Thursday, November 21, 2013

Padan Muka Kau ke Padan Muka Sendiri?

Asal hari khamis je, aku cecepat on radio nak dengar satu rancangan "Tanyalah"
korang boleh tanya permasalahan rumah tangga
hal mertua, ipar duai anak anak semua boleh. cuma tanyalah
Datin Fatimah Ali akan rungkaikan.

Nak citer sikit tentang satu ayat yang aku rasa memang boleh jadi panduan hidup

" Padan muka kau ke padan muka muka aku"?

Kekadang kita tak sedar pun, bila kita dok buat naya kat orang, 
mengata kan orang
bagi masalah kat orang, buat onar bagai
di dunia ni nampak mcm, padan muka dia kan dah kena 
selama ni buat kat aku sangat, ambik rasakan..

hakikatnya memang la padan muka dia, dan kita ni yg duk ngata dia 
dan seronok ngan musibah dia tu, sebenarnya kita sedang menzalimi diri kita sendiri
kenapa?

Menzalimi diri sendiri di sini adalah merujuk kepada titik titik dosa yg kita semai tu
Tau la kan, bila ngumpat tu apa balasannya
dan diri kita nilah yang akan menerima padahnya di hari pembalasan kelak
tak ke namanya kita sedang menzalimi diri sendiri kan..kan..

Owh, terpana seketika dek nasihat nya, 
rupanya selama ini aku sedang menzalimi diri ku sendiri
Perbanyakkanlah membaca doa ini


Allahumma, la ilaha illa anta. Subhanaka, inni kuntu minazzhalimin – ya Allah, tidak ada Tuhan selain Engkau. Maha Suci Engkau. Sungguh aku ini termasuk orang-orang yang zalim’.
Note: Bukan baik mana pun kan, tapi sekali niat utk menjadi lebih baik merupakan satu ibadah

14 comments:

  1. Smga kita saling mngingati sesama kita utk mnjadi umat yg lebih baik.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya..moga moga kita berubah ke arah yg lebih baik

      Delete
  2. terima kasih atas ingatan ini T, kdg2 kita ni lupa & alpa !

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu la nmanya manusia. selalu lupa. so, ingat mengingati ni perlu benornya kan.

      Delete
  3. Semoga kita x tergolong dlm org yg menzalimi diri sendiri.

    ReplyDelete
  4. ouchhhh tempelengan yg kuat di pipi ni. hhuhu ok muhasabah diri again.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahah..sib baik tempeleng muka sendiri. hiks

      Delete
  5. dah kawin ni sedaya upaya untuk mengurangkan kata itu ini..hehe

    ReplyDelete