Wednesday, April 17, 2013

Sentimen Politik Di kalangan Kanak kanak

Selepas di pujuk, last aku bersetuju nak hantar Amirul ke rumah kawannya
katanya, kawannya tu buat jamuan.
Masa aku hantar dia tu, tak de pulak aku nampak tanda tanda yang rumah tu ada buat jamuan
Tapi, kehadiran Amirul di rumah tu disambut oleh peluk peluk kengkawan dia.
" Aku tunggu hang lama tau, Amirul.. Awat hang mai lambat sangattttt"
ha.. gitu lah kengkawan dia kemain gembira lagi jumpa Amirul.
gaya nakal Amirul

Then jam 9.30 malam, aku pergi la nak ambik Amirul
tetiba aku tengok, punya la banyak kereta dok parking
pas tu ramainya orang, Semuanya kaum Adam
sampai Jalan nak masuk rumah kawan Amirul tu pun di block 


sekali aku pandang, Hah.. hambik, Wayang Pacak besar gabak
aku dah mula naik segan silu dah
nak tak nak kena la aku harungi jugak, dah rumah kawan Amirul tu di belakang sana kan..
tebal muka, jalan slow slow sambil dukung Aleesya
tetiba, ada seorang lelaki tu datang kat Aku, tanya Ada apa?
ya la kan, semuanya orang lelaki tetiba aku sorang je ngan bawak anak kecik kat situ
aku cakap nak ambik anak, so dia pun suruh org bagi laluan kat aku.

from hulukelang.com

sekali aku melangkah masuk sampai kat betul betul Wayang Pacak tu
Amirul dengan kusyuk sedang menikmati video tentang sejarah Malaysia rupanya
Aku dah cuak dah... cepat cepat aku tarik Amirul keluar
Amirul siap cakap, kejap la Ibu
Jamuan tak start lagi, Majlis sampai pukul 12.00.
Pap! ketuk dahi sendiri...
Anak aku pulak termasuk dalam kancah politik
dah mula menular la sentimen politik dalam kepala hotak anak teruna ku ini.
Masam je muka Amirul tu, pas tu aku bawa je dia makan , sebab tahu dia lapar hehehehe
sedang makan tu, tetiba Amirul ternampak kereta peronda polis
Aku pun terus cakap. Ha.. tu la.. dok kumpul ramai ramai tengok video
ntah ada lesen ke tak de lesen dorang semua tu
sat polis pi tangkap habih semua lari berselerak tarak..

Amirul pun dah mula  caya apa yang aku cakap.
Lepas makan tu, aku saja la nak Gempaq dia
" Jom kita pi tengok, depa tu kena tangkap ke tidak?"
Tak yah la Ibu... sat Najib tau Mirul pi sana
habih la Mirul lepas ni
Macam mana nak pi Sekolah..
Sekolah tu hat Najib.. Mintak mintak la Najib tak tau..
hahahahah ( aku ketawa dalam hati)


Moral of the story 
**** Aku sebagai ibu, rasa usia Amirul terlalu muda untuk di asah dengan suasana 
politik hari ini, tak kiralah suara dari pembangkang atau pemimpin,
Sejak aku kecil keluarga aku pun tak sesakkan fikiranku dengan fahaman politik mereka
maka aku rasakan, adalah tidak sesuai jika majlis politik di sertai oleh kanak kanak***

Note: Biar anak menuntut ilmu sebanyak yang mungkin, bila besar nanti
dorang yang akan mana parti politik yang sesuai utk dorang..

upss.... ada lagi sambungan citer ni.. next entry ya..

 

9 comments:

  1. awai dia mendalami.. harap jgn terlalu emo sudah..
    dia pon belum paham betoi2 lg kan

    ReplyDelete
  2. awai dia mendalami.. harap jgn terlalu emo sudah..
    dia pon belum paham betoi2 lg kan

    ReplyDelete
  3. amboi kecik2 dah berpolitik ni T

    ReplyDelete
  4. k.tie, gado gado ada td, nureen mkn ngan staff opis kat c2 td hehee

    ReplyDelete
  5. hahahha... pandai amirul and the gang ekk.... panggil najib x tahan cam kengkawan dia plak..

    ReplyDelete
  6. dlm family aku...tk pernah pun nk bercerita psl politik bagai ni...tk minat aku..huhu..

    bapa aku bahkan keja ngan kerajaan..mmg tk penah nk ajar anak2 join politik bagai..hehe..

    ntah la..zaman la ni..mcm2..

    ReplyDelete
  7. mm..kalo bukak bab politik ni...mmg haru biru jadinya suasana..

    ReplyDelete
  8. Aduh....

    (Ni duk taip delete taip delete jer ni) serious tak tau nak kata lagu mana. Tak payah la kot sesakkan fikiran bebudak cam Mirul ngan agenda politik kan, mak pak budak bukan bodoh pun.

    ReplyDelete
  9. tak cukup umur lagi la amirul....

    ReplyDelete