Friday, May 10, 2013

Sembelih Ayam Kampung

Ada tak orang yang tak makan ayam kampung..
Makan ayam bandar... je? 
Aku sukaaaaaaa.... sangat mkn ayam kampung, berbanding ayam daging/bandar

Bila tau je aku nak balik, Ayah dah sembelih 2 ekor ayam kampung
sebab ayah tau, kami anak beranak memang suka ngan ayam kampung
Tapi kali ni Mak suruh aku cabut bulu ayam
sebab mak tak sempat ada hal kat umah jiran katanya.

 lama giller aku tak cabut bulu ayam ni.
kena celup celup ayam dalam air panas, baru boleh vabut bulu

sambil cabut sambil dok nyembang , habis ibu jari aku luka kena taji ayam
tu la, cabut bulu ayam menyongsang, sape suruh..
mcm mana pun selesai jugak la 2 ekor ayam ku kerjakan bulunya.

lepas siap cabut bulu ayam, tunggu mak aku balik dari umah jiran pulak
sebab aku tak pandai nak layoq ayam tu
kang hangus baru tau

mak aku le yang layoq. tengok le taji ayam kat kaki dia tu
ke main tajam lagi, 
kena ibu jari aku pun dah luka, cam no la dorang dok wat laga ayam tu kan


Ayam Mak aku memang jenis ayam sabung
sampai ada suatu hari tu kan, jiran mak aku jugakla yang curi bapak ayam 
pas tu dorang gunting ekor ayam tu, supaya mak aku tak kenal ayamnya
semata mata nak kacuk ayam tu
nanti leh la dapat  ayam sabung mcm ayam mak aku.

Bila mak aku lalu je kat umah jiran tu, 
terus ayam mak aku datang kat mak aku ( bau tuan dia)
hambekkk... terbongkar semua rahsia. pepandai curi ayam mak aku sangat.
mak aku ke main bising lagi..

tapi kan.. bising bising mak aku kat jirannya tu
aku tengok sampai hari ni dorang ok je.. baik pun
best kan jadi org kampung.
muafakat..

Note: menu ayam tak de gambar, sebab kusyuk melantak. kui kui kui 

Sivakaasi

semalam boring giler kami anak beranak
tukar channel tu tak best, channel ni tak best
pas tu tukar channel 108. filem hindi. filem lama pulak tu

last aku ajak je hubby layan citer tamil
tengok citer tajuk sivakaasi.
Actually dah berkali kali aku tengok, tapi still nak tengok jugak. sebab kelakar
dan ada unsur unsur kekekluargaan.

citer ni mengisahkan anak orang kaya, si abang jahat
memang dari kecik abang hero memang jahat nama "uthayappa'
hero pulak nama "Muttappa."
sebab abang jahat dia tu pasang mercun sampai pompuan yang menari tu mati
maka hero kena pukul . bawa diri pergi chennai

15 tahun berlalu, hero pun balik kampung nak tengok Mak bapak dia
balik je, tengok si abang dah jadi wakil rakyat.
 
 
*** tengok la mak hero lepak sekali dalam kandang lembu***

Mak hero, si abang suh je tidur ngan lembu di kandang
adik pompuan dia pulak dah kawin tapi hidup merempat.
wah..sangat tragis.
 
  
ni anak sedara hero. nak beli baju pun tak dak duit. punya la susah

Dalam hero nak perkenalkan yg dia tu la benornya "Muttappa"
mcm mcm benda lucu yg terjadi. sampai si abang jadi bengong bagai
siap upah org utk mati sebab nak bagitau yg adikknya tu memang dah mati
sebab dia nak jual harta keluarga.
 
 Ini pulak mertua abang hero. hahaha.. muka gangster.
Bayangkanlah bila muka gangster ni kena simbah ngan taik lembu!

Mertua abangnya tu org terpengaruh
so, dok buat agenda nak menang parti politik
sampai mertua abangnya tu kena simbah ngan "Taik Lembu"
lepas kena simbah ngan Taik lembu, mertua dia tunggu sampai taik lembu tu kering. hahahaha..
lawak giler...
tak rugi kalau korang nonton.
 
 
sangat sangat kelakar!!! kami asyik ketawa ketawa ketawa
sampai my hubby suruh stop pun tak leh nak stop.
memang gelak guling guling.
 
 
bila time nak election si adik ambik pelakon tipu
si abang kan kaya, ambik pelakon yg betul betul punya
datang nak raih undi la..
last si adik sabotaj...memang kelakor
sekali ngan retis yg abang dia mabik tu pun sokong parti si adik.
 
 
klik je kalau nak tengok.
banyak sangat link dia. korang leh le tengok kat youtube.
tapi tak de la subtitle malay. hehehe