Sebenarnya "Sakit Jiwa" dan "Jiwa sakit" adalah satu keadaan yang sangat berbeza.
Aku pernah dengar seorang ustaz memberi ceramah
yang berbunyi..
"kalau nak tau Jiwa seseorang tu sakit ke tidak, tengoklah bila dia suka kepada
benda benda yang pelik, ganas, yang tak berunsurkan keperimanusiaan
contohnya suka tengok penderaan extrem semua tu
Ya.. manusia manusia beginilah yang dikategorikan sebagai orang yang 'Jiwa Sakit"
Kalau "Sakit Jiwa" tu korang mesti dah faham kan,
sakit mental di sebabkan bisikan la hape la kan..
Contoh yang terbaik orang "Jiwa Sakit" ni ha aku tunjuk kat bawah ni.
Eric Justin Toth ni aku kategorikan sebagai orang yang Jiwanya Sakit
kenapa?
meh sini nak cerita panjang lebar lagi k.
Polis Nicaragua menahan seorang lelaki warga Amerika Syarikat yang
disenarai 10 suspek paling dikehendaki FBI berkaitan jenayah pornografi
kanak-kanak.
*** ha tengok tu, kalau jiwanya sihat, sudah pasti dia tidak mempergunakan kanak kanak
sebagai bahan porno***
Eric Justin Toth telah beberapa kali memasuki negara itu menggunakan identiti dan pasport palsu.
Menurut Ketua Polis Negara, suspek ditangkap di bandar Esteli, Sabtu lalu.
Toth, 31 tahun yang juga bekas guru sekolah di Washington didakwa memiliki kamera yang mengandungi gambar pornografi pada tahun 2008.
*** Bagi aku le, bukan dia je yang Jiwanya sakit di sini, orang orang yang membeli video poornografi kanak kanak tu juga ber"Jiwa Sakit". Mustahil le kalau dia nak buat, kalau tak de market yang mintak kan..kan..
Dah sampai sanggup keluar masuk negara orang .. bahaya tu.***
Dia juga berdepan pertuduhan terlibat dalam pembikinan video lucah kanak-kanak di Maryland.
Toth akan diserahkan kepada ejen FBI dan dibawa pulang ke Amerika Syarikat untuk dibicarakan.
Namanya ditambah dalam senarai FBI tahun lepas selepas kematian pemimpin Al-Qaeda, Osama bin Laden.
**** tengok muka dia betul betul, ada pernah masuk Malaysia tak? ish.. risau la sekarang ni. Macam macam benda pelik yang orang buat kan.. ***
Note: sanggup travel berbatu batu jauhnya demi nak penuhi misi Jahat.