Friday, February 1, 2013

Kisah ibu Jari

Dua minggu lepas, jari Aleesya tersepit kat pintu
bengkak hitam dan ada nanah kat dalam kuku tu
then kuku pun dah rasa mcm nak tertanggal je

Hubby suruh aku rendam je jari dia kat dalam Air Tapai
Tapi Air tapai pulak tak de kat rumah
Kalau nak ubat luka kena air tapai lama, kalau baru baru tak jadi la pulak.

last aku letak minyak gamat je, aku balut dia bukak
biar cam tu je la ibu jarinya
dah nak elok sikit, dia gigit pula kat tempat nanah tu
berdarah lagi. adei....

Baik benor baby sitter, dia letak Inai
tak kan nak letak satu jari je
letak le sepuluh sepuluh jari tu


hahaha.. nampak lawa pulak jarinya dengan inai bagai tu
bahagian yang terkepit pintu tu dah kering
harap harap kuku tu tak tertanggal la
kang tak comey pulak jari anak ibu yedak...



sekarang dia asyik dok panjar Book Rack pulak
silap hari bulan boleh jatuh timpa  badan dia tu
adei... Aleesya ni kan, lasak ngalahkan abang nye tau.


Note: baby sitter gigih train dia minum susu formula. Malam semestinya la BF.


Mesti ke Maxis kaunter Jugak!

Alhamdulillah, Tahun ni aku dapat rezeki lebih sikit
Jadi aku settlekan mana yang patut.
Makanya aku dapat settlekan hutang kredit kad  standard Chartered bank 
Sekarang cuma tinggal satu kredit kad iaitu Citibank. Ringan beban.
Oleh kerana bayaran Astro dan bill telefon  auto debit dari  kredit card Stan.Chartered
Maka aku terpaksalah buat arahan baru utk Astro dan Maxis
supaya semua bayaran mengguna credit card Citibank.
Aku Call Astro ok je dorang up-dated
tak de charge apa apa pun 
so, bulan depan dah start tukar, bayar bill guna citibank credit card



 
bila aku call maxis dorang cakap untuk perubahan maklumat Credit kad
kena datang sendiri kat Maxis Centre.
Jauh pulak tu, pas tu kat situ parking susah
then kalau ke Maxis Centre mesti berjam jam kena tunggu

So, nak tak nak aku kena pergi jugak
mintak izin bos aku ambik masa lama sikit lunch time 
sampai kat sana , mcm biasa..parking full. Parking motor pun full jugak
kalau kereta jgn cakap lah kan..
 

ambik number semua.. tunggu hampir sejam lebih baru nombor aku di panggil
sampaikat kaunter aku bagi tau yg aku nak tukar maklumat kredit card
korang tau apa dia buat?
tulis nama aku, pas tu photostate credit kad
aku sign dah boleh blah..
tak sampai 5 minit aku kat kaunter tu.
simple je pun.

then aku tanya le, memang kena datang sini ke tuk tukar maklumat
melalui telefon tak boleh ke? e-mail tak boleh ke? fax ke hape ke?
dia ckp so, far mcm ni lah kena datang kaunter
kami tak de kaedah lain, kaedah ni jer.

ish..ish.. memang buang masa aku betullah dorang ni
aku pernah berurusan dengan P14G, borang semua dorang fax je, lepas sign fax balik
pernah apply loan kat bank, dorang fax jugak form semua
apa ke susah sangat? 

mohon sesangat... " wahai maxis, sila la ubah sistem tu"
klau orang lain boleh buat nape korang tak boleh pula ?


Note: sikit sikit nak rate service 2x