Friday, October 11, 2013

Last Kopak & Resipi Crunchy Nut/Char Cher Kuaci

Aku dah pun selesai menyiapkan beberapa tempahan untuk raya Aidil Adha
Actually aku tak tau nama spesifik  untuk biskut ni
ada yang panggil Almond Crunchy/Char Cher Kuaci/Crunchy Nut.

Pada mulanya dah siap 2 balang. satu untuk Mak  sendiri satu untuk mertua
Pas tu hubby merayu rayu lak kat aku suh wat sikit kat my step Mom
sekaligus la suh wat untuk kat umah sendiri jugak.

Alhamdulillah, Lepas Raya nanti tempahan ada jugak
nanti balik Raya pun kena shopping barang barang nak wat sekut ni. hahahaha


Aku memang nak bagi resipi ni kat korang, tapi kerana aku tak snap step by step
terbuku je niat tu.
So, kali ni aku ada wat step by step. harap harap kome leh cuba sendiri
then dapat makan sampai lebam!!!!


Resipi Crunchy Nut/Almond Crunchy/Char Cher Kuaci

Sebungkus serbuk Florenta 500g
500gram badam
250 gram kuaci biji labu
500 gram kuaci bunga mtahari
100 Gram bijan hitam ( aku tak taruk)
100 Gram bijan putih.( aku tak taruk)


ha..serbuk florenta yg dalam bungkus ni le.
kekalau le korang tak kenal pulak nanti

Cara caranya.


gaul semua bahan bahan seperti gambar di atas.
Kemudian, lapikkan dengan pachment Paper
Ratakan dengan sudu. nipis je tau.
kemudian Bakar dalam suhu 160-170 cam tulah
Bila masak ianya berubah rupa sperti gambar dia atas
gunakan spatula untuk pisahkan dari pachment paper
kemudian terus potong.
Ingat potong ketika masih Panas.
suka hati korang nak potong bentuk apa pun
Tapi aku potong square jerk..hehehe..

Dah sejuk masukkan ke dalam bekas.
hehehe..semua org tau. tapi aku saja la nak bagitau sekali lagi...

 Hati hati.. sila buat pemantauan semasa suami anda atau ahli keluarga anda yg sedang makan biskut ini
sebab...... kemungkinan besar, Sorang makan pun boleh habis sebalang.
kalau makan depan TV le, mata tengok TV, mulut mengunyah
Sedar sedar dah tinggal balang kosong.


Aku dah seal semua balang balang ni
bila susah nak bukak, lambat sikit habis.


Note: Bersedialah, Lepas raya masih lagi ada tempahan....


Salam Aidiladha untuk semua. Maaf Zahir dan Batin
Aku ngelat Diet Raya ni. Nak makan masakan Mak sepuas hati...


14 comments:

  1. wahh sedapnyaaa..
    kecur air liur ku kak oiii

    ReplyDelete
  2. akk! hari tu iman mkn kat umah sedre.1st time mkn berebut dgn abg smpai licin balang.rmai kot org xtau crunchy 2

    ReplyDelete
  3. hang xleh mkn sbb manis hahahaha
    sedap weiii t buat..uols kena beli ngan dia taw
    :)
    aku search car cer kuaci xde dlm gugel
    blog hang je ada..hahahahaha

    ReplyDelete
  4. nampak macam sedap hehe nad baru tau crunchy nie :)

    ReplyDelete
  5. bila gigi tengah sakit, nak makan kacang pun xberselera.. huhu..

    ReplyDelete
  6. sedap nyer.....tapi ..tapi..tapi..kite malas nak buat

    ReplyDelete
  7. kena buat pemantau tu..hehe..tp mmg betul la kalau da stat mengunyah mmg x sedar boleh habis sebalang..

    ReplyDelete
  8. nak cuba juga la nanti.. nampak sedap tu kak..

    ReplyDelete
  9. wah, anna suka sangat ..
    lepas ni nak cuba buat la :)

    ReplyDelete
  10. Org panggl crunchy almond kan? Rase die cm bepang kacng kan?

    ReplyDelete
  11. tempahan tu area mana je wantie??? hihi

    ReplyDelete
  12. florenta tu selalu tul abes stok..
    gi jer takde...
    gi kedai jual bahan bakery lain pun takde...nyampah tul!!!

    ReplyDelete