Thursday, October 24, 2013

Kalau Pegang Burung Sendiri

Sebenarnya, aku perlu mencari jawapan untuk di jawab dan huraikan kepada Naiim
dah 2 minggu rasanya, aku terus lupa nak cari jawapan
kejap tadi ada pulak terbaca kat Entry Kty, 
baca baca semua.. secara tak langsung aku mendapat jawapan. Thanks Kty.

Si Naiim ni kalau dia dah berwudhu' time Zohor, pas tu aku suh dia sembahyang asar
dia terus nak sembahyang tak mo dah ambil wudhu'
katanya wudu'nya tak batal lagi
tak kentut, tak tidur dan tak sentuh burung sendiri.

Dia kan suka berkain sarung je kat umah
kejap terlondeh gulung tu
suaq dalam mana la nak pakai kalau duk dalam umah je kan..
biasalah..anak anak ni mcm mcm peel..

That why la aku akan suh di berwudhu' setiap kali nak sembahyang
tak kiralah batal ke idak. 
siap cakap lagi kalau dah ada wuduk kita wuduk lagi, dosa akan keluar melalui celah celah jari.
Tapi si Naiim ni suka cakap tak batal... burung pun Naiim tak pegang.
ala.. compom la pegang kan...kan...kan..



Suatu hari, Naiim ada tanya ustazahnye kot la ( aku agak je la)
kalau pegang burung sendiri batal wudhu' ke idak. 
Ustazah cakap kalau pegang ngan tapak tangan batal, kalau terkena bahagian belakang tapak tangantak batal wudu'nya.

Dia balik tanya aku betul ke idak?
dah ustazah kata gitu betullah kot. aku kot kot aje lah sebab tak bape sure
bukan senang nak transfer maklumat kat anak anak ni kan. kena yakin betul.
Aku pun ingat ingat lupa.Dalam ati nak cari jawapan la kan..
tapi dah Kty tolong carikan jawapan bebanyak le terima kasih.



Note: bertuah aku ada anak, at least mana yang dah lupa tu anak anak akan ingatkan kembali
Bila dia bertanya maksudnya ilmu perlu di pertingkatkan lah kan..kan..

*** kekadang yang senang pun kita was was nak jawab***

8 comments:

  1. anak aku danish tu pun
    kdg2 bila tya dah amek wuduk belum ni nak solat kan
    awal sejam dah amek..aku pun marahlah
    mnlah tau kut terkentut ke termakan ke pgg burung ke kan

    thanks sharing info ni t..mmg berguna gak tuk org tua2 mcm aku yg mudah lupa bab2 agama hahaha
    biasalah human alpa aje..hehe

    ReplyDelete
  2. ya la...
    kita kena bljr blk mende dh tiggl lama..
    huhu

    ReplyDelete
  3. Betul betul betul.. benda basic pun tapi kalau nak sampaikan untuk amalan orang, kena betul2 confirm baru boleh jawap. Nice kan sama-sama belajar.

    ReplyDelete
  4. Prtanyaan camnie dr ank2 blh mnyebabkan kite refresh bende2 yg kite trlupa

    ReplyDelete
  5. Naiim berwudhu' awal ke, T??
    Laa...selalunya orang jarang pi berwuduk lagi antara maghrib ngan isyak aje sbb jarak tak jauh sgt, kan..tp kalo terkentut...tengah solat pun kena keluar pi wudhu balik dan sembahyang semula.

    Kalo tetido 2 minit pun tp lena siap leh mimpi itu ini...ustaz kat sekolah akak kata batal wudhuk jugak..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu la kak. jauh nau jarak waktu zohor ngan asar tu. kalau time magrib ke isyak tak pe la kan.

      Delete