini semata mata nak kelihatan cantik.
siapa tak mahu cantik kan..

26 Mac – Bulu mata melentik pasti membuatkan mata nampak lebih besar dan bermaya di samping memberikan imej wajah yang menggoda. Malangnya, tidak semua orang dikurniakan dengan jenis bulu mata sedemikian dan sering berpaling kepada produk kosmetik.

Namun, terdapat cara mudah dan menjimatkan bagi anda yang ingin mendapatkan rupa bulu mata lentik semulajadi tanpa bergantung kepada maskara ataupun pelentik bulu mata. Salah satunya adalah dengan menggunakan sudu besi yang dipanaskan. 
 
Sebuah teknik yang sudah lama wujud semenjak beberapa ratus tahun dahulu, ada juga segelintir pihak yang mendapati bahawa penggunaan sudu besi adalah lebih efektif berbanding dengan pelentik bulu mata moden disebabkan oleh kesannya yang berkekalan sepanjang hari. Antara selebriti terkenal yang mengamalkan teknik ini adalah model Victoria's Secret, Miranda Kerr.

Untuk dapatkan kesan lentikan yang lebih baik, anda di nasihatkan untuk menyapu bedak terlebih dahulu pada bulu mata anda. Ini di lakukan agar ianya tidak melekit sekaligus dapat menghindari sebarang gumpalan yang selalunya terdapat ketika menggunakan maskara.

Setelah itu, posisikan sudu besi yang baru dipanaskan betul-betul di atas bulu mata dengan pandangan mata anda menghala ke arah bahagian dalam sudu tersebut. 
 Sebelum lakukan semua itu, pastikan sudu tersebut tidak benar benar panas. Ini untuk mengelakkan agar kulit anda tidak melecur. rasa dulu tahap kepanasannya ye.
. Dengan perlahan-lahan, anda tarikkan bulu mata yang kemudiannya ditekankan ke permukaan bawah sudu selama sekurang-kurangnya 10 saat.

Teknik sedemikian boleh dibuat secara berulangkali sehingga anda mendapat lentikan bulu mata yang ideal.

Jika anda ingin memakai maskara, pastikan anda menekap sudu panas tersebut sebaik selepas maskara disapukan semasa ia masih basah bagi mengelakkan maskara dari merebak ke sekitar kelopak mata dan membuang gumpalan yang ada.


Note: Adakah anda sanggup lakukan? Nak cantik? fikir fikirkanlah...

15 comments:

  1. aduyai. camtuh sekali yer... hu3

    ReplyDelete
  2. huhuh.
    pompuan ajalah buat. hehehe

    ReplyDelete
  3. AJ tak sanggup kot..
    Macam remeh je nak membuatnya...

    ReplyDelete
  4. mcm2 la org nk cantek nih yer... eee ngeri

    ReplyDelete
  5. weii ada juga cara mcm ni yer

    ReplyDelete
  6. bersyukur ngan apa yg ada hihi...

    ReplyDelete
  7. takpe lah...lain kali kite buat ye

    ReplyDelete
  8. sek bek x suruh guna ion panas..ekekekeke

    ReplyDelete
  9. Jenuh ler plak nak memanaskan sudu.. tuh.. :)

    ReplyDelete
  10. tak pe lah...bulu mata akak ni wlpn tak lebat, tak panjg, tak melentik...takpe lah..bkn itu penguat kasih sayang antara suami isteri, hihi.

    ReplyDelete
  11. Bedak muka pun malas nak tepek, inikan nak bersudu besi panas ke mata. tak sanggup. hahah

    ReplyDelete