Friday, August 23, 2013

Warna Warni Aidilfitri 2013-Menu BBQ

Syawal ke 6 kami gerak balik ke Penang dari Kuala Nerang
Tapi nak jugak my hubby singgah kejap kat Pendang.. ate satu jalan kan..
sampai je kat rumah di Girl anak sedara hubby bagitau yang dorang nak buat BBQ malam nanti.

Memandangkan aku tak keluarkan portion untuk BBQ tu
aku buat le tiramisu kek yang tak berapa menjadi hahahaha...
bertabahlah wahai anak anak sedara dan ipar duai bila makan tiramisu cheese kek tu ye.

 yang ni je portion aku tuk malam bbq tu.
aku tunjukkan menu dulu yer.. gambar riuh rendah tu nenanti aku wat tayangan perdana pulak.

Menda ni di panggil apa ek. Pasta ke?
 Aku memang tak pernah buat pun kat rumah
sebab utmanya my hubby tak makan dan aku pun tak bape nak makan sangat

Tapi malam tu aku makan jugak sebab sos marveles yg my BIL buat ni
sedap giler..bertuah aku dapat adik ipar yang pandai masak.
bangga..bangga....

Yang ni coleslaw hasil air tangan Adik ipar perempuan  aku yang kerja kat Ipoh, Wawa
pun sedap jugak.. resipi dia letak yougurt.

kalau aku yang buat, aku letak susu cair. hohohoho..
mcm mana pun air tangan SIL ni sedap sesedapnya.

Ni pulak daging untuk di panggang. siap dicucuk cucuk kat besi pemanggang
Aku makan dua cucuk malam tu. hambek ko
kalori berlori lori...


 hamparan ayam panggang, hotdog , daging sotong.. 
mcm mcm hado..  
makan puas puas..

Ni pulak baby potato yang di bungkus dengan aluminum foil
Aku tak sempat nak makan pun malam tu
 kentang sedang do goreng.. 
bila dah siap goreng , kejap je licin.
hahahaha...

Ada pulak buah rambutan.
Ni sebagai pencuci mulut kot.
tersesat lak lemon sebiji kat dalam besen rambutan tu..ngee

 Aku bawak balik dokong 20 kilo dari kampung.
faraid kat sini 10 kilo, lagi 10 kilo bawa balik Penang tuk jenjiran.

 Sape yang tak makan ayam, bolehlah makan sotong
yang ni Biras baru aku dok bakar
bila dah masak , my hubby kebas satu ekor..

Sian dia, dah le orang baru.
Hubby.... jgn membuli boleh tak?

Udang pun ada , nak mkan silalah bakar sendiri
itulah Moto Malam BBQ kami. hahahaha..

kalau rajin bakar ko kenyang.. ha.. itulah konsepnya.

ketupat dan gulai pun ada jugak.
ni dah kali ke berapa MIL buat ketupat pun tak sure lah.
kejap anak tu nak bawak balik raya ke ipoh. Pas tu sebelum raya buat dah
Nak sambut raya pun buat jugak. 
buat jenis pulut jenis beras Jawi. Maklumlah anak ramai
mcm mcm karenah nak makan ketupat.
yang pasti semua keinginan pasti di penuhi.

Mee kari pun hado..

Nah sepoyok kuah nya.
Aku tak makan pun sebab dah kenyang sangat dengan makanan bakar bakar tu.

Sape ntah di kalangan kami yang bawa mai buah rambai ni
aku dok makan sambil dok main letup letup kat mulut
best woo... layan habes aku malam tu

last... ubi ni pulak di panggang.
manis isinya..Aku memang suka. tambh tmabah kalau dari Cameron Highland tu kan..


Kalau menu pun dah meriah.. apatah lagi orang yang merayakannya kan.
malam tu.buat buat lupa kejap tentang kesan makan malam yang berlebihan terhadap kesihatan.
hahahaha....


Note: Mizi.. nak request pasta ngan sos sedap tu lagi boleh?

11 comments:

  1. Tiramisu cake tu nampak sedap..
    lama dah tak bbq..

    ReplyDelete
  2. salam jumaat yang indah
    singgah sini kejap..

    ReplyDelete
  3. fuhyooooo giler best menu2 diorg ni t
    lau aku pun aku layan abis hahaha
    aku pun nak gak resepi sos pasta tu..dah katanya sedap sgt boleh?

    ReplyDelete
  4. Semua nmpak sedap2...sape kata xjd tiramisu tu akak...nmpak sedap je..trliur plk sy...hehe...bestnyer bila ada aktiviti gini yek...jln2 smbil mkn smbil jmpa sdara mara...mmg best..

    ReplyDelete
  5. semua gambo makanan jer yerr...
    sodap2 plak tue

    ReplyDelete
  6. saya terliur. harap maklum! hahahaha..

    ReplyDelete
  7. coleslaw klu aku buat mmg tak guna susu cair menda
    mmg guna semedang mayonis tu je
    akan tetapi
    ade teknik lain aku belajo dulu ms food produce..
    guna yogurt pun sedap
    guna susu pun sedap
    tpi mmg best klu kumpul adik beradik
    mkn BBQ
    sedap sedap sedap

    ReplyDelete
  8. mmg sedap betul ni !

    ReplyDelete
  9. giler meriah ni..
    meriah ngan makanan jugak...sedap2 pulak tu..
    uiii..terbayang kemeriahannya T..
    seronok gayanya.

    Tp paling akak suka...buah rambutannnnnn!!!

    ReplyDelete
  10. Ampunnnnnnnnn banyak nyer makan makan, paling terliur tang yang bakar2 tu. huhuhu mmg fair and square tema bbq, nak makan bakor, dah bakor, makan. haaaa seronot.

    ReplyDelete