Tuesday, April 23, 2013

Apa itu Jiwa Sakit

Sebenarnya "Sakit Jiwa" dan "Jiwa sakit" adalah satu keadaan yang sangat berbeza.
Aku pernah dengar seorang ustaz memberi ceramah
yang berbunyi..
"kalau nak tau Jiwa seseorang tu sakit ke tidak, tengoklah bila dia suka kepada 
benda benda yang pelik, ganas, yang tak berunsurkan keperimanusiaan
contohnya suka  tengok penderaan extrem semua tu
Ya.. manusia manusia beginilah yang dikategorikan sebagai orang yang 'Jiwa Sakit"

Kalau "Sakit Jiwa" tu korang mesti dah faham kan,
sakit mental di sebabkan bisikan la hape la kan..

Contoh yang terbaik orang "Jiwa Sakit" ni ha aku tunjuk kat bawah ni.
 

Eric Justin Toth ni aku kategorikan sebagai orang yang Jiwanya Sakit
kenapa?
meh sini nak cerita panjang lebar lagi k.

Polis Nicaragua menahan seorang lelaki warga Amerika Syarikat yang disenarai 10 suspek paling dikehendaki FBI berkaitan jenayah pornografi kanak-kanak.
*** ha tengok tu, kalau jiwanya sihat, sudah pasti dia tidak mempergunakan kanak kanak
sebagai bahan porno***

Eric Justin Toth telah beberapa kali memasuki negara itu menggunakan identiti dan pasport palsu.
Menurut Ketua Polis Negara, suspek ditangkap di bandar Esteli, Sabtu lalu.
Toth, 31 tahun yang juga bekas guru sekolah di Washington didakwa memiliki kamera yang mengandungi gambar pornografi pada tahun 2008.
***  Bagi aku le, bukan dia je yang Jiwanya sakit di sini, orang orang yang membeli video poornografi kanak kanak tu juga ber"Jiwa Sakit". Mustahil le kalau dia nak buat, kalau tak de market yang mintak kan..kan..
Dah sampai sanggup keluar masuk negara orang .. bahaya tu.***


Dia juga berdepan pertuduhan terlibat dalam pembikinan video lucah kanak-kanak di Maryland.
Toth akan diserahkan kepada ejen FBI dan dibawa pulang ke Amerika Syarikat untuk dibicarakan.
Namanya ditambah dalam senarai FBI tahun lepas selepas kematian pemimpin Al-Qaeda, Osama bin Laden.
**** tengok muka dia betul betul, ada pernah masuk Malaysia tak? ish.. risau la sekarang ni. Macam macam benda pelik yang orang buat kan.. ***


Note: sanggup travel berbatu batu jauhnya demi nak penuhi misi Jahat.

Tertuduh Utama Kes Rogol Gadis Di India Gantung Diri

Masih ingat tak lagi tentang kes rogol di New Delhi India yang menggemparkan
seluruh pelusuk dunia.

Apabila seorang pelajar kolej di rogol beramai ramai oleh 7 orang lelaki
dan akhirnya gadis tersebut meghembuskan nafasnya yang terakhir di
sebuah Hospital di Singapura.

ekoran kejadian itu, India di kecam kerana gagal menangani masalah rogol di negaranya.
dan terbaru.
Kerja kerja menyiasat di jalankan.

Dan yang terbaru..

Di India, pemandu bas yang terbabit dalam insiden rogol dan bunuh seorang gadis dalam bas tiga bulan lalu, dilaporkan membunuh diri dengan menggantungkan dirinya.
Ram Singh adalah tertuduh utama dari sekumpulan lima lelaki yang didakwa menyerang pelajar perubatan berusia 23 tahun itu.

Turut didakwa seorang remaja bawah umur.
Tertuduh menggantungkan dirinya ketika dalam tahanan di Penjara Tihar, New Delhi.


Kes serangan dan rogol ke atas pelajar berkenaan mencetuskan kemarahan ramai di seluruh India, selain mencetuskan perdebatan perlunya undang-undang lebih keras bagi membendung keganasan terhadap wanita di negara itu.

*** kes rogol gadis  di dalam bas***
*** kes rogol tiga budak di buang ke dalam perigi***
**** kes pelancong asing di rogol***
*** Kes terbaru, budak 5 tahun di rogol dengan kejam di India**

Note: Semua kes tersebut di lakukan dengan kejam!!!

Felinna Vs Fereena

Tak ada banyak pun yang nak komen tentang ni
cuma korang lihatlah sendiri. sama ke atau berbeza.


Bentuk sama. di botolkan dengan botol yang sama jenis
tujuan penggunaannya pun sama jugak.

 



 ini pun sama jugak. cuma perbezaan yang ketara pada warna kapsul tu je
hmmm...

Mula tu aku keliru jugak, ingatkan " Felinna" berwajah baru.ahaks.




Panduan Membakar Kereta oleh Al -Qaeeda- Majalah Inspire

LONDON 4 Mac - Kumpulan al-Qaeda menerbitkan edisi terbaharu majalah propaganda berbahasa Inggeris yang memberi panduan kepada pengikutnya tentang bagaimana membakar kereta dan mencetuskan kemalangan jalan raya.
*** Pada pendapat saya le, kalau dah keluar majalah ni. bukan saja panduan kepada pengikutnya, boleh di beri panduan kepada orang lain juga*****
 
Rangkaian kumpulan yang paling aktif, al-Qaeda di Semenanjung Arab (AQAP) menerbitkan majalah edisi ke-10 yang dikenali sebagai Inspire itu di laman web kumpulan militan tersebut bulan ini.
Selain menunjukkan cara melakukan keganasan, kumpulan itu turut memberi amaran kepada Perancis supaya menarik balik tentera negara itu dari Mali.


AQAP juga menyenaraikan 11 tokoh awam di Barat, termasuk penulis Salman Rushdie, yang dikehendaki sama ada hidup atau mati kerana melakukan jenayah ke atas Islam.
Tokoh-tokoh lain termasuklah ahli politik Belanda, Geert Wilders, aktivis Kanada keturunan Somalia, Ayaan Hirsi Ali, yang kedua-duanya kuat mengkritik Islam, selain paderi Amerika Syarikat, Terry Jones yang menganjurkan pembakaran naskah al-Quran.

Majalah itu turut memaparkan artikel-artikel yang memperingati anggota mereka yang maut ketika berjuang.
AQAP yang berpangkalan di Yemen sebelum ini pernah berkomplot untuk merampas pesawat penerbangan antarabangsa.
Dalam bahagian yang berjudul 'Buka sumber jihad', majalah itu menunjukkan cara-cara membakar kereta, termasuk panduan bagaimana mengelakkan minyak petrol daripada terkena diri sendiri dan cadangan menumpahkan minyak di jalan raya bagi mencetuskan kemalangan. - AGENSI

Note: speechless

Sumber: Utusan dan Al islam