Hari ini aku nak berkongsi dengan kengkawan semua
tak pe la kalau tak nak kongsi pun, mungkin maklumat ini penting di masa akan datang
Apakah langkah langkah yang perlu di ambil bila road tax kenderaan anda menjadi kabur
yang pastinya, adalah menjadi tugas anda untuk membuat salinan di JPJ.
Pertama-Pastikan yang anda mempunyai Original Geran, sebelum permohonan di buat
Tidak menjadi masalah jika Geran tersebut di updated atau tidak
Yang pastinya, anda memang mempunyai Cukai jalan yang valid.
Kedua: Sila Bawa bersama salinan Kad Pengenalan pemilik kenderaan
Pastikan Kad pengenalan anda di photostat di bahagian hadapan dan belakang pada muka surat
yang sama
salinan NRIC seperti yang di tunjukkan . bahagian hadapan dan belakang di mukasurat
yang sama - gambar sekadar hiasan.
Ketiga : Sila ambil borang di kaunter JPJ. selalunya dorang yang akan bagi borang yang betul
bagi tujuan yang betul. Pastikan anda membawa originak cukai Jalan anda yang kabur
( tanggalkan aja dari windscreen kereta tu)
isi borang ini dan tanda tangan
borang ini juga
dan nyatakan sebab sebab anda memohon.
Keempat : Sila serahkan borang, original geran, original cukai jalan yang kabur, dan salinan kad pengenalan
kepada kerani bertugas.
Dalam masa tak sampai 10 minit semuanya sudah selesai.
Anda akan di berikan salinan road tax baru yang bertarikh bermula dari tarikh permohonan anda
hinggalah tarikh akhir cukai jalan tersebut.
Segala Urusan dan penggantian cukai Jalan adalah percuma. harap maklum.
Kelima : Sila keluar dari JPJ dan pergilah ke mana anda suka kerana anda tidak perlu risau yang anda akan
di SAMAN!!!!! ngeeee.
**** kalau geran masih kat bank, tak payah susah hati, pergi je mintak, sure dorang bagi punya, itu pun kalau payment korang bulan bulan cantik and sweet.******
Note: Sila jgn cross atau meletakkan apa apa mark pada salinan kad pengenalan anda.
Info yg bagus ni T!
ReplyDeletethanks for sharing the info kwn..hahaha
ReplyDeleteBagus info nie.. Tq sharing.
ReplyDeletethks sharing...
ReplyDeleteaku geran mmg duk kt tgn lama dh..hehe..
bagus info ni..
ReplyDeleteMcm mana kn roadtax melekat kt crmin ??
ReplyDeleteroadtax saya skrng pun dah sangat2 kabur. tak tahu la kenapa setiap kali renew, ink dia tak pekat.. tapi ingt la tarikh renew balik bila.
ReplyDelete