Pesan Suami
Biar orang nampak kita bodoh asalkan kita tak bodoh
Biar nampak miskin agar diri tak sombong bongkak
Biar buruk baju di pakai asal cantik perangai
mulut tu diam sikit boleh? ( yang ni susah nau nak handle)
al kisahnya di suatu hari yang sangat sangat tak membahagiakan jiwa
Aku pergilah kat satu kedai sebab nak beli satu barang yang aku sendiri pun
tak berapa nak pasti
So, aku cari kat dalam kedai tak de la pulak
lalu aku bertanya la kat tuan kedai tu..
mmm....xxxxx ada tak?
pas tu tuan kedai tu jawab begini:-
xxxxx.. 500gram harganya RM31.00 mau beli ke?
( sila baca dengan nada under estimate)
tetiba aku pandang diriku yang kerdil ini..
Adakah aku seperti seorang begger atau robber?
yang tak punya wang sebanyak RM31.00 ?
kalau aku tak bawa duit tak kan aku nak pergi beli
lagi pun RM31 je pun bukannya RM3100.00 kan..kan..kan..
muka aku ni kot nampak mcm muka orang sengkek.ngeee
Aku beli la jugak akhirnya sebab aku nak sangat benda tu
tetiba, aku teringat pesan suamiku, biar orang nampak kita miskin supaya kita
tak sombong dan bongkak. Supaya kita sentiasa rasa rendah diri
Bagus jugak tu..sebab kalau bawak kereta besar, bergaya tak hengat
menjadi sasaran peragut/perompak la pulak
wal hal dalam kocek tak de duit pun..
Aku dok cit cat ngan bos tercerita la kat dia apa yang berlaku
terus Bos aku ckp, lenkali tak yah masuk kedai dia dah
I paling benci/pantang kalau orang buat berniaga cakap mcm tu
You pergi kedai lain, Orang mcm tu tak tau nak berniaga la..apa la..itu ini
bla..bla..bla..
hmm... neway..aku masih berpegang dengan pesan suami
tak payah nak marahkan tuan kedai tu
ini adalah satu teguran untuk diriku juga
supaya aku sentiasa rendah diri, tak berbangga dengan harta dunia
sedarlah.. kau tu tak sehebat mana pun ( pesan kat diri sendiri)
Note: Kekadang kita tak sedar perbuatan atau percakapan kita secara tak langsung
menggambarkan yang kita sedang berbangga diri.
tak suk dengan peniaga macam tu
ReplyDeletesamalah..
Deleteita pun pernah alami nyer jugak dulu...
ReplyDeletenak beli aiskrim conetto 5 batang sekali sound di pekeje kedai tu...sebatang 2.80...macam lah kite tak mampu nak bayar...memang lah pakaian ita selekeh tapi gok jangan lah pandang hina sangat...orang beli bermakna dia mampu nak bayar lah...
tu la kan.. sure la kirta dah sediakan budget sebelum nak bukak mulut bertanya . adei..
Deletesalam sis..
ReplyDeletebetul 2, anna pula bapa anna slalu pesan jangan sesekali banggai diri, sombong dan bongkak..
betul... tak untung kat mana pun kalau bangga diri
ReplyDeletekalau aiza mesti terus keluar cari kedai lain, puas hati.. kecuali la jika kedai dia je yang jual terpaksa sabarkan hati untuk membeli juga..
ReplyDeletebetul sgt !
ReplyDeleteBengang jgk kan T...
ReplyDeleteTp tu laa...sabar jer laa..
Akak pulak...kalo ada kes mcm tu..mmg tak pegi dh kedai dia. Sanggup gi kedai lain yg jauh sket dari tu disebabkan taknak pi.
Tp takde ler kes mcm T...kes akak..nak beli barang harga bawah RM10. Tp bagi RM100 sebab takde tukar...baru jer kuarkan dari bank, kan..hehe. Duit kecik singgit2 ada tp tak cukup lak jumlah tu. Terpaksa bagi RM100...tp bila akak ckp takde duit kecik..dia leh soh pi tukar kedai sebelah. Geram tul. Akak ckp ler kat dorang, "sedangkan sy beli barang kat sini punnn korang takmo bagi duit tukar. Inikan gi kedai sebelah semata2 nak tukar duit tu. Sy bkn saja2 nk bagi duit note RM100 ni. Dh mesin bank yg bagi masa keluarkan td...".
Cakap mmg elok2 takde laa marah2 tp nada tu dorang tau ler akak tak puas hati..huhu..
Terus keluar...mmg nekad tak gi dh kedai mcm tu. Geram sgt. Dia kedai alat tulis, buku2, sokabar..besar jgk kedainya.
Soh akis beli barang tu kat koperasi maktab dia jer nanti, huhu...
kdg2 sakit ati gak lah... yati pun penah gak pegi kat satu kedai kasut ni, nak survey kasut bl takde yg berkenan kita pun keluar la, pastu pekerja kedai tu siap sound "kalau taknak beli jan masuk!". Aikkk! slh ke??? ermmm... dah tak berkenan takkan nak beli kot....
ReplyDeletekalau diikutkan mmg menyakitkan hati..
ReplyDeletetapi kalo kita marah2, kita akan jdk seperti dia jgk.
suka kata2 suami Ti..tu .