Tuesday, October 29, 2013

Aku cuba Jawab K

sebelum sebelum ni pun aku tengok kebanyakkan key word yang tertera kat account Nuff
aku adalah tentang mcm mana nak bagi suami cakap benar
doa agar suami  tak panas baran
mcm mcm lagi. 
pokok pangkalnya pencarian tentang sikap suami yang ntah hape hape la kan.

sebelum memulakan bicara ingin aku berdoa sekejap
"Aku bersyukur padamu ya Allah kerana kau telah anugerahkan aku 
dengan seorang suami kepadaku yang cukup penyanyang, beriman dan lembut hatinya,
Ya Allah kau perbaikilah segala kelemahan suamiku dan 
janganlah kau mengubah hatinya ke arah yang tidak baik, Amin..."

Aku tak ada spesifik doa yang boleh di kongsi untuk memastikan suami tak keluar rumah
lagi pun, kalau aku berdoa agar suami tak keluar rumah parah la jugak kan
siapa pulak nak cari nafkah
Berdoa pun ada caranya.

cthnya kalau kita nak suami kita lembut. jgn la berdoa agar suami tu lembut
tapi berdoalah agar  lembut hatinya. 

korang boleh saja klik kat SINI untuk mengetahui cara cara 
mengawal suami mengikut landasan islam
bukan dengan cara "Mak Esah" yer. itu berdosa. tak bau syurga pulak

ok, doa ini aku memang amalkan.
amalkan dan yakinlah pada kekuasaan Allah.

korang boleh amalkan zikir Fatimah
"subhanallah 33x, alhamdulillah 33x Allahuakbar 33 kali
senang je nak amalkan kan..
time dodoi anak, zikir lepas solat
sambil memandu  semua tu boleh kan..

Sila Klik SINI untuk selanjutnya. 


Penambahan

Bagi para isteri di luar sana yang dah mati kutu nak tangani sikap suami yang ntah hape hape tu
jgn sesekali mengambil jalan pintas

sebolehnya, cubalah lakukan solat hajat. bukan lama pun cuma 2 rakaat sahaja
tak ada perlunya lagi jika berbuih mulut kita bertengkar tapi suami tetap dengan perangai buruknya kan
tegur tegur dah..
larang larang  dah... bimbang tertambah dosa yg ada jika berlarutan bertekak je kan.
Minta lah pada Allah agar Allah terdetik di hatinya untuk berubah.

Ya, aku amalkanya, aku tak bohong..
selepas solat subuh, terus aku wat solat hajat
seeloknya berdoa dalam keadaan sujud.

jika apa yang kita hajati tu tercapai
cepat cepatlah buat sujud syukur.
cuba dan lakukan dengan Yakin!.

Note: Kebahagian juga merupakan satu saluran rezeki yang Allah berikan,
di mana terkadang kita tak pernah sedari..


 
 

 

13 comments:

  1. Bagus sgt..share info yang bagus..gini.. alhamdullillah.. :)

    ReplyDelete
  2. kagum ngan hang
    dpt kongsi/share ilmu2 agama kat sini
    thx beb..appreciate sgt2 ni :)
    jd pedoman dan dpt muhasabah diri kita semua

    ReplyDelete
    Replies
    1. dah itu je yg aku tau pun. hg tanya yang lelain mang aku biol la. hahahaha

      Delete
  3. Allah jua tempat kita mengadu..=)

    ReplyDelete
  4. betul tu wantie... janlah sesekali bomohkan suami kita...dosa besar tu... sebaiknya berdoa kpd Allah...

    ReplyDelete
  5. iman nk amalkan sekarang la..smge apa yg iman buat keputusan ni adalah benar

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau iman rasa was was dengan keputusan tu. buatlah sembahyang istiqarah, mintak petunjuk Allah.

      Delete
  6. tq kongsi ilmu yer t

    ReplyDelete