Kalau kat Malaysia ni, bercinta dah menjadi perkara biasa
dan kebanyakkan ibu bapa merestui percintaan anak anak. Betul tak?
Kalau nak cari cinta yang di match mate memang payah le nak jumpa.
Tapi.. lain pulak yang berlaku di Lucknow.
Gadis di bakar hidup hidup gara gara bercinta!
Seorang gadis bernama Manju telah jatuh cinta dengan Ranjit, Mereka dari
perkampungan yang sama. Bagaimanapun keluarga lelaki telah membantah
hubungan tersebut dan perkara tersebut telah di bawa ke " Panchayat"
Semasa Panchayat di jalankan, ibu kepada Manju berpendapat, memandangkan mereka telah bercinta
sebaiknya di kahwinkan saja.
Berang dengan kenyataan yang di ungkapkapkan oleh ibu Manju, beliau kemudiannya di dikasari oleh
keluarga Ranjit. memandang ibunya di perlakukan sedemikian, Manju telah cuba menyelamatkan
ibunya..
gambar-hiasan
Kemudian salah seorang dari ahli keluarga Ranjit telah mengambil kerosine dan menyimbah
manju lalu membakar gadis tersebut di khalayak ramai
Polis telah datang ke tempat kejadian, dan Manju di bawa ke Hospital. Bagaimanapun
belaiu meninggal sewaktu dalam perjalanan ke Hospital.
Nota:Sampai Bila kekejaman sebegini akan di lakukan?
***Panchayat adalah sistem politik di Asia Selatan terutama di India , Pakistan , dan Nepal
. "Panchayat" secara harfiah bermaksud lima prinsip dan dipatuhi oleh
masyarakat desa, Majlis ini akan menyelesaikan perselisihan antara
individu dan kampung.
kalau tak faham lagi apa tu panchayat meh sini nak bagitau
Korang pernah tak tengok citer tamil or Hindi.
Dorang akan berkumpul bawah pokok besar pas tu kat situ ada sorang ketua
dorang akan dengar masalah yang di hadapi dan ketua tu akan
memberi keputusan.
Gila lah diorang ni
ReplyDeletekekejaman di mana2...
ReplyDeletekesian nyer ! kejam sungguh !
ReplyDelete