Wednesday, October 23, 2013

Raya Aidiladha 2013-Mak Tak Buat Tapai

Aku ni kalau balik kampung mesti nak jugak makan tapai mak
Tambah tambah hari raya
Tak payah tanya la Mak aku memang akan buat tapai setiap kali Raya

Tapi..3 hari sebelum aku balik raya tu, aku ada la sms Mak tanya yg dia wat tapai ke idak
Mak aku cakap, dok hujan je
kalau buat tapai pun tak bapa nak elok
So, mak tak buat tapai lah raya kali ni.

balik umah Mertua pun ada gak tanya, kekalau MIl ada wat tapai
tak jugakkkkk...sedih nau . dalam ati rasa mcm nak wat sendiri je.

Masa  Petang hari Raya pertama tu mak aku asyik la duk suruh aku belek belek balang kuih
kekalau ada semut ke apa ke.
Aku tak perasan lagi, sekali mak aku cakap kat tong tu...
Hahahahaha..lalalalala... Mak buat jugak tapai tuk ana.. Yeay!!!!

 penuh satu container ni Mak aku buat. bapa kilo pulut pun tak tau la
tak sangka..pandai jugak mak main  teka teki yer..
sayang mak.....

makan sampai tak sedar diri. berbungkus bungkus aku makan
kalau mak bagitau awal yg dia buat Tapai
sure la aku beli escream Vanila...
hmm..sedap punya pasal, aku tapau bawak balik Penang hampir 20 bungkus.

ok..ni pulak ketupat daun palas yang mak aku buat.
My SIL potong daging kecik kecik
ingat aku le yang nak masak Gulai cicah Ketupat ni
Tapi dah letih sangat berbuka puasa..
Last Mak jugak la yang buat... (Bertuah Punya Anak)

Walaupun dah raya kedua kami balik semula ke umah mertua
Mertua aku simpan gak Lemang ni untuk santapan kami..
sedap tau.

Then my biras tak boleh makan pulut
so, my FIL buatkan lemang tepung untuknya
sekali ngan aku pun balun jugak..
rasa mcm bengkang...
Oleh kerana di buat dalam buluh lemang, tastenya tu lagi sedapppppppppppppppp!!!
Maaf lupa nak snap lemang tepung tu.
lain tahun kita tayang K.


Note: Gila kentang nak Diet bila balik kampung?hahahaha.....


Eh.. sape org Kelantan, nak order Ragi la..
Ragi Kelantan sedap dan comey comey je bentuknya.




27 comments:

  1. lamanya tak makan tapai.. sy still bf bby.. mak tak kasi makan.. huhuhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. beli tapai kat luar tak sama mcm tapai mak buat.

      Delete
  2. aku dah agak sure mak hang buat pya
    anak pompuan sorglah katakan..hehehe
    nasib la hang x mengandung kan..lau x sure hang mengidam sgt2 ekekeke

    ReplyDelete
    Replies
    1. instinct hang memang kuat la. tu la kita pun ibu kalau anak mintak nak makan, terus rasa nak buat kan..kan..

      Delete
  3. lemang tepung? 1st time dgr...mesti sedap kan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu la my biras tak leh makan pulut FIL sian lak. buat la mcm lemang pulut jugak letak santan. tapi tambah sikit gula. makan gitu je lah tanpa cicah

      Delete
  4. sedapnya kalau dpt makan tapai

    ReplyDelete
  5. Replies
    1. bila dah habis raya asyik dok teringat je ketupat tu kan..kan..

      Delete
  6. hehehe sedap2 tu T, mmg hancus musnah diet raya2 ni kan

    ReplyDelete
  7. sedapnya ketupat daun palas tu.. tapai aiza tak suka sangat..

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau dah terjatuh cinta ngan tapai mcm akak ni, memang tak dapat nak di pisahkan dah

      Delete
  8. mana mak tak sayangkan anaknya .kan T,..
    mesti buat juga.sbb tau feveret anak.

    sedapnya lemang ..
    lepas tu tapai mkn ngn eskerem vanila. huhuhu

    lain kali mkn tapai..ingat daku eh

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau leh buat video call, sure akan tayang sambil kunyah kunyah tapai kat akak. hikss

      Delete
  9. perh...semuanya berasaskan pulut, mujur takde pulut kuning cecah sambal ikan bilis or ikan masin :) sedap jugak tuh

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau pulut kuning kena tunggu dak Aleesya ni ngaji quran dulu ar... time Naiim dahg lepas kenduri pulut kuningnya. hehehehe

      Delete
  10. itulah namanya mak...takkan sanggup nak kecewakan permintaan anaknya... camanapun dia akan buat jugak feberet anak dia

    ReplyDelete
  11. ssh nk carik ketupat palas kat sini..stress je raye aji aritu xdpt

    ReplyDelete
  12. bungkus daun pisang ke tapai tu?...

    kalau kat tganu selalu guna daun getah...

    sekali sekala layan tupak dengan sambal daging sedap nyer lah

    ReplyDelete
  13. Lemang tepung? Banyak betul makanan yg I tak pernah jumpa ni. Takleh imagine rupa dia, tapi rasa nya kalau dah sebgitu bakarnya harus la sedap kan. I oghe kelantan, tapi tak dapat la nak hantar ragi ke demo hehehe.

    ReplyDelete
  14. Tekak sya x lalu mkn tapai, tapi lemang n pulut kuning mmng fav sya.

    ReplyDelete